Sale!

Teh Tarik Moganna HR

RM 32.40 RM 30.00

Product Description

TEH TARIK MOGANNA HR

Teh Tarik Moganna yang diilhamkan daripada teh tarik yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia menggabungkan kebaikan susu kambing bersama teh hitam, Ginseng, Ganoderma, mengkudu dan durian belanda bagi menghasilkan aroma dan rasa yang mempesona di samping membekalkan nutrisi untuk kesihatan tubuh.

  • Kandungan: 20 Sachets

KHASIAT TEH TARIK MOGANNA HR

  • Tinggi kandungan antioksidan bagi mencegah kerosakan sel tubuh
  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
  • Meningkatkan tahap tenaga dan kesegaran tubuh badan
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi membantu menentang serangan penyakit
  • Menstabilkan tahap kolestrol dan gula dalam darah
  • Memnbantu mencegah penyakit kencing manis
  • Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan
  • Menstabilkan tekanan dan peredaran darah
  • Mencegah radang
  • Mempercepatkan pemulihan luka
  • Mengukuhkan tulang dan otot

KANDUNGAN TEH TARIK MOGANNA HR

  • Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan luka, mengukuhkan tulang dan otot, dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain menyingkirkan toksin dalam tubuh serta melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan, susu kambing juga berupaya membantu proses tumbesaran dan perkembangan mental di samping mengukuhkan tulang dan otot, menstabilkan tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.
  • Gula Halus: Selain menambah rasa manis ke dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
  • Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada minuman anda. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
  • Teh Hitam (Camellia Sinensis): Teh hitam merupakan daun teh yang telah diproses dan dikeringkan serta mempunyai rasa yang lebih kuat daripada teh hijau. Ia mampu meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan pembakaran lemak di samping menstabilkan kadar gula dalam darah. Selain itu, daun teh yang bersifat antioksidan ini berupaya menghalang sel-sel lemak daripada menyerap glukosa serta dapat membantu dalam pembakaran kalori dan meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Mengkudu (Morinda Citrifolia): Buah mengkudu mengandungi makronutrien seperti vitamin C, niacin (vitamin B3), zat besi dan potassium di samping phytochemical seperti flavonoid, polysaccharide, asid lemak, alkaloid dan iridoid yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan. Selain membantu menyingkirkan toksin, memelihara sistem saraf dan meredakan tekanan, ia juga berupaya mengatasi senggugut, kencing manis, penyakit hati serta masalah pada bahagian usus dan saluran pencernaan. Di samping itu, buah mengkudu yang tinggi kandungan antioksidan dan antiradang ini juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi, menguatkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah penyakit seperti serangan jantung, strok dan kanser. Biji buah mengkudu juga mengandungi asid linoleic yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit serta mengatasi masalah jerawat dan radang.
  • Panax Ginseng: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mencegah kerosakan sel di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah serangan kanser, meningkatkan tahap tenaga fizikal dan seksual di samping mengurangkan kadar kolestrol dan melancarkan peredaran darah.
  • Garam Bukit: Garam bukit yang terdapat di gunung-ganang seperti Gunung Himalaya sememangnya kaya dengan khasiat bagi kesihatan tubuh badan dan berupaya melancarkan perjalanan darah untuk menggalakkan fungsi organ dalaman, serta membantu mengatasi masalah jerawat, parut dan kegatalan. Selain itu, garam bukit turut membantu membuang sel kulit mati dan menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya meningkatkan kecantikan dan kecerahan kulit serta memelihara kesihatan tubuh badan.
  • Cendawan Lingzhi (Ganoderma): Herba ini amat terkenal dalam perubatan tradisional Cina kerana khasiatnya yang tinggi. Ganoderma mengandungi 16 jenis asid amino yang bersifat antioksidan dan berperanan membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein di dalam badan serta melembap dan menghaluskan kulit. Herba ini juga kaya dengan protein, polysaccharide dan triterpene yang membantu menggalakkan pertumbuhan semula sel, melambatkan penuaan, meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit.Di samping memelihara organ hati daripada kerosakan, Ganoderma juga berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh, melegakan alahan, meningkatkan tahap tenaga dan metabolisme, menggalakkan keupayaan mental serta menstabilkan tahap tekanan darah dan kadar gula dalam darah.
  • Durian Belanda: Buah durian belanda Mengandungi vitamin B1, 2 dan C yang bersifat antioksidan serta berperanan meneutralkan radikal bebas mencegah kerosakan sel serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, ia turut berupaya menyingkirkan toksin, membekalkan tenaga tambahan untuk tubuh badan di samping membantu merawat serta menentang radang, penyakit jantung dan serangan kanser. Durian belanda turut mampu membantu anda meredakan tekanan, batuk, ketegangan otot dan penyakit sendi.

CARA PENGAMBILAN TEH TARIK MOGANNA HR

  • Bancuh 1 sachet Teh Tarik Moganna bersama secawan air panas.
  • Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.
  • Boleh diambil 1 hingga 2 sachet sehari.
  • Simpan produk ini di tempat yang kering pada suhu bilik.

 

SKU: HRM 004 Categories: , ,