Sale!

Tonik Tuan Haji Rimbunan Bio Herbs

RM 68.00 RM 59.00

Product Description

TONIK TUAN HAJI RIMBUNAN BIO HERBS

Tonik Tuan Haji merupakan rawatan alternatif yang dirumus menggunakan herba-herba tradisional yang terpilih dan bermutu tinggi khusus untuk memulihkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti gout, strok, diabetes dan asthma di samping meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Kandungan: 300 ML

Berikut adalah antara penyakit-penyakit yang dapat dipulihkan bersama jangkaan tempoh masa yang diambil untuk membantu memulihkannya:

  • Lenguh-lenguh badan (2-3 hari)
  • Sakit pinggang (2-3 hari)
  • Asthma atau semput (5-7 hari)
  • Senggugut dan haid yang tidak stabil (2-5 hari)
  • Kebas (2-3 hari)
  • Angin dalam badan (2-5 hari)
  • Kelesuan dan lemah badan (1 hari)
  • Batuk (2-5 hari)
  • Luka dalaman (7 hari)
  • Lemah jantung (20 hari)
  • Strok (20 hari)
  • Gout (20 hari)
  • Kencing manis (14 hari)
  • Lemah syahwat (14 hari)

KHASIAT TONIK TUAN HAJI RIMBUNAN BIO HERBS

  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Menyingkirkan toksin yang berbahaya untuk kesihatan
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah penyakit
  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Merawat radang, cirit-birit dan cacing di dalam perut
  • Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman
  • Memelihara proses penghadaman dan pencernaan
  • Mengurangkan tahap kolestrol seterusnya membantu memelihara kesihatan jantung
  • Mengatasi masalah senggugut, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil bagi wanita
  • Menguatkan bahagian rahim serta memulihkan tenaga selepas bersalin
  • Menyegarkan tubuh badan
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita serta ibu bersalin

KANDUNGAN TONIK TUAN HAJI RIMBUNAN BIO HERBS

  • Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
  • Delima: Buah delima merupakan agen antioksida yang berfungsi menentang radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan, di samping memelihara kesihatan jantung dan otak sekaligus menggalakkan fungsi otak dan membantu mencegah daripada penyakit Alzheimer. Selain berupaya memelihara kesihatan jantung dan melancarkan sistem pencernaan, buah delima turut mampu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
  • Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin yang berbahaya dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj. Tumbuhan yang turut dipanggil Aleppo Oak ini sering digunakan dalam rawatan tradisional bagi membantu memelihara usus dan mengatasi masalah sakit puan.
  • Tutup Bumi: Herba yang tumbuh liar di dalam hutan ini sering digunakan secara tradisional bagi membantu menurunkan suhu panas badan, melancarkan proses pencernaan, serta mencegah serta merawat radang, cirit-birit dan cacing di dalam perut. Di samping itu, herba tutup bumi turut berupaya merawat masalah kulit kering, kegatalan, keputihan, senggugut dan kitaran haid yang tidak stabil, di samping membantu memelihara jantung, tulang belakang, dan sistem saraf agar tubuh badan anda kekal sihat.
  • Lemuju: Lemuju mampu menyihatkan rambut, memulihkan luka dan ulser serta membantu mengatasi perut kembung dan angin dalam badan.
  • Gamat: Gamat merupakan sejenis haiwan di dasar lautan yang yang sarat dengan khasiat vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat yang tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Kandungan karbohidratnya pula berperanan membekalkan tenaga di samping memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka, membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan tahap metabolisme tubuh badan. Omega-3 yang turut terkandung di dalam gamat pula berfungsi mengurangkan masalah radang.
  • Tongkat Ali: Tongkat Ali mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya meningkatkan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal. Herba ini juga adalah agen anti-oksida yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser selain berperanan membakar lemak, melambatkan proses penuaan serta mengawal tahap tekanan darah.
  • Madu Lebah Kelulut: Lebah kelulut merupakan sejenis lebah yang tidak bersengat serta menghasilkan madu yang sama seperti lebah biasa. Namun begitu, ia dikatakan menghasilkan madu yang mengandungi khasiat yang lebih tinggi daripada madu biasa. Madu terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
  • Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya bagi kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya memelihara sistem kardiovaskular, mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita. Di samping itu, ia juga berupaya membantu menguatkan bahagian rahim serta memulihkan tenaga selepas bersalin.
  • Cekur: Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diambil ibu dalam pantang.
  • Mas Cotek: Mas Cotek kaya dengan kandungan antioksida dari sumber flavonoid yang berupaya melancarkan peredaran darah serta bertindak sebagai antioksidan dan antiradang bagi mencegah kerosakan sel. Selain membantu mengatasi masalah pencernaan, ia juga mengandungi triterpenoid dan phenol yang berfungsi sebagai antiseptik bagi mempercepatkan pemulihan luka dan bengkak di samping membantu membuang kahak dan menjana penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan. Ia turut berupaya membantu mengatasi masalah sakit puan, mengecutkan rahim serta mengukuh dan mengembalikan rahim pada kedudukan asalhnya. Ia turut berupaya merapatkan pintu rahim, meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri, di samping menyahtoksin, melancarkan tekanan darah, memelihara sistem saraf dan mengekalkan kehalusan kulit di sekitar faraj.
  • Ginseng Korea Gred A: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mencegah kerosakan sel di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah serangan kanser, meningkatkan tahap tenaga fizikal dan seksual di samping mengurangkan kadar kolestrol dan melancarkan peredaran darah.
  • Sarang Burung Walet (Layang-Layang): Sarang burung layang-layang dibina dengan air liurnya sendiri yang mengandungi kandungan protein yang tinggi (60%), 18 jenis asid amino, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium, fosforus dan magnesium. Semua nutrien tersebut penting untuk memelihara kesihatan, keanjalan dan kecantikan kulit di samping membekalkan tenaga, mengukuhkan sistem imunisasi, melancarkan sistem penghadaman, dan mengekalkan tisu yang sihat.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

CARA PENGAMBILAN TONIK TUAN HAJI RIMBUNAN BIO HERBS

  • Bagi dewasa: Ambil 1 sudu besar setiap kali selepas makan.
  • Bagi kanak-kanak: Ambil 1 sudu kecil setiap kali selepas makan.
  • Sekiranya penyakit beransur pulih, kurangkan dos pengambilan dan ambil pada waktu pagi setiap 3 hari.
  • Produk ini merupakan persediaan herba. Dapatkan nasihat doktor jika penyakit berlarutan.

Incoming search terms:

  • rimbunan herbs
  • www rimbunanherbs com
  • www rimbunan herbs com my
SKU: RBH 001 Categories: ,