Sale!

Softly Toner Ailin

RM 45.00 RM 40.00

Product Description

Softly Toner Ailin

Softly Toner Ailin kaya dengan khasiat yang berpunca dari ramuan-ramuan utamanya timun dan daun pudina yang mampu membantu meningkatkan kesihatan kulit serta kejelitaan wajah anda. Dengan penggunaan Softly Toner Ailin yang kerap dan konsisten, ia mampu mengecilkan pori-pori untuk mengurangkan risiko kulit berminyak dan masalah jerawat, selain melembap, menganjal dan meremajakan lagi kulit wajah anda.

Khasiat Softly Toner Ailin

  • Mengurang, membersih dan menghaluskan liang pori-pori
  • Mengawal pengeluaran sebum dari kulit
  • Mengawal kelembapan kulit wajah
  • Memelihara sel kulit serta membuang sel kulit mati
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Meremajakan kulit
  • Menganjalkan kulit wajah

Kandungan Softly Toner Ailin

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan lagi kulit.
  • Pudina (Peppermint): Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan pada kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit. Ia juga berfungsi dalam penghapusan toksin dari tubuh badan.
  • Timun (Cucumis Sativus): Timun bukan saja menjadi santapan sehari-hari, tetapi ia juga mempunyai khasiat yang tinggi untuk memelihara kesihatan dan kecantikan kulit tubuh. Timun mengandungi agen anti-oksida yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas akibat pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit, serta sarat dengan kandungan vitamin A dan C yang berfungsi menyeri dan menyihatkan kulit di samping mencegah kulit daripada jangkitan kuman dan bakteria. Tumbuhan ini juga mampu mengurangkan bintik hitam, lingkaran hitam bawah mata, mengecilkan liang pori-pori serta meremajakan kulit wajah. Selain itu juga, timun mampu merawat kesan kulit terbakar berikutan pendedahan terhadap cahaya matahari dalam tempoh yang lama.
  • Vitamin C: Vitamin C merupakan sebatian yang penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga berperanan mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit serta mampu mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Potassium Sorbate: Potassium Sorbate merupakan sebatian sintetik yang bertindak untuk meningkatkan jangka hayat sesebuah produk tanpa mengubah rasa, bau atau warna produk tersebut. Ia memelihara produk penjagaan kulit daripada pencemaran yang disebabkan oleh kulat dan membolehkan krim ini digunakan untuk tempoh yang lebih lama.

Cara Penggunaan Softly Toner Ailin

  • Tuang sedikit Softly Toner Ailin bersaiz sudu teh pada tapak tangan
  • Sapukan pada muka dan leher perlahan-lahan sehingga ia meresap ke dalam kulit
  • Gunakan 2 kali sehari, pada waktu pagi dan malam
  • Gunakan Softly Toner Ailin bersama Day Perfection dan Night Treatment daripada Ailin untuk kesan yang nyata

Incoming search terms:

  • AILIN Toner
SKU: ALIN 006 Categories: , ,