Sale!

Super Aqua Gel V’Asia

RM 26.00 RM 20.00

Product Description

SUPER AQUA V’ASIA

Super Aqua Gel Penyejuk 7 Berkolagen diadun menggunakan ekstrak Aloe Vera, gamat, rumpai laut, madu, delima, alfalfa dan kaviar khusus untuk memelihara kecantikan dan keremajaan kulit. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga mahupun wanita selepas bersalin.

Kandungan: 100 gm

KEBAIKAN SUPER AQUA V’ASIA

  • Menyegarkan kulit anda
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit
  • Menegangkan kulit
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Memudarkan kesan parut akibat luka mahupun jerawat
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Mengatasi masalah pigmentasi dan bintik-bintik hitam
  • Menyejukkan kulit yang terbakar atau melecur
  • Meredakan kesan gigitan serangga
  • Sesuai untuk dijadikan sebagai masker kulit
  • Mudah meresap ke dalam lapisan kulit
  • Tidak melekit
  • Sesuai untuk seisi keluarga serta ibu dalam pantang

KANDUNGAN SUPER AQUA V’ASIA

  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Gamat (Sea Cucumber): Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman.
  • Rumpai Laut: Rumpai laut mengandungi serat yang dipanggil alginate yang berupaya menyekat pencernaan lemak di dalam usus seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan yang berlebihan. Ia juga mengandungi mineral, asid amino, beta-karotein dan protein yang tinggi dan berperanan mengekalkan kandungan kolagen dalam kulit tubuh bagi meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit. Rumpai laut juga berupaya menambah tekstur dan seri kulit, mengurangkan kesan selulit serta melembapkan kulit.
  • Royal Jelly: Royal jelly merupakan sebatian yang dihasilkan oleh lebah khusus untuk ratu lebah dan sarat dengan khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Selain dapat merangsang penghasilan kolagen, ia juga dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari seterusnya membantu menyerlahkan kejelitaan dan keremajaan kulit anda.
  • Delima (Pomegranate): Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit dan serangan kanser kulit. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus.
  • Alfalfa: Alfalfa kaya dengan zat vitamin A, B, D, E dan K yang bertindak memelihara kesihatan kulit dan mencegah kerosakan akibat bahan kimia atau sinaran ultraungu yang berbahaya di samping menggalakkan penyembuhan luka. Malah, ia juga mengandungi klorofil yang berupaya merawat masalah kulit kering, memperbaiki struktur kulit serta memelihara kesihatan kulit anda.
  • Kaviar: Kaviar terhasil daripada telur ikan yang telah diproses dan dicampurkan garam. Ia bukan sahaja dijadikan sebagai makanan, malah turut kaya dengan nutrien untuk rawatan kecantikan kulit. Di samping membantu mencegah proses penuaan, kaviar yang kaya dengan asid amino ini turut membekalkan nutrien untuk kesegaran kulit, membentuk kolagen di dalam lapisan kulit serta menjadikan kulit anda lebih berseri.
  • Kolagen Terhidrolisis: Kolagen mengandungi asid amino yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Glutathione: Glutathione atau gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, gliserin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.

CARA PENGGUNAAN SUPER AQUA V’ASIA

  • Sapu dan gosokkan pada bahagian yang dikehendaki.
  • Boleh digunakan sekerap mungkin.
  • Mudah menyerap dan tidak melekit

 

Incoming search terms:

  • super aqua vasia
  • super aqua v asia
  • v asia super aqua
  • vasia super aqua
  • testimoni super aqua vasia
  • aqua gel v asia
  • masker v asia
  • super aqua gel penyejuk
SKU: VAA 043 Categories: , ,