Suffy Goat

RM 40.00

Product Description

SUFFY GOAT

Suffy Goat dirumus daripada campuran susu kambing asli bersama makanan Sunnah seperti kurma, madu, buah delima dan Manna yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan fizikal dan mental.

Kandungan: 500 gm

Suffy Goat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit, ia juga dapat memelihara proses tumbesaran agar si manja anda dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 bulan ke atas.

Suffy Goat merupakan gabungan khasiat ramuan semulajadi bersama terapi Sunnah di mana ia telah dibacakan ayat-ayat ruqyah atau pelindung bagi memohon perlindungan dan keberkatan daripada Allah agar anak-anak anda dapat membesar dengan sempurna.

Produk ini kaya dengan kandungan nutrien dari sumber protein, kalsium, zat besi, asid folik, sodium, potassium serta vitamin (A, B1, B2, C, D dan K) yang bukan sahaja bertindak membekalkan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan mental, malah dapat melindungi tubuh anda mahupun anak-anak anda daripada jangkitan penyakit.

KHASIAT SUFFY GOAT

  • Membekalkan nutrien yang penting untuk kesihatan tubuh badan
  • Memelihara proses tumbesaran yang sihat dan sempurna
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit
  • Membantu menguatkan tulang dan otot
  • Menggalakkan kecerdasan dan kecergasan minda
  • Membekalkan tenaga agar si manja anda aktif dan cergas
  • Sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 bulan ke atas

KANDUNGAN SUFFY GOAT

  • Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan luka, mengukuhkan tulang dan otot, dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain menyingkirkan toksin dalam tubuh serta melancarkan sistem pencernaan, susu kambing juga berupaya membantu proses tumbesaran dan perkembangan mental di samping mengukuhkan tulang dan otot, menstabilkan tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.
  • Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.
  • Delima: Buah delima merupakan agen antioksida yang berfungsi menentang radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan. Delima juga mampu memelihara kesihatan jantung dan otak seterusnya menggalakkan fungsi otak serta membantu mencegah daripada penyakit Alzheimer. Selain berupaya memelihara kesihatan jantung dan melancarkan sistem pencernaan, buah delima turut mampu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
  • Manna: Gam Manna atau Gam Arab diekstrak dari pokok Akasia serta kaya dengan kandungan serat dan kalsium yang berupaya melancarkan proses penghadaman, membantu mengurangkan kolestrol, selain berfungsi untuk membantu dalam menyerap nutrien dan meningkatkan sistem imun dengan sifatnya sebagai bahan prebiotik. Di samping itu, gam Manna turut berupaya mengatasi masalah kulit, membantu memulihkan cirit-birit dan perut kembung serta membantu meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan tenaga mental.

CARA PENGAMBILAN SUFFY GOAT

  • Campurkan 4 sudu (30 gm) Suffy Goat dengan 200 ml air suam.
  • Goncang atau kacau hingga larut.
  • Untuk kanak-kanak berusia 6 bulan, bancuh mengikut kesesuaian mereka.
  • Perhatian: Jangan gunakan air panas.

SKU: SFY 001 Categories: , ,