Sale!

Super Fiber + Collagen Awet Muda

RM 36.00 RM 30.00

Product Description

SUPER FIBER + COLLAGEN AWET MUDA

Miliki bentuk tubuh yang lebih ramping dan ideal dengan produk pelangsingan terkini keluaran Awet Muda. Super Fiber + Collagen menggabungkan khasiat kolagen bersama adunan ramuan semulajadi yang ternyata 12 kali lebih berkesan dalam membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan secara sihat di samping meningkatkan tahap kesihatan dan kejelitaan yang berpanjangan. Shaker diberikan percuma.

Kandungan: 10 sachet

KHASIAT SUPER FIBER + COLLAGEN AWET MUDA

  • Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
  • Menyingkirkan toksin
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Meningkatkan tahap metabolisme
  • Menggalakkan pembakaran lemak dan kalori
  • Membantu mengatasi masalah berat badan berlebihan
  • Menggalakkan rasa kenyang dan mengawal selera makan
  • Mengatasi masalah perut buncit
  • Membentuk tubuh yang lebih ramping dan langsing
  • Meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit
  • Mengawal paras gula dan kolestrol dalam darah
  • Menyingkirkan toksin yang menjejaskan tahap kesihatan

KANDUNGAN SUPER FIBER + COLLAGEN AWET MUDA

  • Daun Senna: Selain membantu merawat masalah kulit, daun Senna yang berasal dari Afrika Utara ini juga diyakini dapat melancarkan proses penghadaman, menyingkirkan toksin dari tubuh badan serta membantu mencegah masalah radang dan jangkitan kuman.
  • Inulin: Turut dikenali sebagai polysaccharide, inulin merupakan rangkaian serat yang menggalakkan fungsi imunisasi, memelihara sistem kardiovaskular serta meningkatkan penyerapan mineral, zat besi, magnesium, kalsium dan zink ke dalam tubuh. Selain itu, inulin juga bertindak melancarkan proses penghadaman, menentang proses penuaan, membakar kalori serta membantu mengawal selera makan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan yang berlebihan.
  • Acaiberry: Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel serta mengandungi EFA yang merupakan asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat, sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Ia juga tinggi kandungan vitamin C yang bertindak menyingkirkan toksin serta meningkatkan tahap metabolisme bagi membantu menggalakkan pembakaran lemak seterusnya mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Garcinia Cambogia: Garcinia Cambogia mengandungi asid hidroksisitrik yang berupaya mengekang pembinaan lemak di dalam tubuh, mengurangkan rasa lapar serta menggalakkan pembakaran kalori sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Teh Hijau: Teh hijau dihasilkan daripada daun teh jenis Camellia Sinensis serta mampu meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan pembakaran lemak di samping menstabilkan kadar gula dalam darah. Selain itu, daun teh yang bersifat antioksidan ini berupaya menghalang sel-sel lemak daripada menyerap glukosa serta dapat membantu dalam pembakaran kalori dan meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Biji Anggur: Biji anggur dipercayai mampu membantu kita mengurangkan pengambilan kalori serta berkesan untuk melambatkan penyerapan diet sekaligus mengurangkan rasa lapar.
  • Oren: dengan kandungan serat, kalsium, potassium, vitamin C dan A serta rendah kalori dan bebas daripada lemak yang berupaya membantu mengurangkan rasa lapar, membekalkan tenaga, di samping menggalakkan pembakaran lemak dalam tubuh.
  • Mangga: Buah mangga tinggi kandungan serat yang berupaya melancarkan proses penghadaman seterusnya meningkatkan tahap metabolisme bagi membantu menggalakkan pembakaran lemak di samping mengurangkan paras kolestrol LDL yang tidak baik untuk kesihatan terutamanya terhadap bahagian jantung.
  • Sukralos: Sukralos merupakan pemanis tiruan yang tidak mengandungi sekaligus baik untuk mereka yang ingin menikmati makanan manis tanpa perlu bimbang akan peningkatan kalori dan berat badan.
  • Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren dan limau. Selain membantu memelihara kecantikan kulit, asid sitrik yang bersifat antioksidan ini juga mampu menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Anggur: Anggur ternyata kaya dengan khasiat bagi membantu anda mengurangkan berat badan yang berlebihan. Kandungan seratnya mampu menggalakkan rasa kenyang serta mengurangkan rasa lapar agar anda dapat mengurangkan pengambilan kalori makanan. Ia juga mengandungi phytonutrien yang dipanggil resveratrol yang merupakan sejenis antioksidan bagi membantu mencegah kanser dan penyakit jantung, di samping membantu menjana hormon adiponectin yang berupaya mengawal berat badan.
  • Astaxanthin: Astaxanthin merupakan agen antioksidan yang sering terkandung di dalam ramuan semulajadi seperti ikan salmon, yis, ketam dan udang. Selain meneutralkan kesan radikal bebas bagi mencegah kerosakan sel dan proses penuaan, ia juga berupaya menguatkan sistem imunisasi, mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah, serta membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.
  • Grapefruit: Di samping bertindak menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, buah grapefruit yang berasal dari Barbados ini diyakini mampu meningkatkan tahap metabolisme seterusnya membantu menggalakkan pembakaran lemak dan kalori dalam tubuh badan.
  • Agen Anti-caking: Bahan ini merupakan pengawet yang bertindak menstabilkan bentuk kandungan produk ini.
  • Isomaltooligo Saccharide: merupakan rangkaian karbohidrat dan serat yang membantu melancarkan proses penghadaman selain bertindak menyerap kelembapan ke dalam tubuh.
  • Dextrose Monohydrate: Selain menambah rasa manis pada makanan, sebatian yang turut dipanggil glukosa ini sering terkandung di dalam tumbuhan seperti anggur serta berperanan membekalkan tenaga kepada sel tubuh untuk menggalakkan fungsi sel di samping menstabilkan suhu tubuh dan mencegah proses penuaan kulit.
  • Vitamin C: Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, vitamin C juga mampu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Tartazine: Tartazine merupakan bahan pewarna sintetik yang menambah warna kuning lemon ke dalam sesuatu produk makanan mahupun kosmetik.
  • Psyllium Husk: Herba ini tinggi kandungan serat yang berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung, serta membantu menstabilkan kadar kolestrol dan mengatasi masalah pencernaan. Psyllium juga mampu mengurangkan rasa lapar serta meningkatkan tahap metabolisme yang kemudiannya membantu mengawal dan mengurangkan berat badan yang berlebihan.

CARA PENGGUNAAN SUPER FIBER + COLLAGEN AWET MUDA

  • Campurkan 1 sachet Super Fiber + Collagen ke dalam 150 ml air kosong atau sejuk menggunakan shaker yang disediakan.
  • Goncang sehingga larut.
  • Minum dengan segera.
  • Amalkan setiap hari selepas makan tengahari atau malam.

Incoming search terms:

  • testimoni fiber jamu jelita
  • super fiber kolagen produk awet muda

Additional information

Weight 0.350 kg