Sale!

Set Solekan Ringkas V’Asia

RM 65.90 RM 59.00

Product Description

SET SOLEKAN RINGKAS V’ASIA

Set Solekan Ringkas V’Asia mengandungi produk kosmetik seperti Gold Beauty Foundation, 24K Bedak Ratu, Maharani Eyeliner, Lebat Lentik Mascara dan 24K Magic Lipstick yang dapat melengkapkan solekan anda seterusnya menyerlahkan keanggunan dan kejelitaan wajah sepanjang hari. Percuma span muka dan travel bag.

KEBAIKAN SET SOLEKAN RINGKAS V’ASIA

  • Menjadikan penampilan anda lebih anggun, muda dan menawan
  • Memelihara kecantikan dan keremajaan kulit
  • Sesuai untuk kegunaan solekan harian
  • Lengkap dengan produk asas kosmetik untuk menaikkan seri wajah anda
  • Hadir dengan travel bag bagi memudahkan anda membawa set ini ke mana sahaja

Gold Beauty Foundation

  • Mengandungi SPF40 yang dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV
  • Membantu menutup kesan cela seperti parut, kedutan dan jeragat pada wajah
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit wajah anda
  • Menghasilkan tona kulit yang lebih sekata

24K Bedak Ratu

  • Bertindak sebagai two-way cake (bedak padat dan bedak asas)
  • Menutup kesan cela seperti jerawat, jeragat, parut dan bintik-bintik hitam
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus pada wajah
  • Membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit

Maharani Eyeliner

  • Menjadikan mata anda lebih galak dan menawan
  • Mencantikkan bulu mata
  • Mampu bertahan lama dan kalis air

Lebat Lentik Mascara

  • Membantu melentikkan bulu mata
  • Mengukuh, memanjang dan menebalkan bulu mata secara semulajadi

24K Magic Lipstick

  • Menyerlahkan warna bibir anda mengikut suhu badan dan warna darah
  • Memelihara kelembapan bibir
  • Mengatasi masalah bibir yang gelap, kering dan mengelupas

KANDUNGAN SET SOLEKAN RINGKAS V’ASIA

24K Bedak Ratu V’Asia

  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Mica: Mica merupakan sejenis bahan mineral yang sering digunakan dalam bidang kosmetik sebagai pigmen atau bahan pewarna seperti di dalam produk bedak asas dan pewarna kuku. Ia mampu menambah sinar dan kilauan pada permukaan kulit sekaligus membantu menghaluskan kulit serta menaikkan seri wajah anda.
  • Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral yang berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.
  • Magnesium Stearate: Magnesium stearate atau garam magnesium merupakan antara bahan yang sering digunakan dalam produk kosmetik. Ia mampu menangkis air dan menyerap lebihan minyak seterusnya membantu produk yang digunakan kekal lebih lama pada kulit terumanya kulit berminyak. Selain itu, magnesium stearate turut berupaya menyerlahkan seri kulit wajah di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Silica: Silika atau silikon dioksida merupakan sebatian organik yang berfungsi sebagai bahan pengawet serta mengekalkan nutrien yang terkandung di dalam produk ini.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit

Maharani Eyeliner

  • Phenyl Trimethicone: Phenyl trimethicone terhasil daripada silikon yang terhasil secara sintetik serta berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Minyak Castor Terhidrogenasi: Minyak yang diesktrak dari buah jarak ini sering digunakan di dalam produk kecantikan serta berupaya menjadikan bulu mata anda lebih lebat dan siha
  • Minyak Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun bukan sahaja mampu mencantikkan kulit, malah berupaya menyerlahkan seri dan kehalusan bulu mata di samping membantu menghitam dan melebatkan bulu mata anda.
  • Biji Bunga Matahari (Helianthus Annuss): Di samping baik untuk rawatan kecantikan kulit, minyak yang terhasil dari biji bunga matahari kaya dengan kebaikan vitamin B7 yang dapat membantu anda memiliki rambut mahupun bulu mata yang lebih lebat dan subur.
  • Titanium Dioxide: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi rambut mahupun bulu mata daripada kerosakan akibat sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV).
  • Tocopheryl Acetate: Sebatian ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia sering digunakan di dalam produk penjagaan diri bagi membantu melebatkan rambut mahupun bulu mata anda.
  • Butyl Hydroxytoluene (BHT): BHT adalah sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Methylparaben: Methylparaben merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada serangan mikrobiotik seperti kulat dan bakteria.
  • Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Mica: Mica merupakan sejenis bahan mineral yang sering digunakan dalam bidang kosmetik sebagai pigmen atau bahan pewarna seperti di dalam produk bedak asas dan pewarna kuku. Ia mampu menambah sinar dan kilauan pada permukaan kulit sekaligus membantu menghaluskan kulit serta menaikkan seri wajah anda.
  • CI 77491: CI 77491 atau red iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.

