Sale!

Skin & Body Oil Mist Nour Ain

RM 62.00 RM 53.00

Product Description

SKIN & BODY OIL MIST NOUR AIN

Gabungan ramuan semulajadi seperti minyak zaitun, Argan dan Biobenefity di dalam Skin & Body Oil Mist berupaya menegangkan kulit di samping memelihara kelembapan dan keremajaan kulit wajah dan tubuh anda.

Kandungan: 50 ml

KHASIAT SKIN & BODY OIL MIST NOUR AIN

  • Menegangkan kulit wajah dan tubuh
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV
  • Memelihara keremajaan kulit
  • Menyegarkan lagi kulit anda

KANDUNGAN SKIN & BODY OIL MIST NOUR AIN

  • Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
  • Zaitun: Minyak zaitun ternyata mempunyai khasiat yang pelbagai bagi kulit. Ia tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Di samping itu, vitamin E turut berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menjana tisu kulit bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut di samping membantu mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan rekahan pada kulit.
  • Lipocol LAV HCO (40): Sebatian ini berfungsi memelihara kelembapan kulit di samping bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan dan menggalakkan fungsi setiap ramuan di dalam produk ini.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Phenoserve: Bahan pengawet ini berfungsi melindungi produk ini daripada kerosakan akibat jangkitan kulat dan bakteria.
  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
  • Biobenefity: Biobenefity yang diekstrak daripada daun Artichoke yang tinggi kandungan antioksidan bagi membantu memelihara kulit daripada kerosakan dan proses penuaan, di samping membantu mencerah dan menganjalkan lagi kulit wajah anda.
  • Pentavitin: Pentavitin merupakan sebatian karbohidrat organik yang berupaya memelihara kelembapan kulit.

CARA PENGGUNAAN SKIN & BODY OIL MIST NOUR AIN

  • Semburkan pada kulit wajah dan tubuh
  • Sapu dan ratakan sehingga meresap ke dalam lapisan kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
SKU: NAN 008 Categories: , ,