Sale!

Umma Lacto Legacy Secret

RM 60.00 RM 52.00

Product Description

UMMA LACTO LEGACY SECRET

Umma Lacto Milk Booster diformulasi menggunakan adunan susu kambing bersama ramuan istimewa khusus untuk menjana penghasilan susu badan. Ia diperkaya dengan spirulina, halba, kurma, gam Arab, Habbatus Sauda bersama pelbagai herba terpilih yang turut membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tahap kesihatan dan kecergasan yang optima.

Kandungan: 10 sachet

KHASIAT UMMA LACTO LEGACY SECRET

  • Menjana pengeluaran susu badan
  • Meningkatkan kualiti susu ibu
  • Membekalkan nutrien yang baik untuk ibu dan bayi yang disusukan
  • Meningkatkan tahap kecergasan ibu sepanjang hari
  • Memelihara sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada serangan penyakit
  • Memelihara sistem penghadaman
  • Membantu membasmi jangkitan kuman
  • Mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan
  • Merupakan minuman berkhasiat yang mengenyangkan
  • Membantu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh

KANDUNGAN UMMA LACTO LEGACY SECRET

  • Susu Skim (Tanpa Lemak): Susu lembu yang telah diesktrak keluar lemaknya ini sememangnya kaya dengan kalsium yang membantu mengukuhkan tulang dan menormalkan denyutan jantung di samping melindungi sel-sel usus besar daripada serangan kanser. Kandungan potassium, vitamin B2 dan B12 pula berperanan menggalakkan fungsi dan memelihara organ dalam sistem kardiovaskular yang melibatkan jantung, darah dan saluran darah. Di samping itu, vitamin B12 turut menggalakkan pertumbuhan sel-sel saraf dan meningkatkan penghasilan darah merah sekaligus membantu menentang anemia. Susu lembu turut kaya dengan protein yang terbentuk melalui kombinasi 20 asid amino dan penting untuk pertumbuhan dan pemulihan tubuh badan, di samping membantu merangsang sistem imunisasi dan mengawal kadar gula dalam darah.
  • Kacang Soya: Soya mengandungi phytoestrogen dan phytoantioksidan yang berupaya mencegah penuaan kulit serta melindungi saluran darah dan dinding sel tubuh daripada kolestrol dan serangan radikal bebas. Ia juga tinggi kandungan protein, serat, vitamin B-kompleks serta Omega 3 dan 6 yang mampu menggalakkan fungsi organ di samping membantu membekalkan tenaga tambahan untuk tubuh badan.
  • Whey Manis: Protein whey berasal dari susu lembu yang kaya dengan kandungan protein yang rendah lemak rendah kalori dan rendah karbohidrat serta bebas daripada laktosa dan berupaya menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam badan. Protein whey juga mengandungi asid amino yang mampu mengekalkan tisu tubuh yang sihat.
  • Beras Perang: Beras perang mengandungi khasiat yang lebih tinggi daripada beras biasa. Ia tinggi kandungan antioksidan serta kaya dengan sumber serat, protein, thiamin, kalsium, selenium, magnesium dan potassium yang membantu mengurangkan risiko kanser, memelihara sistem saraf, menstabilkan tahap kolestrol dan kadar gula dalam darah di samping melancarkan proses penghadaman.
  • Fruktos: Fruktos merupakan gula yang bersumberkan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Fruktos berfungsi menambah rasa manis di dalam sesuatu produk makanan dan minuman tanpa mengakibatkan peningkatan atau pengurangan tahap gula dalam darah secara mendadak sekaligus sesuai untuk penggemar makanan manis yang menghidap diabetes ataupun yang ingin mengawal berat badan.
  • Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan luka, mengukuhkan tulang dan otot, dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain menyingkirkan toksin dalam tubuh serta melancarkan sistem pencernaan, susu kambing juga berupaya menstabilkan tahap kolestrol, memelihara sistem saraf serta memekatkan dan meningkatkan penghasilan susu badan.
  • Spirulina: Spirulina merupakan cyanobakteria atau alga yang kaya dengan protein, asid amino, dan Omega-3 yang membantu meningkatkan kandungan kolagen di dalam tubuh serta membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Spirulina turut mengandungi klorofil, asid folik, vitamin B1, B2, B3, B6, B9, C, A dan E serta potassium, zat besi, magnesium dan kalsium yang mampu menyingkirkan toksin, meningkatkan sistem imunisasi, meningkatkan penyerapan protein ke dalam tubuh badan di samping diyakini dapat menggalakkan penghasilan susu badan.
  • Gam Arab: Gam Manna atau Gam Arab diekstrak dari pokok Akasia serta kaya dengan kandungan serat dan kalsium yang berupaya melancarkan proses penghadaman, membantu mengurangkan kolestrol, selain berfungsi untuk membantu dalam menyerap nutrien dan meningkatkan sistem imun dengan sifatnya sebagai bahan prebiotik. Di samping itu, ia juga bertindak meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus sesuai untuk dijadikan sebagai makanan buat si manja anda.
  • Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
