Sale!

Vita-C Serum 10ml Nour Ain

RM 22.00 RM 20.00

Product Description

VITA-C SERUM 10ML NOUR AIN

Vita-C Serum mengandungi khasiat dari sumber tembikai susu yang berupaya memelihara kecantikan kulit di samping mengekalkan keremajaan, kelembapan dan kehalusan kulit wajah anda.

Vita-C Serum hadir dalam 2 saiz: 10 ml dan 30 ml.

KHASIAT VITA-C SERUM 10ML NOUR AIN

  • Mencegah pertumbuhan jeragat dan bintik-bintik hitam pada wajah
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Memelihara keremajaan kulit
  • Menegang dan menganjalkan kulit

KANDUNGANN VITA-C SERUM 10ML NOUR AIN

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
  • Propylene Glycol: Propylene Glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyatukan semua ramuan di dalam produk ini.
  • Sodium Citrate: Sodium Citrate adalah merupakan bahan pengemulsi yang berperanan menyatukan semua ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan fungsi dan keberkesanan ramuan tersebut.
  • Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren dan limau. Ia berupaya menyingkir sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat seterusnya mengurangkan kesan penuaan, parut jerawat serta membantu memperbaiki struktur kulit. Asid sitrik turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menyingkir kotoran dari liang pori, di samping menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
  • Saccharide Isomerate: Bahan ini mengandungi karbohidrat yang menjana pertumbuhan sel kulit serta berfungsi sebagai emolien yang berfungsi memelihara kelembapan kulit.
  • Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang berperanan sebagai bahan pengawet dan penstabil serta membantu menentang serangan kulat, bakteria dan mikroorganisme lain yang boleh merosakkan sel kulit dan tubuh.
  • Methylparaben: Methylparaben merupakan merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi mikrobiotik seperti kulat dan bakteria di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri.
  • Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Ethylparaben: Bahan ini adalah bahan pengawet yang berfungsi untuk mencegah pembiakan kulat atau bakteria di dalam produk ini.
  • Butylparaben: Butylparaben berperanan sebagai bahan pengawet yang mengandungi agen anti-mikrob bagi mencegah kerosakan akibat pembiakan kulat mahupun bakteria..
  • Sodium Ascorbyl Phosphate: Sodium Ascorbyl Phosphate merupakan sebatian yang terhasil daripada vitamin C yang tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Tembikai Susu (Cucumis Melo): Tembikai susu atau cantaloupe mengandungi vitamin A, C, E dan K yang berupaya memelihara kesihatan dan kecantikan kulit, di samping mengekalkan keremajaan, kelembapan dan kehalusan kulit.

CARA PENGGUNAAN VITA-C SERUM 10ML NOUR AIN

  • Titiskan Vita-C Serum dan sapu pada wajah dan leher
  • Biarkan seketika sehingga ia meresap ke dalam lapisan kulit
  • Gunakan pada setiap pagi dan malam

Incoming search terms:

  • Serum Nour Ain
  • kelebihan serum nourain
  • serum nourain
  • serum vitamin c nurain
SKU: NAN 006 Categories: , ,