Sale!

Zarra Masker Kolagen

RM 45.00 RM 36.00

Product Description

ZARRA MASKER KOLAGEN

Masker Kolagen Zarra diperkaya dengan 18 jenis silk amino acid yang sangat berkesan untuk meningkatkan kandungan kolagen di dalam lapisan kulit, mengukuhkan sel kulit serta meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit wajah anda. Di samping itu, ia juga dapat membantu mengatasi masalah kulit kering dan kusam seterusnya menjadikan kulit anda tampil lebih cerah, halus dan berseri.

Kandungan: 10 pek

KEBAIKAN ZARRA MASKER KOLAGEN

  • Mengaktifkan pemulihan sel kolagen kulit wajah
  • Memelihara keremajaan kulit wajah
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mencegah dan merawat masalah kulit kering, kasar dan kusam
  • Mengatasi masalah radang, parut, jerawat dan bintik-bintik hitam
  • Melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Merawat dan memulihkan sel kulit
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Mengatasi masalah pigmentasi
  • Mengekalkan kesegaran wajah sepanjang hari

KANDUNGAN ZARRA MASKER KOLAGEN

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Glycerin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer: Sebatian polimer ini bertindak sebagai bahan pengemulsi yang berperanan melarutkan ramuan di dalam sesuatu produk seterusnya menggalakkan fungsi dan keberkesanan produk tersebut.
  • Asid Hyaluronic: Asid Hyaluronic merupakan karbohidrat yang berfungsi sebagai bahan pelembap kulit yang baik dan membantu memelihara tisu kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering.
  • Arginine: Arginine adalah sejenis asid amino yang berupaya menggalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh badan, mempercepatkan pemulihan luka, di samping melambatkan proses penuaan sekaligus menyerlahkan keremajaan kulit.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Rehmannia Glutinosa: Akar yang diperolehi dari tumbuhan berbunga ini banyak digunakan dalam rawatan tradisional Cina untuk membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Ia juga berupaya membasmi radikal bebas bagi membantu melambatkan proses penuaan serta mengatasi masalah radang seperti eczema dan psoriasis.
  • Ginseng: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyingkirkan toksin, mencegah kerosakan sel, menghilangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan kulit. Ginseng juga mampu meningkatkan kecerahan kulit, memperbaiki struktur kulit yang kering dan rosak serta mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan lingkaran hitam di bawah mata.
  • Poria Cocos (Wolfiporia extensa): Tumbuhan ini merupakan sejenis kulat yang telah digunakan dalam rawatan tradisional Cina sejak 2000 tahun dahulu. Di samping membantu mencegah masalah radang, ia kaya dengan nutrien yang dipanggil polysaccharide dan triterpene yang berupaya memelihara sel kulit seterusnya membantu mengurangkan kesan parut dan penuaan. Ia juga dapat mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam serta kedutan sekaligus membantu menyerlahkan lagi kejelitaan kulit anda.
  • Methylisothiazolinone: Methylisothiazolinone merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang boleh merosakkan produk ini.

CARA PENGGUNAAN ZARRA MASKER KOLAGEN

  • Sapu dan ratakan Masker Kolagen pada seluruh wajah dan leher.
  • Jauhkan dari bahagian mata dan bibir.
  • Biarkan semalaman dan cuci sehingga bersih pada keesokan harinya.
  • Ia boleh digunakan pada setiap malam atau selang sehari setiap kali sebelum tidur.

SKU: ZRA 006 Categories: , ,