  • Enzim Campuran: Enzim buah merupakan molekul berasaskan protein yang terkandung di dalam hasil penapaian buah lemon dan gula bersama beberapa jenis buah lain yang tidak kurang khasiatnya untuk kesihatan. Ia bukan sahaja mampu melancarkan proses pencernaan, malah turut berupaya membuang angin dalam badan, melancarkan proses perkumuhan dan menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Di samping itu, enzim buah turut berupaya meningkatkan tahap metabolisme yang bertindak menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga.
  • Halba: Halba yang turut dikenali sebagai Fenugreek ini mampu mengurangkan kadar kolestrol LDL yang tinggi serta meningkatkan tahap kolestrol baik atau HDL, di samping meredakan penyakit sendi dan jantung, membantu melindungi hati daripada jangkitan, melancarkan sistem pencernaan, melegakan sakit kepala dan menggalakkan tumbesaran kanak-kanak. Kajian pakar turut menyatakan halba mampu membantu meningkatkan bekalan susu badan selain membantu memelihara kesihatan dalaman kaum wanita.
  • Kacang Soya: Soya mengandungi phytoestrogen dan phytoantioksidan yang berupaya mencegah penuaan kulit serta melindungi saluran darah dan dinding sel tubuh daripada kolestrol dan serangan radikal bebas. Ia juga tinggi kandungan protein, serat, vitamin B-kompleks serta Omega 3 dan 6 yang mampu menggalakkan fungsi organ di samping membantu membekalkan tenaga tambahan untuk tubuh badan.
  • Serat: Serat pemakanan boleh terdapat di dalam ramuan semulajadi seperti epal, barli, kekacang, dan gandum serta baik untuk kesihatan di mana ia berupaya meningkatkan tahap tenaga, menstabilkan kadar gula dalam darah dan menurunkan tahap kolestrol LDL (kolestrol tidak baik) sekaligus membantu memelihara kesihatan jantung. Selain menggalakkan rasa kenyang bagi membantu mengawal berat badan dan menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan, serat turut berupaya membersihkan saluran penghadaman seterusnya membantu melancarkan proses penghadaman serta menyingkirkan toksin dari tubuh badan yang boleh merosakkan sel tubuh.
  • Alfalfa (Medicago Sativa): Alfalfa kaya dengan zat vitamin A, B, D, E dan K yang bertindak memelihara kesihatan kulit dan mencegah kerosakan akibat bahan kimia atau sinaran ultraungu yang berbahaya di samping menggalakkan penyembuhan luka. Di samping berupaya mengurangkan kadar kolestrol dan menyingkirkan toksin dalam badan, Alfalfa juga mengandungi kandungan kalsium, asid folik, zat besi, magnesium dan potassium yang membekalkan khasiat yang tinggi seperti menstabilkan tekanan darah, menggalakkan fungsi buah pinggang, mengangkut oksigen ke bahagian organ tubuh untuk menggalakkan fungsi organ tersebut, serta memelihara sistem pencernaan.
  • Madu Lebah: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, madu turut bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
  • Kismis: Kismis yang merupakan buah anggur yang telah dikeringkan sangat kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, vitamin dan folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain membantu menjana penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan. Ia juga kaya dengan kaya dengan serat yang bertindak melancarkan proses pencernaan serta membantu mengatasi masalah sembelit.
  • Bawang Putih: Bawang putih yang bersifat antibiotik dan antioksidan ini bukan sahaja dapat membantu melancarkan proses penghadaman, malah turut berkesan untuk menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan, mencegah masalah alahan serta membantu menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan.
  • Halia: Di samping baik untuk mengatasi masalah angin dalam badan dan memelihara sistem pencernaan, halia turut diyakini berkesan untuk membantu merangsang pengaliran susu badan.
  • Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang mencukupi buat ibu hamil dan bayi dalam kandungan seterusnya merangsang perkembangan minda si manja anda. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meredakan tekanan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh sekaligus bertindak melindungi si manja anda daripada jangkitan penyakit.
  • Stevia: Stevia merupakan pokok renek yang berasal dari kawasan barat Amerika Utara ke Amerika Selatan. Oleh kerana daunnya mempunyai rasa yang manis serta bebas daripada karbohidrat dan gula, stevia sering digunakan sebagai pemanis dan sesuai untuk mereka yang ingin mengawal kandungan kalori dalam pengambilan diet. Antara khasiat yang diperoleh daripada stevia yang bersifat antibakteria ini adalah ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah, selain membantu pembentukan kalsium dan meningkatkan sistem pencernaan.

CARA PENGAMBILAN UMMA LACTO LEGACY SECRET

  • Tuangkan 1 sachet Umma Lacto ke dalam 150-180ml air suam.
  • Kacau hingga larut dan ia sedia untuk dinikmati.
  • Untuk penyerapan yang lebih baik, ambil ketika perut kosong.

Incoming search terms:

  • umma lacto

Additional information

Weight 0.355 kg