Selamat Datang ke Amira.Com.My

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,


Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana dengan limpah rahmatnya dapat saya menulis sedikit kata-kata aluan  untuk pembukaan blog ini.

Blog ini bagi memberi sedikit tips dan panduan umum tentang kecantikkan dan kesihatan kepada pengguna. Kami disini bersedia untuk menerima pelbagai pertanya yang diajukan kepada kami melalui email, sms atau pun laman sosial kami.

Tidak dinafikan, Kedai Online sekarang sangat banyak dan kami disini untuk menambah sedikit ‘perisa’ dalam perniagaan internet, dimana pekedai atau orang perseorangan boleh membeli dengan harga berpatutan juga.

Perkhidmatan penghantaran yang kami tawarkan adalah melalui syarikat POS Malaysia Berhad dan syarikat CITYLINK Sdn Bhd. Perkhidmatan ini akan mengambil sedikit masa sekurang-kurangnya maksimum 3 hari bekerja untuk sampai ke tangan pembeli dan mungkin berlaku kelewatan dalam penghantaran bagi kawasan tertentu..

Sungguh pun begitu, pihak syarikat sentiasa memandang jauh ke hadapan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik dengan menawarkan Perkhidmatan Jaminan Pembeli (Buyer Protection) dimana sekiranya produk yang dibeli rosak, pecah atau koyak atau mungkin tamat tempoh, pembeli boleh memulangkan semula barangan tersebut kepada pihak syarikat, melalui perkhidmatan syarikat pos untuk ditukar kepada barangan yang baru. Tempoh proses untuk menghantar semula barangan rosak kepada pembeli tersebut ialah maksimum 5 hari bekerja, dari tarikh barang sampai kepada pihak syarikat.

Sememangnya kami di Amira.Com ingin terus memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada setiap pelanggan kami.

Kami Bersyukur Jika Anda Gembira ;)

Sekian,  Salam sayang dari kami di Amira.Com.My

Incoming search terms:

  • amiera beauty
  • amira beauty produk
  • Herba Warisan Afiat Sdn Bhd email