Sale!

Zarra Krim Pelembap Siang

RM 28.00 RM 22.00

Product Description

ZARRA KRIM PELEMBAP SIANG

Krim Pelembap Siang Zarra bertindak melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV di samping membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit wajah. Ia diperkaya dengan kebaikan dari sumber minyak zaitun dan avokado yang ternyata dapat membekalkan nutrisi untuk kulit seterusnya membantu mengekalkan kejelitaan yang berpanjangan.

Kandungan: 10 g

KEBAIKAN ZARRA KRIM PELEMBAP SIANG

  • Mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit
  • Melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Membantu mengatasi masalah kulit kering
  • Mengatasi masalah hiperpigmentasi
  • Memperbaiki tona kulit agar tampil lebih sekata
  • Membantu meningkatkan kecerahan kulit
  • Mengatasi masalah jerawat, parut, jeragat dan bintik-bintik hitam
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Membantu mengekalkan kesegaran dan keremajaan kulit wajah anda

KANDUNGAN ZARRA KRIM PELEMBAP SIANG

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Acrylates/Acrylamide Copolymer: Sebatian ini bertindak membentuk tekstur kandungan produk ini.
  • Glycerin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Zaitun (Olea Eurapaea): Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.
  • Avokado (Presea Gratissima): Buah Avokado sarat dengan khasiat vitamin E yang berperanan memelihara, mencegah proses penuaan, melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Buah Avokado juga mampu merangsang pembentukan kolagen yang merupakan kandungan protein dalam tisu penghubung seterusnya membantu mengatasi penuaan kulit, serta menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
  • Minyak Kelapa Sawit (Elaeis Guineensis): Minyak kelapa sawit kaya dengan toctrienol, sejenis vitamin E yang sering digunakan di dalam rawatan kecantikan kulit. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berperanan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di samping berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan risiko serangan kanser kulit.
  • Styrene/Acrylates Copolymer: Sebatian sintetik ini berperanan membentuk filem di dalam produk penjagaan diri seterusnya membantu memelihara kehalusan kulit.
  • Aluminium Hidroksida: Bahan mineral yang turut dipanggil alumina trihidrat ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan sinaran UV seterusnya mengekalkan keremajaan dan kecantikan kulit.
  • Asid Stearik: Asid stearik merupakan sejenis asid lemak dan sering terkandung di dalam bahan semulajadi seperti koko dan pokok shea. Ia berfungsi sebagai bahan pengemulsi di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Disodium Stearyl Sulfosuccinamate: Bahan ini bertindak sebagai agen pembuih dan pembersih yang membantu menyingkirkan kotoran, minyak dan kesan mekap pada wajah anda.
  • Minyak Mineral: Turut dipanggil minyak putih, ia terhasil daripada proses penyulingan petroleum dan berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus serta memulihkan luka pada kulit.
  • Caprylyl Glycol: Caprylyl Glycol merupakan sebatian yang boleh terhasil daripada tumbuhan mahupun secara sintetik. Ia bertindak sebagai agen anti-kulat di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
  • Polysorbate 85: Sebatian ini bertindak sebagai bahan pengemulsi dan bahan penstabil dalam produk kosmetik, selain berperanan menenang dan menyamankan kulit seterusnya mengekalkan kesegaran kulit anda.
  • Pewangi (Parfum): Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegarkan kulit wajah anda.
  • Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang berperanan sebagai bahan pengawet dan penstabil serta membantu menentang serangan kulat, bakteria dan mikroorganisme lain yang boleh merosakkan sel kulit.
  • Methylisothiazolinone: Methylisothiazolinone merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang boleh merosakkan produk ini.

CARA PENGGUNAAN ZARRA KRIM PELEMBAP SIANG

  • Cuci wajah sehingga bersih dan gunakan penyegar.
  • Sapu dan ratakan Krim Pelembap Siang Zarra ke seluruh kulit muka dan leher sebelum menggunakan mekap.
  • Gunakan setiap hari pada waktu siang.

SKU: ZRA 008 Categories: , ,