Sale!

Sofwah Goat Milk Kids

RM 50.00 RM 45.00

Product Description

SOFWAH GOAT MILK KIDS

Sofwah Goat Milk diperkaya dengan kalsium, zat besi dan vitamin C bagi membekalkan nutrisi untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

Sofwah Goat Milk Kids diperkaya dengan gabungan DHA bersama ramuan asli khusus untuk membekalkan nutrisi yang mencukupi buat si manja anda agar mereka dapat membesar dengan sihat dan sempurna.

Sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun.

KHASIAT SOFWAH GOAT MILK KIDS

  • Membekalkan nutrisi untuk kesihatan tubuh badan dewasa
  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Memelihara sistem saraf dan imunisasi bagi membantu mencegah serangan penyakit
  • Menggalakkan fungsi organ dalaman
  • Melancarkan proses penghadaman dan pencernaan
  • Mengukuhkan tulang, otot dan gigi
  • Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan minda anak-anak anda

KANDUNGAN SOFWAH GOAT MILK

  • Susu Skim: Susu lembu yang telah diesktrak keluar lemaknya ini sememangnya kaya dengan kalsium yang membantu mengukuhkan tulang dan menormalkan denyutan jantung di samping melindungi sel-sel usus besar daripada serangan kanser. Vitamin B2 dan Vitamin B12 pula berperanan menggalakkan fungsi dan memelihara organ dalam sistem kardiovaskular. Di samping itu, Vitamin B12 turut menggalakkan pertumbuhan sel-sel saraf dan meningkatkan penghasilan darah merah sekaligus membantu menentang anemia. Susu lembu turut kaya dengan protein yang terbentuk melalui kombinasi 20 asid amino dan penting untuk pertumbuhan dan pemulihan tubuh badan, di samping membantu merangsang sistem imunisasi dan mengawal kadar gula dalam darah.
  • Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan luka, mengukuhkan tulang dan otot, dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain menyingkirkan toksin dalam tubuh serta melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan, susu kambing juga berupaya membantu proses tumbesaran dan perkembangan mental di samping mengukuhkan tulang dan otot, menstabilkan tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.
  • Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan serta kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.
  • Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
  • Psyllium Husk: Herba ini tinggi kandungan serat yang berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung, serta membantu menstabilkan kadar kolestrol dan mengatasi masalah pencernaan. Psyllium Husk juga mampu mengurangkan rasa lapar, melancarkan sistem penghadaman, meningkatkan metabolisme sekaligus membantu mengawal berat badan anda.
  • Blackcurrant: Beri ini sarat dengan kandungan anthocyanin yang merupakan agen antioksida yang bertindak meningkatkan sel darah merah dan mengukuhkan dinding kapilari darah serta Omega-3 yang mampu menghalang peningkatan kadar glukosa atau gula dalam badan. Blackcurrant turut berupaya memelihara kesihatan saluran pencernaan, sistem imunisasi dan menggalakkan keupayaan mental. Selain turut membekalkan tenaga kepada tubuh badan, blackcurrant juga kaya dengan kandungan vitamin C, kalsium, fosforus, potassium dan magnesium yang membantu memelihara jantung dan tekanan darah, mengukuhkan tulang serta memelihara kesihatan kulit.

CARA PENGGUNAAN SOFWAH GOAT MILK KIDS

  • Campurkan 1 sudu Sofwah Goat Milk Ease bersama 60 ml air panas atau suam.
  • Kacau atau goncang botol hingga larut dan ia sedia untuk dinikmati.
  • Ambil setiap pagi untuk kecergasan sepanjang hari.

SKU: SFW 002 Categories: ,