Sale!

Whitening Treatment Soap Qu Puteh

RM 19.90 RM 19.00

Product Description

WHITENING TREATMENT SOAP QU PUTEH

Whitening Treatment Soap Qu Puteh diadun menggunakan campuran Thanaka, limau nipis, madu serta minyak Argan bagi rawatan berganda seterusnya membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam serta kulit berminyak di samping bertindak mencerahkan kulit wajah anda tanpa pengelupasan. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Kandungan: 70 g

KEBAIKAN WHITENING TREATMENT SOAP QU PUTEH

  • Membersihkan kulit
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Menyingkirkan toksin
  • Menyingkirkan sel kulit mati
  • Mencerahkan kulit tanpa pengelupasan
  • Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
  • Menjadikan kulit anda tampil lebih cerah dan gebu
  • Membantu merawat masalah kulit kering, kusam dan berminyak
  • Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kedutan, garis-garis halus, bintik-bintik hitam, parut dan liang pori tersumbat
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari dan pencemaran toksin
  • Menyegarkan lagi wajah anda
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

KANDUNGAN WHITENING TREATMENT SOAP QU PUTEH

  • Thanaka: Thanaka murapakan sejenis krim yang dihasilkan daripada kulit, kayu dan akar pokok thanaka (atau belingai) serta sering digunakan oleh wanita Myanmar sebagai ramuan dalam produk kosmetik. Di samping melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran cahaya matahari, thanaka juga mampu menyejukkan kulit dan bertindak sebagai antikulat untuk menentang serangan mikroorganisme yang boleh merosakkan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan kulit di samping membantu meningkatkan kecerahan kulit, menghapuskan kesan jerawat dan mengekalkan kehalusan kulit.
  • Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga yang tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga bertindak memelihara kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata. Madu juga mampu menggalakkan pemulihan luka dan memudarkan parut di samping membantu masalah kulit.
  • Limau Nipis: Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti-oksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Tumbuhan ini juga berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan, mengurangkan minyak pada wajah, menghilangkan jerawat dan bintik hitam serta mengecilkan pori-pori, selain bertindak menghalus dan mencerahkan lagi kulit wajah.

CARA PENGGUNAAN WHITENING TREATMENT SOAP QU PUTEH

  • Buihkan Whitening Glow Soap dan gosok pada permukaan kulit wajah.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Anda disarankan agar menggunakan produk ini pada waktu malam.

Additional information

Weight 0.120 kg
SKU: QPH 003 Categories: , ,