Sale!

Sure White Beauty Plus

RM 150.00 RM 139.00

Product Description

Sure White Beauty Plus

Sure White Beauty Plus diperkaya dengan sumber kolagen, thanaka, madu, sarang burung, strawberi dan timun selain turut mengandungi sel stem dari 6 jenis tumbuhan iaitu roselle, epal, maquiberi, raspberi, elderberi dan blueberi yang bukan sahaja mampu menjana kesihatan secara menyeluruh, malah turut membekalkan khasiat kepada kulit agar ia tampil lebih berseri tanpa sebarang cela dan kesan penuaan.

Khasiat Sure White Beauty Plus

  • Memelihara sel kulit
  • Menyerlahkan seri wajah
  • Meningkatkan kecerahan dan keanjalan kulit
  • Mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
  • Menentang proses penuaan
  • Mengatasi masalah kulit kusam, berjerawat, berparut dan berkedut
  • Membantu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu
  • Mengurangkan kesan rekahan dan selulit
  • Menyahtoksin

Kandungan Sure White Beauty Plus

  • Hydrolyzed Collagen: Kolagen larut air yang juga dikenali dengan nama gelatin ini mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, gelatin juga berperanan membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan tahap metabolisme tubuh badan.
  • L-Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, kulit bersisik (psoriasis), kulit kering (neurodermatitis), dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.
  • Asid Hyaluron: Asid Hyaluron merupakan karbohidrat yang terdapat dalam tubuh manusia, juga boleh dihasilkan di dalam makmal. Selain melancarkan bahagian sendi dan otot dalam badan, Hyaluron merupakan pelembap kulit yang baik, di samping membantu memelihara tisu kulit.
  • Thanaka: Thanaka murapakan sejenis krim yang dihasilkan daripada kulit, kayu dan akar pokok thanaka serta sering digunakan oleh wanita Myanmar sebagai alat kosmetik. Di samping memberikan kulit perlindungan daripada sinaran cahaya matahari, thanaka juga mampu menyejukkan kulit dan bertindak sebagai antikulat untuk menentang serangan mikroorganisme yang mendatangkan penyakit. Ia juga turut membantu menghapuskan kesan jerawat selain mengekalkan kehalusan kulit.
  • Sarang Burung: Sarang burung layang-layang dibina dengan air liurnya sendiri yang mengandungi kandungan protein yang tinggi (60%), 18 jenis asid amino, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium, fosforus dan magnesium. Semua nutrien tersebut penting untuk memelihara kesihatan, keanjalan dan kecantikan kulit di samping membekalkan tenaga, mengukuhkan sistem imunisasi, melancarkan sistem penghadaman, dan mengekalkan tisu yang sihat.
  • Madu: Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga, madu merupakan sumber tenaga, stamina dan pemulih tenaga untuk badan kita selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Ia juga mampu membasmi bakteria, merawat dan memulihkan luka. Selain itu, madu yang bersifat antioksida dan antibakteria ini turut berperanan melembutkan kulit dan menghasilkan tona wajah yang sekata selain mengurangkan jerawat, menyembuhkan luka dengan, memudarkan parut dan menyihatkan tubuh badan.
  • Astaxanthin: Astraxanthin yang merupakan pigmen organik ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan selain membantu merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu dan turut bertindak sebagai bahan pewarna yang selamat untuk digunakan.
  • Vitamin C: Vitamin C merupakan sebatian yang penting untuk menyeri dan menyihatkan kulit. Ia juga mampu merawat jangkitan kuman pada faraj yang boleh mengakibatkan keputihan dan menghasilkan bau yang tidak enak. Vitamin C juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.
  • Sel Stem Epal: Sel stem yang terhasil daripada buah epal ini ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menghalus, mencerah dan melembapkan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang membentuk sel-sel kulit yang baru di samping berperanan mencegah kanser, mencegah kerosakan sel dalam badan, memperbaiki sel dan tisu dalam badan selain menggalakkan penghasilan sel baru yang lebih sihat. Sel stem epal juga berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit dan mengatasi masalah penuaan.
