Sale!

Zofea Beauty Secret

RM 250.00 RM 200.00

Product Description

ZOFEA BEAUTY SECRET

Zofea Beauty Secret merupakan formulasi unik yang dicipta khusus untuk membentuk payudara yang lebih besar dan menawan di samping membantu menyerlahkan lagi meningkatkan kecerahan kulit seterusnya menyerlahkan keanggunan dan keremajaan anda.

Kandungan: 30 paket

Antara ramuan yang terkandung di dalam produk Zofea Beauty Secret adalah kolagen, Pueraria Mirifica, Habbatus Sauda, kayu serapat serta sel stem dari sumber semulajadi seperti epal, Snow Lotus, dan anggur yang bukan sahaja mampu memelihara kecantikan kulit, malah ia juga membekalkan kesan positif terhadap kesihatan tubuh badan.

Contohnya, Pueraria Mirifica terkenal dengan keupayaannya untuk memelihara kesihatan dalaman kaum wanita. Ia bukan sahaja mampu menambah saiz payudara, malah turut berupaya meredakan simptom-simptom menopaus di samping membantu merawat masalah keputihan. Manakala akar serapat pula diyakini mampu mengatasi merapatkan lagi otot faraj selain turut berkesan untuk mengatasi masalah kelesuan dan kekejangan otot rahim ketika haid.

Zofea Beauty Secret juga diperkaya dengan khasiat dari sumber antioksidan yang bertindak meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh badan akibat pencemaran toksin seterusnya membantu mencegah kerosakan sel tubuh serta menentang proses penuaan awal.

KHASIAT ZOFEA BEAUTY SECRET

  • Kaya dengan ramuan semulajadi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan
  • Membantu membesarkan saiz payudara secara semulajadi
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit terutamanya pada bahagian payudara
  • Mengatasi masalah payudara yang kendur
  • Membantu mengatasi masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut serta kitaran haid yang tidak teratur
  • Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi menentang jangkitan penyakit
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam dan tidaka bermaya
  • Menyingkirkan kesan cela seperti luka, parut, jeragat dan jerawat pada kulit
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Melindungi kulit daripada kerosakan dan proses penuaan akibat pancaran radiasi UV
  • Menyerlahkan keanggunan dan keremajaan kulit dari dalam

