Syarat & Terma

SYARAT DAN TERMA

Dengan melayari laman web www.amira.com.my (selepas ini disebut Amira), anda bersetuju dengan syarat-syarat berikut:

Terima kasih kerana melawat laman web Amira. Laman web Amira telah disediakan kepada anda tertakluk kepada pematuhan anda terhadap terma dan syarat yang dinyatakan di bawah. Sila baca dokumen ini dengan teliti sebelum bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang kami tetapkan. Jika tidak, anda tidak perlu mengakses atau menggunakan laman web ini.

PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA

Sila semak Dasar Privasi kami untuk memahami amalan kami mengenai penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda.

KOMUNIKASI SECARA ELEKTRONIK

Apabila anda melawat Amira atau menghantar e-mel kepada kami, anda berkomunikasi dengan kami secara elektronik. Oleh itu, anda bersetuju untuk menerima komunikasi daripada kami secara elektronik atau melalui cara lain mengikut kemampuan kami. Kami akan menggunakan medium elektronik sama ada melalui telefon. Segala perjanjian, pendedahan, notis, dan komunikasi lain yang kami sediakan kepada anda secara elektronik adalah menepati kehendak undang-undang di mana komunikasi tersebut dibuat secara bertulis.

HAKCIPTA DAN LESEN

Seluruh kandungan laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada: teks, grafik, logo, ikon grafik, klip Flash, imej, klip audio, muat turun digital, penyusunan data, dan perisian, adalah hak milik Amira, rakan usaha sama, atau pengeluar dan ia dilindungi oleh undang-undang hakcipta dan cap dagangan di seluruh dunia.

Anda tidak boleh mengubah, menyalin, mengeluarkan semula, menerbit, memuat naik, menyiarkan, menghantar, atau mengedar mana-mana bahagian yang terkandung dalam laman web ini tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Amira terlebih dahulu. Bagaimanapun, anda dibenarkan untuk menerbitkan sehingga 200 perkataan pertama daripada sebarang teks mahupun entri blog dengan syarat anda tidak mengubah atau menukar salinan itu, dan menyatakan pautan kembali ke laman web Amira.

Anda boleh mencetak atau memuat turun mana-mana bahagian dari laman web ini untuk kegunaan peribadi dengan syarat anda bersetuju untuk tidak mengubah atau memadam mana-mana notis hakcipta atau hakmilik yang terkandung dalam laman web ini. Jika terdapat pelanggaran hakcipta terhadap mana-mana kandungan dalam laman web kami yang melibatkan pihak ketiga, sila maklumkan kepada kami dengan segera. Penghantaran fail, termasuk tetapi tidak terhad kepada: resume, e-mel, klip Flash, imej, logo, klip audio, dan perisian lain dengan ini merupakan persetujuan daripada pihak anda untuk membenarkan Amira mengeluarkan semula, mengedarkan, memindah, mengadaptasi fail-fail tersebut secara bukan ekslusif, bebas daripada royalti, disublisensikan, berlesen kekal dan dipaparkan di seluruh dunia. Anda juga tertakluk untuk memberikan hak kepada pihak Amira untuk menggunakan nama anda untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan promosi.

LESEN DAN PENGGUNAAN LAMAN WEB

Amira memberikan anda lesen terhad untuk mengakses dan menggunakan laman web ini untuk tujuan peribadi dan untuk tidak memuat turun (selain daripada untuk tujuan menyimpan halaman atau “cache”) atau mengubah suai laman web ini atau mana-mana sekalipun, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak Amira.

Laman web ini atau mana-mana bahagian dalam laman web ini tidak boleh diterbitkan semula, disalin, diadaptasi, ditiru, dijual, dijual semula, dipindah atau dieksploitasi untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada pihak Amira. Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan mana-mana teknik untuk menyertakan tanda dagangan, logo, atau maklumat yang lain (termasuk imej, teks, klip Flash, susun atur halaman, atau borang) yang menjadi hakmilik Amira tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Amira. Anda tidak boleh menggunakan tag META atau mana-mana “teks tersembunyi” yang menggunakan Amira atau mana-mana penerbitan kami yang lain termasuk nama syarikat melainkan dengan kebenaran bertulis daripada pihak Amira.

