Sale!

Travel Pack Kulit Normal & Berminyak Royal White

RM 66.00 RM 59.00

Product Description

TRAVEL PACK KULIT NORMAL & BERMINYAK ROYAL WHITE

Royal White Travel Pack dilengkapi dengan Clarifying Cleansing Gel, Ultra-Soothing Toner, Deep Moist Day Cream, Advance Brightening Serum dan Intense Tri-Hydro Restoring Cream yang membantu memelihara dan mencerahkan kulit selain menyerlahkan keanggunan wajah anda.

Sesuai untuk kulit normal dan berminyak.

  • Clarifying Cleansing Gel (20 ml)
  • Ultra-Soothing Toner (20 ml)
  • Deep Moist Day Cream (7 ml)
  • Advance Brightening Serum (5 ml)
  • Extreme Nourishing Night Repair (7 ml)

KHASIAT TRAVEL PACK KULIT NORMAL & BERMINYAK ROYAL WHITE

  • Membekalkan nutrien kepada kulit agar ia kekal sihat dan berseri
  • Memulihkan kerosakan sel kulit
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Menyahtoksin
  • Menanggalkan kotoran dan sel kulit mati pada wajah
  • Mengekalkan kehalusan, ketegangan dan kelembapan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Membantu menyerlahkan keremajaan kulit
  • Mengurangkan tompok-tompok penuaan
  • Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan pigmentasi
  • Mengawal penghasilan minyak dalam lapisan kulit

