Sale!

Silky White Premium Yogurt Collagen Awet Muda

RM 45.00 RM 39.00

Product Description

SILKY WHITE PREMIUM YOGURT COLLAGEN AWET MUDA

Silky White Premium Yogurt Collagen diperkaya dengan pelbagai jenis ramuan asli yang bermutu tinggi khusus untuk membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengekalkan keremajaan dan kejelitaan secara menyeluruh.

Kandungan: 16 sachet

KHASIAT SILKY WHITE PREMIUM YOGURT COLLAGEN AWET MUDA

  • Kaya dengan antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan serta proses penuaan
  • Menyerlahkan keremajaan kulit dari dalam
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Menggalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh
  • Menyingkirkan kesan kedutan, garis-garis halus, jeragat, jerawat, parut serta selulit
  • Membantu mengatasi masalah kulit kering, kasar, kusam dan tidak bermaya
  • Meningkatkan kecerahan kulit serta memperbaiki tona kulit yang tidak sekata
  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Membantu meningkatkan tahap kesihatan fizikal secara menyeluruh
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit
  • Turut berupaya mengekalkan bentuk dan berat badan yang ideal

KANDUNGAN SILKY WHITE PREMIUM YOGURT COLLAGEN AWET MUDA

  • Yogurt: Yogurt atau susu yang telah ditapai mengandungi probiotik atau bakteria baik yang penting bagi memelihara saluran pencernaan di samping melancarkan proses penghadaman dan meningkatkan sistem imunisasi. Yogurt kaya dengan kalsium, vitamin D, B kompleks, asid laktik, potassium dan magnesium yang berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit, meningkatkan kecerahan kulit, mengatasi masalah jerawat, lingkaran hitam di bawah mata, mengecutkan liang pori, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata dan mencegah proses penuaan.
  • Bakteria Baik (Probiotik): Di samping bertindak memelihara kesihatan tubuh badan dan mencegah daripada jangkitan penyakit, probiotik juga berupaya merawat masalah jerawat dan radang di samping bertindak menggalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh badan seterusnya membantu mengekalkan keremajaan kulit anda.
  • Sel Stem Lotus: Sel stem merupakan sejenis sel yang mampu memperbaharui dirinya sendiri sekaligus menggalakkan fungsinya di segenap sel tubuh badan anda. Lotus atau bunga teratai ternyata kaya dengan vitamin C iaitu antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan. Ia dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit, meningkatkan keanjalan kulit, mengatasi tona kulit yang tidak sekata, mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus serta menaikkan lagi seri kulit anda.
  • Kolagen Laut: Kolagen dari sumber laut marin yang boleh diesktrak dari rumpai laut mahupun kulit atau sisik ikan air masin ini merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia berupaya meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit di samping menggalakkan proses pemulihan luka, mengurangkan kesan parut dan kedutan serta menentang proses penuaan kulit. Selain itu, kolagen juga mampu meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Galakto-Oligosakarida: Galakto-oligosakarida merupakan sejenis prebiotik atau sebatian serat yang dapat menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam tubuh badan seterusnya membantu menjana fungsi tubuh. Selain membantu melancarkan proses penghadaman, ia juga dapat memelihara kecantikan kulit serta meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

CARA PENGGUNAAN SILKY WHITE PREMIUM YOGURT COLLAGEN AWET MUDA

  • Campurkan 1 sachet ke dalam segelas air kosong.
  • Minum dengan segera.
  • Boleh dikemam begitu sahaja atau membancuhnya bersama jus buah-buahan atau susu.

Incoming search terms:

  • silky white yogurt collagen
  • silky white collagen
  • silky white

Additional information

Weight 0.350 kg
SKU: AWM 001 Categories: , ,