Dengan ini, anda diberi hak yang terhad, boleh dibatalkan, dan tidak eksklusif untuk menyatakan pautan ke halaman utama laman web Amira selagi pautan tersebut tidak menggambarkan perkara-perkara yang palsu, mengelirukan, menghina, atau bersifat kesat.

Selanjutnya, adalah difahamkan dan dipersetujui yang Amira tidak menjamin bahawa fail yang sedia untuk dimuat turun melalui laman web Amira ini bebas daripada jangkitan atau virus, cecacing atau kod lain yang mencemarkan atau merosakkan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melakukan perlindungan dan prosedur yang mencukupi untuk memastikan bahawa mana-mana fail yang diperoleh daripada laman web Amira bebas daripada pencemaran tersebut.

PENAFIAN JAMINAN DAN HAD LIABILITI

Laman web ini dan maklumat berkaitan yang disediakan oleh Amira adalah muktamad. Amira tidak membuat jaminan, gambaran atau sokongan secara nyata atau tersirat, atau berdasarkan pengendalian laman web ini mahupun maklumat, kandungan, bahan dan produk yang terkandung dalam laman web ini. Anda bersetuju yang penggunaan anda terhadap laman web ini adalah atas risiko anda sendiri.

Dengan had yang dibenarkan oleh undang-undang, Amira menafikan semua jaminan, yang nyata atau tersirat, termasuk tanpa had, jaminan tersirat terhadap kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu. Amira tidak menjamin bahawa laman web ini, pelayan web, atau e-mel yang dihantar dari Amira bebas daripada virus atau komponen berbahaya yang lain. Amira tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang yang timbul daripada penggunaan laman web ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada kerosakan secara langsung, tidak langsung, sampingan, punitif, dan hasil sampingan.

Amira akan memastikan untuk menyertakan maklumat yang tepat dan terkini di laman web ini. Amira tidak bertanggungjawab untuk sebarang kesalahan tipografi atau kesilapan lain atau kandungan yang tidak disertakan. Sekiranya harga produk yang tersenarai adalah salah atau mempunyai maklumat yang tidak tepat, Amira mempunyai hak untuk menolak atau membatalkan sebarang pesanan terhadap produk yang mempunyai maklumat yang tidak tepat tersebut.

Undang-undang negeri yang tertentu tidak membenarkan had terhadap jaminan tersirat atau pengecualian atau sesetengah had ganti. Jika undang-undang ini berkaitan dengan anda, sebahagian atau semua penafian, pengecualian atau had yang telah dinyatakan tidak mungkin dikenakan kepada anda, dan anda mungkin mempunyai hak tambahan.

PAUTAN PIHAK KETIGA

Laman-laman web yang dipaut bukan dibawah kawalan Amira, dan Amira tidak bertanggungjawab atas kandungan mana-mana laman yang dipaut atau mana-mana pautan yang terkandung dalam laman yang dipaut. Amira menyediakan pautan kepada anda hanya sebagai kemudahan, dan penglibatan mana-mana pautan tidak membayangkan atau membentuk sokongan oleh Amira terhadap laman web tersebut.

UNDANG-UNDANG BERKENAAN

Dengan melawat laman web Amira ini, anda bersetuju bahawa undang-undang negeri Selangor, akan mengawal syarat-syarat penggunaan dan sebarang pertikaian yang mungkin timbul antara anda dan Amira tanpa mengambil kira konflik kepentingan dalam undang-undang.

JAMINAN GANTI RUGI

Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahankan dan tidak membahayakan Amira, pegawai, pengarah, pemilik, rakan kongsi, pekerja, ejen, pemegang lesen, pembekal dan mana-mana penyampai maklumat daripada pihak ketiga untuk laman web daripada dan terhadap semua kerugian, perbelanjaan, ganti rugi dan kos termasuk yuran peguam, akibat daripada sebarang pelanggaran syarat-syarat penggunaan (termasuk kelakuan cuai atau salah laku) oleh anda atau penggunaan dan akses anda terhadap laman web Amira.