KANDUNGAN TRAVEL PACK KULIT NORMAL & BERMINYAK ROYAL WHITE

  • Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
  • Minyak Biji Borage (Borago Officinalis): Biji bunga yang sering terdapat di Asia Tengah ini tinggi khasiat dari sumber asid gamma-linolik yang berupaya mencegah radang serta membantu mengatasi masalah kulit seperti eczema dan psoriasis (kegatalan), selain mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit, memudarkan kesan parut dan meningkatkan kelembapan kulit.
  • Sel Stem Epal (Malus Domestica): Sel stem yang terhasil daripada buah epal ini ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menghalus, mencerah dan melembapkan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang membentuk sel-sel kulit yang baru di samping berperanan mencegah kanser, mencegah kerosakan sel dalam badan, memperbaiki sel dan tisu dalam badan selain menggalakkan penghasilan sel baru yang lebih sihat. Sel stem epal juga berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit dan mengatasi masalah penuaan.
  • Cendawan Shiitake (Lentinus Edodes): Cendawan yang sering tumbuh di Asia timur ini kaya dengan nutrien dan mineral yang berkhasiat seperti vitamin B dan D serta asid hyaluron, selenium dan potassium. Tumbuhan yang bersifat antioksidan ini mampu mencegah kerosakan sel mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus di samping mengatasi masalah jerawat, meningkatkan kecerahan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan risiko serangan kanser kulit.
  • Ethylhexyl Methoxycinnamate: Cecair ini berupaya melindungi kulit daripada sinaran ultraungu sekaligus menentang kerosakan kulit dan proses penuaan, di samping mengurangkan kesan parut pada kulit.
  • Glycerin: Glycerine merupakan sebatian polyol yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Ceteareth-20: Ceteareth adalah hasil campuran cetearyl dan stearyl alkohol yang merupakan asid lemak semulajadi bersumberkan minyak kelapa. Sebatian ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi yang menyatukan bahan-bahan lain di dalam produk ini.
  • C12-15 Alkohol Benzoate: Cecair berminyak ini bertindak mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit yang kering.
  • Butylene Glycol: Sebatian yang terhasil daripada petroleum ini berfungsi memelihara sesebuah produk kosmetik di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Cetyl Alcohol: Turut dipanggil Cetearyl Alcohol. bahan pengemulsi bagi menyatukan bahan-bahan lain di dalam produk ini selain membantu menyerap lembapan ke dalam lapisan kulit, selain melindungi kulit daripada kerengsaan.
  • Hydrogenated Polydecene: Bahan polimer sintetik ini berupaya menjadi bahan pelembap bagi kulit bagi mengatasi masalah kulit kering.
  • Urea: Sebatian organik ini berupaya mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi kulit kering dan mengelupas, menggalakkan pemulihan luka, mengurangkan radang, serta menyingkir sel kulit mati.
  • Kulat Putih (Tremella Fuciformis): Kulit putih mula ditanam di China pada kurun ke-19 dan sering digunakan sebagai bahan kosmetik oleh wanita di negara itu selain di Jepun untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kulat putih bersifat antioksidan yang mampu menentang radikal bebas di samping turut membantu menghilangkan kedutan dan garis-garis halus pada kulit untuk menyerlahkan keremajaan wajah.
  • Asid Kojic: Asid kogic yang bersifat antioksidan ini sering terkandung dalam cendawan dan berperanan penting dalam pencerahan kulit di samping mengatasi masalah hiperpigmentasi di mana asid ini membantu mengurangkan penghasilan melanin seterusnya mengekang pertumbuhan jeragat dan kesan-kesan penuaan.
  • Beta Glucan Yis: Beta glucan merupakan sebatian organik yang sering terdapat dalam bahan semulajadi seperti yis. Ia bersifat antioksidan dan berupaya mengekalkan keremajaan kulit di samping membantu meningkatkan sistem imunisasi, memulihkan kerosakan kulit akibat luka dan pancaran cahaya matahari, menjana penghasilan kolagen dan sel kulit yang sihat serta mencegah serangan bakteria yang boleh merosakkan kulit.
  • Isopropyl Isostearate: Sebatian organik ini berupaya mengekalkan kelembapan dalam lapisan kulit di samping membantu menghaluskan lagi permukaan kulit.
  • Trideceth-10: Trideceth-10 adalah sejenis polyethylene glycol yang berfungsi menyatukan semua ramuan dalam produk ini agar dapat berfungsi dengan lebih efektif.
  • Witch Hazel Water (Hamamelis Virginiana): Air yang diekstrak dari bunga Witch Hazel atau Winterbloom ini bersifat antioksidan dan astringen yang berupaya membantu mencegah kerosakan sel dan membantu mencegah proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengatasi masalah kulit yang kering serta berjerawat, memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Dimethicone: Merupakan sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya menghaluskan permukaan kulit di samping mengurangkan kesan garis-garis halus dan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Sodium PCA (Pyrrolidone Carboxylic Acid): Sebatian yang berasaskan asid amino ini bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit di samping mengekalkan kelembapan kulit.
  • Lecithin: Lecithin merupakan sejenis lemak yang sering terdapat dalam tisu tumbuhan atau haiwan dan terdiri daripada asid lemak, glycerol, asid fosforik, triglyceride, choline dan fosfolipid. Selain menjadi bahan penstabil dalam produk penjagaan diri, lecithin berupaya menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam lapisan kulit dan mencegah pengoksidaan sel sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit.
  • 4-Butylresorcinol: Juga dipanggil rucinol, sebatian sintetik ini bertindak meningkatkan kecerahan kulit di samping membantu mengatasi masalah hiperpigmentasi seperti jeragat.
  • Xhantan Gum: Gam Xanthan merupakan karbohidrat yang berasaskan gula serta berfungsi sebagai bahan penstabil dan pelikat produk penjagaan diri di samping menggalakkan fungsi semua bahan lain dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Sodium Polyacryloyldimethyl Taurate: Sebatian ini merupakan sejenis garam yang bertindak sebagai bahan penstabil dalam produk ini di samping membantu melembapkan kulit.
  • Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer: Bahan polimer sintetik ini berfungsi menjadi bahan penstabil dalam produk ini agar semua bahan lain bersatu dan berfungsi bagi memelihara kulit.
  • Adenosine: Adenosine adalah sebatian organik yang mampu menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin yang merupakan komponen protein di dalam lapisan kulit seterusnya membantu meningkatkan keanjalan kulit serta menyerlahkan keremajaan wajah. Adenosine turut membantu melancarkan peredaran darah sekaligus memulihkan kerosakan sel kulit akibat radikal bebas dan pancaran radiasi ultraungu (UV).
  • Phenyl Trimethicone: Phenyl Trimethicone terhasil daripada silikon yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit.
  • Glycosphingolipids: Sebatian organik ini berupaya mengekalkan kelembapan dalam lapisan kulit di samping membantu memperbaiki struktur kulit serta menghaluskan lagi permukaan kulit yang kering dan mengelupas.
  • Phenyl Trimethicone: Phenyl Trimethicone terhasil daripada silikon yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit.
  • Phospholipid: Phospholipid terdiri daripada asid lemak, glycerol, fosfate dan molekul polar serta bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam produk ini.
  • Tocopheryl Acetate: Sebatian ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai antioksida yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Tocopheryl Acetate juga mampu mencegah penuaan kulit, mengatasi radang kulit serta memperbaiki struktur kulit.
  • Asid Askorbik: Juga dikenali sebagai Vitamin C, ia merupakan zat paling penting penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan, selain menggalakkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit.
  • Sodium Hyaluronate: Seperti asid Hyaluron yang mengandungi kadar molekul yang lebih banyak berbanding sodium hyaluronate, ia berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit di samping mengurangkan kesan kedutan serta menggalakkan penyerapan kalsium ke dalam lapisan kulit.
  • Pro-Vitamin B5 (D-Panthenol): Panthenol atau vitamin B5 berupaya mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu memulihkan kerosakan seperti kulit kering dan mengelupas serta menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat.
  • Methylchloroisothiazolinone: Bahan ini bersifat antibakteria dan antikulat serta berfungsi sebagai bahan pengawet di samping membantu mengatasi masalah kulit.
  • Methylisothiazolinone (MIT): MIT merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulit yang boleh merosakkan produk ini.
  • Lanolin: Lanolin merupakan kombinasi ester sterol dan asid lemak yang banyak terkandung di dalam tumbuhan, haiwan dan kulat. Ia mirip sebum atau minyak yang terdapat pada kulit kepala dan mudah meresap ke dalam lapisan kulit sekaligus membantu mengekalkan kelembapan kulit kepala. Lanolin juga mampu meredakan masalah kulit gatal dan kering.
  • Asid Sitrik: Asid sitrik bersifat anti-oksida dan berupaya mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
  • Polysorbate 20: Sebatian ini bertindak sebagai bahan pengemulsi dan bahan penstabil dalam produk kosmetik, selain berperanan menenang dan menyamankan kulit untuk mengekalkan kesegaran.
  • Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada serangan bakteria.
  • Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer: Sebatian polimer ini bertindak sebagai bahan pengemulsi yang berperanan menyatukan bahan-bahan lain di dalam produk ini.
  • Triethanolamine: Bahan ini adalah sejenis cecair sintetik yang sering digunakan sebagai bahan pengemulsi di dalam produk penjagaan diri untuk menyatukan bahan-bahan lain di dalam produk ini.
  • Disodium EDTA: Disodium EDTA (asid Ethylenediaminetetraacetic) berfungsi sebagai bahan pengawet dan penstabil di dalam produk ini di samping membantu memulihkan kerosakan pada sel kulit.
  • Imidazolidinyl Urea: Imidazolidinyl Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.
  • Butyl Hydroxytoluene (BHT): BHT adalah sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus menentang kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Fruktan: Fruktan merupakan molekul utama di dalam glukosa yang berupaya meningkatkan fungsi imunisasi di dalam lapisan kulit sekaligus membantu menyerlahkan keremajaan kulit.
  • Dextrin: Dextrin adalah sejenis karbohidrat yang berfungsi menyahtoksin sekaligus menyerlahkan lagi seri kulit.
  • Sodium Metabisulfite: Sodium Metabisulfite adalah garam organik yang berperanan sebagai bahan pengawet di dalam produk ini. Ia juga bersifat antioksidan bagi mencegah kemerosotan fungsi setiap ramuan lain.
  • Cyclopentasiloxane: Bahan ini merupakan sejenis silikon yang berupaya membantu megekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.
  • Dimethicone Crosspolymer: Dimethicone Crosspolymer adalah sebatian silikon yang bertindak sebagai bahan penstabil bagi menggalakkan fungsi ramuan lain dalam produk ini.
  • Cocamidopropyl Betaine: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa ini dan berfungsi untuk mencuci minyak dan kotoran dari kulit selain membantu mengatasi masalah kulit kering serta menyerap kelembapan ke dalam struktur kulit.
  • Cocamide DEA (Cocamide Diethanolamine): Sebatian ini terhasil daripada kombinasi asid lemak dan minyak kelapa bersama diethanolamine serta berfungsi sebagai agen pembuih dan pengemulsi dalam produk ini selain berupaya menanggalkan kekotoran pada kulit wajah agar anda tampil lebih segar.
  • Disodium Cocoamphodiacetate: Bahan yang terhasil daripada asid lemak buah kelapa ini berperanan sebagai agen pembuih dan berupaya menanggalkan kotoran pada kulit di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.

CARA PENGGUNAAN TRAVEL PACK KULIT NORMAL & BERMINYAK ROYAL WHITE

Siang:

  • Cuci muka dengan Clarifying Cleansing Gel
  • Setelah wajah dilap kering, sapukan Ultra-Soothing Toner ke seluruh muka dan leher
  • Sapu dan ratakan Deep Moist Day Cream ke seluruh wajah

Malam:

  • Cuci muka dengan Clarifying Cleansing Gel
  • Setelah wajah dilap kering, sapukan Ultra-Soothing Toner ke seluruh muka dan leher
  • Sapukan Advance Brightening Serum dan urut wajah perlahan-lahan sehingga menyerap ke dalam lapisan kulit
  • Sapu dan ratakan Extreme Nourishing Night Repair ke seluruh wajah

SKU: RWE 011 Categories: , ,