Sale!

Zarra Penyegar Zaria Red

RM 24.00 RM 19.00

Product Description

ZARRA PENYEGAR ZARIA RED

Penyegar Zaria Red keluaran Zarra merupakan rumusan istimewa yang menggabungkan ramuan asli seperti Witch Hazel, daun pudina serta Aloe Vera khusus untuk menjadikan kulit wajah anda tampil lebih halus dan segar di samping membantu memulihkan kerosakan pada permukaan kulit.

Kandungan: 60 g

KEBAIKAN ZARRA PENYEGAR ZARIA RED

  • Memelihara kelembapan dan kelembutan kulit wajah
  • Membantu meningkatkan ketegangan dan keremajaan kulit
  • Membantu mencerahkan kulit wajah anda
  • Mengatasi masalah kulit yang kering serta berjerawat
  • Mengecilkan liang pori
  • Memudarkan kesan parut, jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Memulihkan kerosakan kulit akibat toksin dan pancaran radiasi UV
  • Mencegah proses penuaan kulit
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Menyegarkan lagi kulit anda

KANDUNGAN ZARRA PENYEGAR ZARIA RED

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Witch Hazel (Hamamelis Virginiana): Ekstrak daun Witch Hazel atau Winterbloom ini bersifat antioksidan dan astringen yang berupaya membantu mencegah kerosakan sel dan membantu mencegah proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengatasi masalah kulit yang kering serta berjerawat, memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Sarang Burung: Sarang burung layang-layang dibina dengan air liurnya sendiri yang mengandungi pelbagai jenis nutrien dan mineral lain yang bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman, malah mampu mencantikkan kulit. Kandungan protein yang tinggi di dalam sarang burung sebenarnya mengandungi asid amino menggalakkan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit seterusnya menghalus dan menganjalkan kulit, di samping membantu meningkatkan kecerahan kulit serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
  • Propylene Glycol: Propylene glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi melarutkan semua ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanan produk ini.
  • Bladderwrack (Fucus Vesiculosus): Bladderwrack merupakan sejenis rumpai laut yang berupaya menyingkirkan toksin dari kulit, mengatasi masalah kulit kering serta membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus pada kulit.
  • Mawar Damask (Rosa Damascena): Bunga mawar Damask yang terhasil dari kacukan Rosa gallica dan Rosa moschata ini bersifat antikulat, antiseptik dan astringen yang bukan sahaja mampu mencegah jangkitan kuman dan bakteria, malah turut berupaya menegangkan kulit. Selain itu, ia turut berupaya menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya membantu melambatkan penuaan sel kulit anda.
  • Daun Pudina (Mentha Piperita): Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam selain berupaya menyingkirkan toksin. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang berperanan sebagai bahan pengawet dan penstabil serta membantu menentang serangan kulat, bakteria dan mikroorganisme lain yang boleh merosakkan sel kulit.
  • Methylisothiazolinone: Methylisothiazolinone merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang boleh merosakkan produk ini.

CARA PENGGUNAAN ZARRA PENYEGAR ZARIA RED

  • Cuci wajah sehingga bersih.
  • Sapu dan ratakan Penyegar Zaria Red pada seluruh muka.
  • Urut dengan perlahan sehingga ia menyerap ke dalam kulit.
  • Gunakan setiap waktu pagi dan malam.

Additional information

Weight 0.150 kg
SKU: ZRA 010 Categories: , ,