KANDUNGAN ZOFEA BEAUTY SECRET

  • Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica terkenal dengan keupayaannya untuk menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain itu, ia juga berupaya memelihara keremajaan kulit, membentuk tubuh badan yang langsing, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta membantu mengatasi masalah keputihan.
  • Pueraria Lobata: Pueraria Lobata sering digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan. Herba ini mengandungi flavonoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus menggalakkan fungsi organ di samping nutrien isoflavon yang bersifat antioksidan serta mampu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko serangan kanser payudara.
  • Kolagen Marin: Kolagen dari sumber marin yang diesktrak dari kulit atau sisik ikan air masin ini merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia berupaya meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit di samping menggalakkan proses pemulihan luka, mengurangkan kesan parut dan kedutan serta menentang proses penuaan kulit. Selain itu, kolagen juga mampu meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak bagi mendapatkan bentuk dan berat badan yang ideal.
  • L-Glutathione: L-Glutathione yang hanya mengandungi satu molekul glutathione berbanding glutathione yang mengandungi 2 molekul, adalah sejenis protein yang terhasil daripada 3 jenis asid amino (cystein, gliserin dan glutamic) yang kaya dengan antioksidan. Selain berupaya melambatkan proses penuaan, ia juga mampu meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah kulit kering serta membantu memulihkan luka. L-Glutathione juga berupaya menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit serta membantu menentang serangan kanser.
  • Strawberi: Strawberi kaya dengan khasiat dari sumber vitamin C dan asid elagik yang berperanan meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan pada kulit di samping kandungan asid salisilik yang berupaya membuang sel kulit mati dan mengecilkan pori-pori sekaligus menghaluskan lagi kulit. Di samping itu juga, strawberi turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menghapuskan cela pada wajah, merawat kesan alahan serta melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) yang mempercepatkan proses penuaan.
  • Raspberi: Buah raspberi kaya dengan kebaikan antioksidan yang bertindak menentang radikal bebas seterusnya dapat menentang proses penuaan, mencegah kerosakan sel serta membantu mengurangkan risiko serangan kanser. Raspberi juga mengandungi anthocyanin yang mampu menyerlahkan keremajaan kulit di samping membantu menjadikan tona kulit lebih sekata. Selain itu, ia turut berupaya menegangkan kulit, menentang masalah radang serta menjadikan rambut anda lebih sihat dan bermaya. Daunnya pula sering dijadikan teh bagi mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur, memelihara sistem pembiakan, meredakan masalah senggugut serta turut berupaya menggalakkan penghasilan susu ibu.
  • Blueberi: Blueberi merupakan agen antioksida yang bertindak meneutralkan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel kulit, melambatkan proses penuaan serta memperbaiki struktur kulit agar ia tampil lebih halus dan berseri.
  • Sel Stem Snow Lotus (Saussurea Involucrata): Di samping membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh bagi menentang jangkitan penyakit, sel stem yang diperoleh dari tumbuhan yang sering terdapat di pergunungan Himalaya ini turut berkesan untuk rawatan kecantikan kulit. Ia kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser selain turut berupaya menegangkan kulit dan meredakan masalah radang dan jerawat seterusnya membantu menyerlahkan keremajaan kulit.
  • Trehalose: Trehalose merupakan sejenis karbohidrat yang boleh diperoleh dari sumber tumbuhan seperti biji bunga matahari, rumpai laut, cendawan Shiitake dan yis. Ia bukan sahaja bertindak sebagai gula bagi menambah rasa manis di dalam makanan, malah turut berupaya mencegah proses penuaan serta membantu meningkatkan tahap tenaga jasmani.
  • Pitera: Pitera yang merupakan sebatian yang terhasil melalui proses penapaian yis kaya dengan kandungan asid amino yang bersifat antioksidan bagi melambatkan proses penuaan kulit. Selain membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus, Pitera turut berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan kulit, mencerahkan kulit, meningkatkan ketegangannya serta membantu membantu mengawal penghasilan minyak di dalam lapisan kulit seterusnya mencegah penghasilan jerawat.
  • Biji Perilla: Biji yang diperoleh dari herba ini bukan sahaja mampu merawat masalah pernafasan, malah turut mengandungi asid linoleic alpha, sejenis asid lemak Omega-3 yang berupaya mencegah masalah kulit kering dan rosak di samping membantu memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, darah dan saluran darah.
  • Biji Aprikot: Biji aprikot kaya dengan asid linoleic gamma yang merupakan sejenis asid lemak Omega-6 di mana ia bertindak mengekalkan kelembapan serta meningkatkan ketegangan kulit. Biji aprikot juga mengandungi kebaikan dari sumber vitamin A dan E yang berperanan memelihara kehalusan kulit dan mencegah proses penuaan di samping turut berkesan untuk melindungi kulit daripada masalah radang.
  • Habbatus Sauda: Di samping berupaya menguatkan daya ketahanan tubuh bagi menentang jangkitan penyakit, Habbatus Sauda juga kaya dengan kebaikan asid linoleic, sejensi asid lemak Omega-3 yang membantu menyerlahkan keremajaan kulit dan menjadikannya lebih berseri. Ia juga dapat membantu mengatasi masalah radang seperti eczema dan psoriasis di samping membantu merawat masalah jerawat dan jangkitan kuman.
  • Akar Serapat: Akar serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Ia juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan dalaman kaum wanita.
  • Sel Stem Epal: Sel stem yang diperoleh daripada buah epal ini ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menghalus, mencerah dan melembapkan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang membentuk sel-sel kulit yang baru di samping berperanan mencegah kanser, mencegah kerosakan sel dalam badan, memperbaiki sel dan tisu dalam badan selain menggalakkan penghasilan sel baru yang lebih sihat. Sel stem epal juga berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit dan mengatasi masalah penuaan.
  • Sel Stem Anggur: Sel stem mampu memperbaharui dirinya sendiri sekaligus menggalakkan fungsinya di segenap sel tubuh. Sel stem anggur kaya dengan nutrien seperti vitamin E, phytochemical dan phytonutrien yang berupaya mencegah daripada kerosakan sel kulit. Ia juga berupaya melindungi kulit daripada radiasi ultraungu sekaligus mencegah serangan kanser kulit, di samping membantu menentang proses penuaan kulit. Selain itu, sel stem anggur juga mampu mengurangkan kesan parut, kedutan dan garis-garis halus, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit dengan bantuan nutrien dari sumber vitamin E, di samping menjana pertumbuhan sel kulit dan memperbaiki tona kulit agar lebih sekata.
  • Maquiberi: Tumbuhan ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan sekaligus membantu menentang risiko serangan kanser. Ia juga berupaya mengatasi masalah kedutan dan garis-garis halus seterusnya membantu melambatkan proses penuaan dan menyerlahkan keremajaan kulit. Ia juga berupaya menentang radang serta menguatkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah serangan penyakit.

CARA PENGAMBILAN ZOFEA BEAUTY SECRET

Bancuh 1 paket Zofea Beauty Secret bersama segelas air kosong atau susu.
Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.
Ambil 1 paket sehari, ½ jam selepas sarapan pagi.

Incoming search terms:

  • zofea beauty secret
SKU: ZBY 001 Categories: , ,