PENGGUNAAN ANTARABANGSA

Memandangkan sifat global internet, anda bersetuju untuk mematuhi semua peraturan-peraturan tempatan termasuk, tanpa had, peraturan menggunakan internet, data, e-mel, privasi, hak cipta, dan pelanggaran cap niaga. Selain itu, anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang yang terpakai berkenaan dengan penghantaran data teknikal yang dieksport dari Malaysia atau negara tempat anda menetap.

PERUNTUKAN LAIN

Kegagalan Amira untuk menguatkuasakan pelaksanaan ketat terhadap sebarang peruntukan Terma dan Syarat tidak boleh ditafsirkan sebagai pengenepian mana-mana peruntukan atau hak. Sebarang pengendalian antara pihak atau amalan perdagangan tidak akan mengubahsuai mana-mana peruntukan syarat-syarat penggunaan. Amira boleh menyerahkan hak dan tugasnya di bawah syarat-syarat penggunaan mana-mana pihak tanpa memberitahu anda. Jika terdapat mana-mana bahagian dari syarat-syarat ini yang dianggap tidak sah, terbatal, atau tidak boleh dilaksanakan berikutan apa-apa sebab sekalipun, syarat itu hendaklah diasingkan supaya tidak menjejaskan kesahan atau penguatkuasaan mana-mana syarat yang tinggal. Mana-mana hak yang tidak dinyatakan secara jelas adalah terpelihara.

PENGURUSAN JAMINAN DAN ADUAN

Pihak Amira akan melaksanakan tanggungjawab kami yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat mahupun mana-mana bahagian yang dinyatakan di dalam laman web ini dengan berhemah untuk memastikan pihak pelanggan berpuas hati dengan sebarang servis dan pengendalian yang kami lakukan.

Jika terdapat sebarang kesulitan mengenai laman web mahupun tempahan anda, anda boleh menghubungi kami sama ada melalui panggilan telefon atau e-mel. Kami akan cuba membantu anda mengikut kemampuan kami bagi menyelesaikan sebarang kesulitan dan masalah yang dihadapi. Jika kesulitan tersebut melibatkan pihak ketiga seperti pihak pengeluar dan pengiklan, kami mungkin akan mengambil tempoh masa yang lebih dari jangkaan kami bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Jika pihak anda tidak mendapat sebarang respon atau maklum balas daripada pihak kami dalam tempoh 5 hari bekerja, sila buat pertanyaan lanjut.

PENGIKLANAN

Kami akan berusaha untuk mematuhi sebarang peraturan-peraturan dan undang-undang yang berkaitan berhubungan dengan sebarang pengiklanan yang dibuat sama ada di dalam laman web ini mahupun pengiklanan yang kami lakukan di dalam media lain.

SITUASI LUAR KAWALAN (FORCE MAJEURE)

Pihak Amira tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran, kelewatan atau halangan yang berada di luar kawalan kami, termasuk atau tanpa had, sebarang kejadian bencana alam, kemalangan, kegagalan elektrik, internet dan telekomunikasi atau sebarang insiden yang melibatkan pihak ketiga (kerajaan, penggodam, pembekal, pengiklan atau pengangkutan) sama ia adalah situasi yang dipersoalkan atau dijangkakan.

Pihak kami atau anda boleh menamatkan kontrak dengan serta-merta melalui kenyataan atau notis bertulis apabila keadaan di luar kawalan atau Force Majeure berlaku selama 2 hari bekerja atau lebih. Jika kami ditegah untuk memenuhi tanggungjawab kami untuk menghantar tempahan anda disebabkan oleh Force Majeure, pihak kami boleh menentukan tindakan seterusnya.

PENGUBAHSUAIAN TERMA DAN SYARAT

Amira berhak untuk menukar terma, syarat, dan notis pada bila-bila masa sahaja, dan sebarang pengubahsuaian berkuatkuasa serta-merta sebaik sahaja ia dimuat naik di laman web kami. Penggunaan anda yang berterusan terhadap laman web ini dianggap persetujuan anda ke atas sebarang pengubahsuaian ke atas terma dan syarat yang dibuat. Oleh itu, anda bertanggungjawab untuk sentiasa mengkaji syarat-syarat penggunaan serta syarat-syarat atau notis tambahan di laman web Amira.