Sale!

Walit King Anugerah

RM 10.00 RM 8.00

Product Description

WALIT KING ANUGERAH

Gabungan unik sarang burung Walet bersama rumpai laut dan air kelapa pandan di dalam Walit King Anugerah ternyata mampu membekalkan nutrisi untuk kesihatan tubuh badan. Ia juga telah dibacakan 30 juzuk Al-Qur’an bersama doa-doa terpilih bagi memohon keberkatan dan perlindungan daripada-Nya.

Kandungan: 170ml

Sarang burung sering menjadi pilihan masyarakat tradisional kerana ia dipercayai mengandungi pelbagai nilai perubatan yang tinggi untuk keperluan tubuh badan. Untuk produk Walit King, ia diadun bersama rumpai laut, air kelapa pandan dan gula batu yang bukan sahaja mampu meningkatkan kecergasan dan kesegaran tubuh badan, malah mampu menyingkirkan toksin yang boleh merosakkan sel tubuh, melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit serta turut membantu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Walit King sesuai untuk diamalkan oleh semua peringkat usia yang ingin memiliki tahap kesihatan yang optima.

KHASIAT WALIT KING ANUGERAH

  • Menyegarkan tubuh badan
  • Membekalkan tenaga untuk kecergasan tubuh badan
  • Menyingkirkan toksin bagi mencegah kerosakan sel tubuh
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Mengurangkan paras kolestrol seterusnya memelihara jantung
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
  • Mengurangkan keletihan dan kekejangan otot
  • Mengukuhkan sistem imunisasi bagi membantu menentang serangan penyakit
  • Menghidratkan tubuh badan bagi membantu menggalakkan fungsi organ

KANDUNGAN WALIT KING ANUGERAH

  • Sarang Burung Layang-Layang Walet: Sarang burung layang-layang dibina dengan air liurnya sendiri yang mengandungi kandungan protein yang tinggi (60%), 18 jenis asid amino, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium, fosforus dan magnesium. Semua nutrien tersebut penting untuk memelihara kesihatan, keanjalan dan kecantikan kulit di samping membekalkan tenaga untuk kecergasan tubuh badan, melancarkan proses penghadaman, mengekalkan tisu tubuh yang sihat serta membantu mengukuhkan sistem imunisasi bagi membantu menentang serangan penyakit. Ia juga berkesan untuk mengurangkan risiko penyakit kencing manis, menstabilkan tekanan darah serta membantu mengurangkan keletihan dan kekejangan otot.
  • Air Kelapa Pandan: Air kelapa pandan ternyata kaya dengan kandungan serat yang berupaya melancarkan proses penghadaman serta menstabilkan kadar gula dalam darah dan menurunkan tahap kolestrol LDL (kolestrol tidak baik) sekaligus membantu memelihara kesihatan jantung. Ramuan yang tinggi kandungan kalsium, magnesium, fosforus dan sodium ini juga mampu menghidratkan tubuh badan bagi membantu menggalakkan fungsi organ serta menyingkirkan toksin yang boleh merosakkan sel tubuh di samping turut berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi, memelihara kecantikan kulit serta menyegarkan tubuh badan.
  • Rumpai Laut: Rumpai laut kaya dengan nutrien seperti alginate iaitu sejenis serat yang terkandung di dalam rumpai laut berperanan melancarkan proses penghadaman, mengawal selera makan serta mengekang pembinaan lemak di dalam tubuh badan. Di samping itu, ia juga berupaya menyingkirkan toksin, melancarkan proses perkumuhan, menurunkan paras kolestrol bagi memelihara kesihatan jantung di samping membantu mengurangkan berat badan berlebihan.
  • Gula Batu: Gula batu terhasil apabila gula putih dipanaskan dan berupaya menambahkan lagi rasa manis dalam minuman seperti gula biasa. Selain berupaya meningkatkan tahap tenaga, gula yang mengandungi asid glycolic mampu membantu mengekalkan kesihatan dan kulit wajah.

CARA PENGAMBILAN WALIT KING ANUGERAH

  • Boleh diminum pada bila-bila masa.
  • Lebih enak apabila diminum sejuk.
  • Jangan disimpan selepas dibuka.

Incoming search terms:

  • walit king anugerah
SKU: AGH 049 Categories: , ,