Sale!

Tungku Herba Tradisi Jamu Jelita

RM 38.90 RM 31.00

Product Description

TUNGKU HERBA TRADISI JAMU JELITA

Tungku Herba Tradisi dihasilkan daripada campuran herba dan rempah-ratus yang diadun khusus untuk mengembalikan tenaga ibu dalam pantang. Ia dapat membantu memulihkan rahim serta mengatasi keletihan dan kelesuan tubuh badan dengan berkesan seterusnya mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan yang berpanjangan.

KEBAIKAN TUNGKU HERBA TRADISI JAMU JELITA

  • Memulihkan kesihatan ibu yang baru bersalin
  • Mempercepatkan pemulihan rahim
  • Membuang angin dan toksin dalam badan
  • Merawat sakit kepala, sendi, urat dan usus
  • Membekalkan tenaga fizikal
  • Merawat keletihan dan kelesuan tubuh badan
  • Meningkatkan tahap metabolisme
  • Menggalakkan pembakaran kalori serta lemak
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meredakan tekanan dan kemurungan

KANDUNGAN TUNGKU HERBA TRADISI JAMU JELITA

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit serta membantu melambatkan proses penuaan.
  • Beras: Karbohidrat, serat dan vitamin B1 yang berupaya membekalkan tenaga dan tahap metabolisme, menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah penyakit serta menyingkirkan toksin yang berbahaya di dalam tubuh badan. Ia turut berkesan untuk memelihara kecantikan dan keremajaan kulit.
  • Jintan Hitam: Herba yang turut dipanggil Habbatus Sauda ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.
  • Soda: Soda berupaya meredakan tekanan, menyahtoksin, menanggalkan sel kulit mati serta mengekalkan kehalusan wajah.
  • Pulasari: Pulasari atau mempelas ternyata kaya dengan kebaikan untuk kesihatan tubuh badan. Di samping dapat merawat masalah radang dan demam, ia juga diyakini mampu memelihara kesihatan dalaman wanita seterusnya dapat mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil.
  • Daun Turi: Selain kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan dan kecantikan, daun turi juga diyakini mampu mengurangkan rasa sakit, radang, sakit kepala mahupun demam. Ia juga dapat menggalakkan penghasilan susu ibu.
  • Asam Keping: Asam keping kaya dengan khasiat, asid sitrik, serat, vitamin dan mineral serta bersifat antioksidan untuk menyingkirkan toksin dalam badan bagi membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Asid askorbik yang terkandung dalam asam keping ini pula berperanan untuk memelihara kulit daripada serangan bakteria.
  • Kayu Manis: Kulit kayu manis juga kaya dengan khasiat dari sumber serat, kalsium, zat besi dan mangan yang berupaya menstabilkan tahap kolestrol dan gula dalam darah, memelihara sistem kardiovaskular, mengurangkan risiko serangan kanser, serta mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit. Ia juga mampu mengatasi kemurungan, keletihan dan bau badan yang kurang menyenangkan, meredakan ketegangan otot, memulihkan senggugut bagi wanita, mengecutkan jerawat dan membantu mengekalkan kehalusan kulit.
  • Pala: Selain membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit, buah pala yang bersifat antioksidan ini diyakini mampu menentang proses penuaan, membuang angin dalam badan, mengatasi penyakit sendi, meredakan kesakitan di samping menstabilkan tekanan darah, menjana penghasilan darah merah, memelihara sistem saraf serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan bagi meningkatkan tahap kesihatan.
  • Kunyit: Kunyit mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka. Di samping itu, ia juga berupaya merawat penyakit sendi, menyingkirkan toksin dalam badan serta memelihara kejelitaan dan keremajaan kulit anda.
  • Jintan Putih: Jintan putih bertindak sebagai penawar tradisional yang bersifat antiseptik serta berupaya mengatasi masalah angin dalam badan, penghadaman dan kekejangan otot. Ia juga kaya dengan zat besi yang berperanan mengatasi masalah kelesuan serta menguatkan sistem imunisasi bagi menentang jangkitan penyakit.
  • Jintan Manis: Ia kaya dengan vitamin C yang bertindak sebagai agen anti-oksida untuk meneutralkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan.

CARA PENGGUNAAN TUNGKU HERBA TRADISI JAMU JELITA

  • Tanggalkan plastik pada Tungku Herba Tradisi dan masukkan tungku ke dalam plastik yang disediakan. Ikat hujung plastik tersebut.
  • Rebus Tungku Herba Tradisi selama 10-15 minit ia sedia untuk digunakan.
  • Simpan di dalam peti sejuk setelah digunakan.
  • Rebus semula sebelum penggunaan seterusnya.

Incoming search terms:

  • cara guna tungku jamu jelita

Additional information

Weight 0.510 kg