Sale!

UV+ Foundation Nour Ain

RM 30.00 RM 25.00

Product Description

UV+ FOUNDATION NOUR AIN

UV+ Foundation keluaran Nour Ain diformulasi khusus bagi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV seterusnya membantu mencegah proses penuaan kulit.

KHASIAT UV+ FOUNDATION

  • Melindungi kulit daripada sinaran UV
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Mencegah proses penuaan kulit

KANDUNGAN UV+ FOUNDATION

  • Ethylhexyl Methoxycinnamate: Turut dipanggil Octyl Methoxycinnamate, sebatian ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV, selain mengurangkan kemunculan parut.
  • Propylene Glycol: Propylene Glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyatukan semua ramuan di dalam produk ini.
  • PEG-100 Stearate: Sebatian yang terhasil daripada minyak asli sama ada dari sumber kelapa atau kelapa sawit ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam sesebuah produk seterusnya membantu menggalakkan fungsi ramuan tersebut, di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
  • Cyclomethicone: Cyclomethicone adalah sejenis cecair yang bebas daripada alkohol yang berfungsi sebagai bahan pelarut yang lembut untuk kulit.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Asid Hydroxystearic: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak castor ini berperanan sebagai emolien bagi memelihara kelembapan kulit.
  • DMDM Hydantoin: Sebatian organik yang bersifat antikulat dan sering digunakan di dalam produk penjagaan diri ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah jangkitan kuman dan bakteria yang boleh merosakkan produk ini.
  • Alumina (Aluminium Oksida): Sebatian yang sering digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri ini berfungsi sebagai ejen penebalan bagi kandungan produk ini.
  • Silica: Silica atau silikon dioksida merupakan sebatian organik yang berfungsi sebagai bahan pengawet serta mengekalkan nutrien yang terkandung di dalam produk ini.
  • Sodium Polyacrylarmide: Sebatian ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan keberkesanan setiap ramuan tersebut.
  • Hydrogenated Polydecene: Bahan polimer sintetik ini merupakan emolien yang sering digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri bagi membantu memelihara kelembapan kulit.
  • Laurerth-7: Laureth-7 adalah sebatian sintetik yang berperanan sebagai pengemulsi bagi menyatukan setiap ramuan di dalam produk ini sekaligus menggalakkan fungsi ramuan tersebut.
  • Methyldibromo Glutaronitrile: Bahan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah jangkitan kuman dan bakteria yang boleh merosakkan produk ini.

CARA PENGGUNAAN UV+ FOUNDATION

  • Sapu dan ratakan UV+ Foundation pada wajah
  • Gunakan setiap pagi dan petang

 

SKU: NAN 009 Categories: , ,