  • Stem Sel Roselle: Sel stem dari sumber roselle kaya dengan zat vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit, di samping mengandungi serat yang bertindak melancarkan sistem penghadaman di samping meningkatkan keanjalan kulit. Di samping itu, Roselle yang sarat dengan vitamin B1, B2 dan D ini juga berupaya mengurangkan kadar kolestrol jahat sekaligus memelihara kesihatan jantung. Ia turut membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengatasi masalah kulit dan insomnia, menstabilkan tekanan darah, melancarkan sistem pencernaan, melambatkan penuaan kulit serta meningkatkan keupayaan mental.
  • Sel Stem Raspberi: Sel stem dari buah raspberi mengandungi sebatian Phytonutrient yang membantu meningkatkan metabolisme dalam sel lemak tubuh. Tumbuhan ini juga merupakan agen antioksida yang membantu meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran oleh bahan kimia yang berbahaya dalam tubuh, di samping berupaya menentang penuaan sel kulit.
  • Sel Stem Maquiberi: Sel stem maquiberi bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan sekaligus membantu menentang risiko serangan kanser. Di samping itu tumbuhan ini juga berupaya menggalakkan pengoksidaan kolestrol dalam darah dan seterusnya menyumbang kepada kesihatan sistem kardiovaskular. Maquiberi mengandungi sifat antiradang dan antibakteria serta berperanan menstabilkan tahap gula dalam darah untuk membantu mengurangkan berat badan berlebihan.
  • Sel Stem Elderberi: Elderberi telah digunakan sejak berates-ratus tahun dahulu untuk memulihkan luka. Ia mempunyai fungsi antioksida untuk menyahtoksin, selain membantu mengurangkan kadar kolestrol, meningkatkan sistem imunisasi. Selain itu, elderberi turut kaya dengan kandungan flavonoid, asid amino, vitamin A, B dan C yang berperanan memelihara sel kulit, menyerlahkan seri wajah, menentang proses penuaan di samping membantu membekalkan tenaga dan mengatasi masalah kulit seperti jerawat yang mengganggu penampilan.
  • Sel Stem Blueberi: Blueberi merupakan agen antioksida yang bertindak meneutralkan radikal bebas di samping membantu melambatkan proses penuaan serta menentang risiko serangan jantung dan strok. Tumbuhan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit, meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengurangkan tahap gula dalam darah dan memelihara saluran pencernaan daripada jangkitan Blueberi juga kaya dengan zat polyphenol yang berupaya membakar lemak dalam tubuh terutamanya di bahagian perut selain kandungan serat yang mampu mengurangkan selulit.
  • Timun: Timun mengandungi 90% air, potassium dan magnesium untuk membekalkan mineral kepada kulit, di samping vitamin A, B dan C yang mampu menggalakkan sistem imunisasi, menyerlahkan seri wajah, membekalkan tenaga jasmani dan menyingkirkan toksin dari tubuh badan sekaligus dapat memelihara kesihatan kulit dan tubuh badan secara menyeluruh.
  • Sengkuang (Yam Bean): Sengkuang yang kaya dengan serat ini bukan sahaja menjadi sebahagian daripada hidangan di Malaysia, malah mempunyai khasiat untuk menyihatkan kulit. Selain kaya dengan serat, sengkuang turut mengandungi vitamin B1 dan C yang berperanan melembap, menegang, mencerah serta menghaluskan kulit, selain menghapuskan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan kedutan pada kulit.
  • Strawberi: Strawberi yang kaya dengan khasiat Vitamin C ini berupaya melambatkan proses penuaan kulit di samping meningkatkan metabolisme sekaligus membantu pembakaran lemak bagi mengurangkan berat badan yang berlebihan. Ia juga sarat dengan serat yang memastikan kelancaran sistem penghadaman, selain magnesium dan potassium yang mampu mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, serta memelihara kesihatan jantung.

Cara Penggunaan Sure White Beauty Plus

  • Bancuh 2 sudu serbuk Sure White Beauty Plus bersama 150 ml air
  • Kacau hingga larut atau goncang dengan shaker
  • Ambil 2 kali sehari sebelum makan atau ketika perut kosong

Incoming search terms:

  • sure white
  • khasiat sure white
  • sure white collagen
SKU: SRWT 001 Categories: , ,