Sale!

Supersoft 2 In 1 V’Asia

RM 25.00 RM 19.00

Product Description

SUPERSOFT 2 IN 1 V’ASIA

Supersoft dengan formulasi hebat 2 dalam 1 yang bertindak sebagai perapi dan leave-on yang berkesan untuk mengekalkan kelembutan rambut di samping membantu merawat rambut yang bermasalah. Ia sesuai untuk semua jenis rambut lelaki dan wanita.

Kandungan: 100 ml

Supersoft diperkaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan campuran ramuan semulajadi yang ternyata mampu membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh rambut anda. Di samping mengekalkan kesuburan dan kesihatan rambut, ia juga dapat membantu merapi, menghalus, menyinar, melicin serta menjadikan rambut anda lebih terurus.

KEBAIKAN SUPERSOFT (FORMULASI CONDITIONER & LEAVE ON)

  • Membekalkan nutrisi untuk rambut anda
  • Memelihara kelembutan rambut
  • Mengekalkan kesihatan dan kesuburan rambut
  • Mengatasi masalah rambut gugur
  • Merawat masalah rambut kering, rapuh, bercabang dan kusut
  • Menjadikan rambut anda lebih terurus dan bermaya
  • Sesuai untuk semua jenis rambut
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita

KANDUNGAN SUPERSOFT (FORMULASI CONDITIONER & LEAVE ON)

  • Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut. Ia berperanan memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.
  • Dimethicone: Sebatian yang terhasil daripada silikon ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan ramuan lain di dalam produk ini sekaligus menggalakkan fungsi setiap kandungan.
  • Cyclomethicone: Merupakan sebuah agen pelembap, sebatian ini membantu mengekalkan kehalusan dan kelembutan rambut serta kulit kepala anda dengan berkesan.
  • Stearyl Alcohol: Stearyl alcohol bertindak sebagai bahan pelarut di samping dapat mengawal masalah minyak pada rambut dan kulit kepala di samping membantu mengekalkan kelembapannya.
  • Cetyl Alcohol: Ia terhasil daripada lemak haiwan mahupun sayuran serta bertindak mengawal masalah minyak pada rambut dan kulit kepala di samping membantu mengekalkan kelembapannya.
  • Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk untuk meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel di samping mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit kepala. Asid laurik yang terkandung dalam minyak kelapa pula berupaya mengatasi masalah kelemumur dan menggalakkan kesuburan rambut.
  • Biji Bunga Matahari: Di samping baik untuk rawatan kecantikan kulit, minyak yang terhasil dari biji bunga matahari kaya dengan kebaikan vitamin B7 yang dapat membantu anda memiliki rambut yang lebih lebat dan subur.
  • Zaitun: Selain membantu mencantikkan kulit, ekstrak zaitun juga berupaya membantu mengatasi masalah kelemumur, rambut gugur, uban dan melembutkan kulit yang kasar, kering dan rosak. Selain itu juga, ia juga membantu mengurangkan rambut gugur, membekalkan nutrisi kepada kulit kepala di samping meningkatkan pertumbuhan rambut.
  • Paraffinum Liquidum: Selain bertindak melindungi kandungan produk ini daripada kerosakan, sebatian yang terhasil melalui proses penyulingan petroleum ini bukan sahaja baik untuk merawat masalah kulit kering, malah turut berupaya mengekalkan kelembapan dan kelembutan rambut.
  • Gliserin: Gliserin atau glycerol merupakan sebatian organik yang boleh diperoleh daripada lemak haiwan mahupun sayuran. Ia berfungsi sebagai emolien yang berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut dan kulit kepala.
  • Stearalkonium Klorida: Ramuan ini sering digunakan dalam produk penjagaan rambut kerana keupayaannya untuk mengekalkan kelembutan rambut serta bertindak sebagai agen anti-statik dan anti-kulat.
  • Vitamin E Acetate: Sebatian ini turut dipanggil tocopheryl acetate sebagai berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia sering digunakan di dalam produk penjagaan diri termasuk syampu bagi membantu menyuburkan rambut di samping menjadikannya lebih bermaya.
  • Bis-Hydroxy / Methoxy Amodimethicone: Sebatian ini berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Sodium EDTA: Sodium EDTA (asid Ethylenediaminetetraacetic) berfungsi sebagai bahan pengawet dan penstabil di dalam produk ini di samping membantu memulihkan kerosakan pada sel kulit.
  • Cetrimonium Klorida: Bahan yang bersifat antiseptik ini berupaya mencegah serangan kuman dan bakteria sekaligus membantu melindungi ramuan di dalam produk ini daripada kerosakan.
  • Imidazolidinyl Urea: Imidazolidinyl Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.
  • Guar Hydroxypropyl Methylcellulose: Di samping baik untuk kesihatan jasmani, gam guar juga diyakini dapat menyuburkan serta mengekalkan kelembapan dan kelembutan rambut.
  • Argan: Selain tinggi kandungan antioksidan yang berupaya mengukuhkan rambut dari akarnya, minyak Argan turut berupaya menyerap ke dalam folikel rambut bagi membantu menggalakkan kesuburan rambut. Di samping itu, ia juga kaya dengan vitamin E dan Omega 3 yang mampu mengatasi masalah rambut rosak akibat pencemaran dan pancaran ultraviolet (UV) serta mengekalkan kehalusan dan kelembapan rambut sekaligus mengatasi masalah rambut kering dan kusut.
  • Bunga Raya: Lendir bunga raya yang dikenali sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut. Di samping itu, bunga raya turut membantu mengekalkan kelembutan rambut dan keutuhan akarnya, di samping berupaya mencegah daripada keguguran rambut.
  • Buah Keras: Buah keras telah digunakan sejak zaman dahulu dalam rawatan tradisional bagi membantu menyubur, melebat serta menghitamkan rambut. Ia turut berupaya merawat masalah kelemumur serta rambut kering dan bercabang seterusnya menjadikan rambut anda lebih segar dan bermaya.
  • Vitamin B5: Turut terkenal dengan nama panthenol, vitamin B5 sering terkandung di dalam produk penjagaan rambut serta berperanan mengembalikan kelembapan dan mengukuhkan rambut di samping memperbaiki rambut yang rosak, merawat hujung rambut yang bercabang dan menyerikan lagi rambut.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegar serta mengharumkan rambut anda.

CARA PENGGUNAAN SUPERSOFT (FORMULASI CONDITIONER & LEAVE ON)

Sebagai Conditioner/Perapi:

  • Ratakan pada rambut yang telah disyampu.
  • Biarkan seketika selama 2-5 minit.
  • Bilas sehingga bersih.

Sebagai Leave On:

  • Setelah rambut dicuci dan dikeringkan,
  • Sapu dan ratakan pada rambut yang telah dicuci dan dikeringkan.
  • Sesuai untuk digunakan pada rambut yang bermasalah seperti kering, bercabang dan rapuh.

Incoming search terms:

  • khasiat jamu dikocok dhearb

Additional information

Weight 0.2605 kg
SKU: VAA 059 Categories: , ,