Sale!

Zarra Krim Pelembap Malam

RM 30.00 RM 24.00

Product Description

ZARRA KRIM PELEMBAP MALAM

Krim Pelembap Malam Zarra mengandungi campuran kolagen bersama ramuan asli seperti minyak zaitun, Sweet Almond, Jojoba, anggur dan avokado yang berupaya memelihara kehalusan dan keremajaan kulit anda di samping membantu memulihkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh pencemaran toksin dan sinaran UV.

Kandungan: 10 g

KEBAIKAN ZARRA KRIM PELEMBAP MALAM

  • Membantu melembapkan dan menggebukan kulit wajah
  • Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
  • Membasmi sel kulit mati
  • Mengecilkan liang pori
  • Memelihara kelembapan kulit
  • Membantu mengatasi masalah kulit kering dan kasar
  • Mencegah serta merawat masalah jerawat, jeragat, parut dan pigmentasi
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Membantu merawat masalah kulit yang bermasalah
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menyerlahkan lagi keremajaan kulit wajah anda
  • Membantu mencegah dan merawat kerosakan kulit akibat radiasi UV

KANDUNGAN ZARRA KRIM PELEMBAP MALAM

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Acrylates/Acrylamide Copolymer: Sebatian ini bertindak membentuk tekstur kandungan produk ini.
  • Styrene/Acrylates Copolymer: Sebatian sintetik ini berperanan membentuk filem di dalam produk penjagaan diri seterusnya membantu memelihara kehalusan kulit.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Anggur (Vitis Vinifera): Anggur ternyata kaya dengan khasiat dari sumber vitamin B2 yang berfungsi menentang radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Anggur juga mampu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran cahaya matahari, mengurangkan kesan parut dan memperbaiki tona kulit agar ia sekata di samping membantu memelihara kehalusan dan keremajaan kulit.
  • Avokado (Presea Gratissima): Buah Avokado sarat dengan khasiat vitamin E yang berperanan memelihara, mencegah proses penuaan, melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Buah Avokado juga mampu merangsang pembentukan kolagen yang merupakan kandungan protein dalam tisu penghubung seterusnya membantu mengatasi penuaan kulit, serta menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
  • Jojoba (Simmondsia Chinensis): Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan masalah radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.
  • Zaitun (Olea Eurapaea): Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.
  • Glycerin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Minyak Kelapa Sawit (Elaeis Guineensis): Minyak kelapa sawit kaya dengan toctrienol, sejenis vitamin E yang sering digunakan di dalam rawatan kecantikan kulit. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berperanan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di samping berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan risiko serangan kanser kulit.
  • Sweet Almond (Prunus Amygdalus): Sweet almond merupakan badam yang mempunyai rasa manis serta tumbuh dari pokok yang berbeza dari badam biasa. Ia mengandungi linolein, protein, vitamin dan mineral serta ternyata mampu mengekalkan kesegaran dan keremajaan kulit. Ia juga berupaya memelihara kelembapan kulit serta sesuai untuk kegunaan kulit kering dan sensitif.
  • Ascorbyl Tetraisopalmitate: Sebatian ini merupakan sejenis vitamin C yang terhasil daripada asid askorbik dan asid isopalmitik. Ia bertindak sebagai antioksidan yang membantu mencegah proses penuaan di samping turut berupaya mengatasi masalah jerawat, meningkatkan kecerahan kulit serta mengekalkan kelembapan kulit anda dari dalam.
  • Pewangi (Parfum): Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegarkan kulit wajah anda.
  • Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang berperanan sebagai bahan pengawet dan penstabil serta membantu menentang serangan kulat, bakteria dan mikroorganisme lain yang boleh merosakkan sel kulit.
  • Methylisothiazolinone: Methylisothiazolinone merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang boleh merosakkan produk ini.

CARA PENGGUNAAN ZARRA KRIM PELEMBAP MALAM

  • Cuci muka dengan pembersih dan gunakan penyegar.
  • Setelah itu, letakkan krim pada hujung jari dan ratakan ke seluruh kulit muka. Urut dengan lembut.
  • Gunakan setiap malam sebelum tidur.

SKU: ZRA 009 Categories: , ,