Gold Beauty Foundation

  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Lilin Candelilla: Lilin Candelilla terhasil daripada daun tumbuhan renek Candelilla yang sering tumbuh di kawasan utara Mexico dan selatan Amerika Syarikat. Selain bertindak melarutkan ramuan serta melindungi produk ini daripada kerosakan, bahan organik ini juga berfungsi sebagai emolien bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Caprylic/Capric Triglyceride: Gabungan triester yang terhasil dari asid lemak minyak kelapa dan gliserin ini mampu menyerap ke dalam lapisan sekaligus berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya mencegah daripada kerosakan sel di samping membantu menggalakkan fungsi vitamin, pigmen, dan bahan aktif lain di dalam sesuatu produk.
  • Dimethicone: Merupakan sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya menghaluskan permukaan kulit di samping mengurangkan kesan garis-garis halus dan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral yang berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.
  • Minyak Kelapa Dara (Cocos Nucifera): Minyak kelapa dara bukan hanya mampu memelihara kesihatan jasmani, malah ia juga kaya dengan kebaikan untuk rawatan kecantikan kulit. Selain membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat jangkitan kuman mahupun pancaran cahaya matahari, ia tinggi kandungan minyak tepu, protein serta vitamin E yang bertindak memelihara kelembapan dan kehalusan kulit dari dalam. Di samping itu, ia juga berupaya melambatkan proses penuaan awal seterusnya mencegah kemunculan kedutan pada kulit anda.
  • Polyglyceryl-3 Diisostearate: Polyglyceryl-3 Diisostearate adalah sejenis sebatian hidroksi yang berfungsi sebagai bahan penstabil untuk kosmetik di samping berperanan sebagai bahan pelembap.
  • Asid Askorbik: Juga dikenali sebagai Vitamin C, ia merupakan zat paling penting penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Ia bertindak sebagai antioksidan untuk mencegah proses penuaan pra-matang selain membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan, selain menggalakkan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit.
  • Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
  • Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.

Lebat Lentik Mascara

  • Tocopheryl Acetate: Sebatian ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai antioksida yang berperanan melindungi tisu tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh. Tocopheryl Acetate juga mampu mencegah proses penuaan dan radang serta memperbaiki struktur sel bulu mata anda agar lebih kukuh dan sihat.
  • Polyglyceryl-3 Diisostearate: Polyglyceryl-3 Diisostearate adalah sejenis sebatian hidroksi yang berfungsi sebagai bahan penstabil untuk kosmetik di samping berperanan sebagai bahan pelembap.
  • Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral yang berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.
  • Cyclomethicone: Cyclomethicone adalah sejenis cecair yang bebas dari alkohol yang berfungsi sebagai bahan pelarut yang lembut dan tidak mengganggu keselesaan kulit.
  • Capyrylic/Capric Triglyceride: Gabungan triester yang terhasil dari asid lemak minyak kelapa dan glycerin ini mampu menyerap ke dalam lapisan sekaligus berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya mencegah daripada kerosakan sel di samping membantu menggalakkan fungsi vitamin, pigmen, dan bahan aktif lain di dalam sesuatu produk.
  • Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa bertindak membentuk isi kandungan produk ini di samping membantu melebatkan lagi bulu mata anda.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat sinaran UV.
  • Aluminium Starch Octenylsuccinate: Ia merupakan karbohidrat kompleks yang terhasil daripada tumbuhan dan bertindak menggalakkan fungsi SPF untuk melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Ethylhexyl Methoxycinnamate: Sebatian yang turut dipanggil Octyl Methoxycinnamate ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV selain mengurangkan kemunculan parut pada kulit.
  • Ethylhexyl Stearate: Ethylhexyl Stearate yang juga dikenali sebagai Octyl Stearate ini terhasil daripada minyak sayuran dan berfungsi sebagai bahan pelarut di samping berupaya mengekalkan kelembapan kulit.
  • BHT (Butylhydroxytoluene): BHT adalah sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas dan penuaan kulit.
  • Methylparaben: Sebatian yang turut dipanggil Methyl-4-hydroxybenzoate ini merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi pembiakan mikrobiotik seterusnya membantu melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Propylparaben: Propylparaben bertindak sebagai bahan pengawet yang melindungi produk ini daripada kerosakan akibat jagkitan kuman dan bakteria.

CARA PENGGUNAAN SET SOLEKAN RINGKAS V’ASIA

  • Calit dan ratakan Gold Beauty Foundation ke seluruh muka. Bagi mendapatkan hasil sapuan yang lebih rata dan tahan lama, basahkan span sebelum digunakan.
  • Untuk tona kulit yang lebih sekata, litupi wajah dengan 24K Bedak Ratu.
  • Gunakan Maharani Eyeliner untuk membentuk kening yang tebal.
  • Lukiskan garisan di sekeliling kelopak mata agar bagi menjadikan mata anda lebih galak. Mulakan dari bahagian dalam ke hujung mata dan lukiskan garisan melentik untuk kesan tajam di hujung mata.
  • Gunakan Lebat Lentik Mascara untuk mendapatkan bulu mata yang lebih lentik, lebat, tebal, panjang dan menawan.
  • Oleskan 24K Magic Lipstick pada permukaan bibir. Sebagai pemerah pipi, oleskannya pada tulang pipi dan ratakan dengan menggunakan jari.

Incoming search terms:

  • set makeup v asia
  • set make up v asia
  • set solekan v asia
  • set makeup vasia
  • set solekan vasia
  • set solekan ringkas vasia
  • set solekan ringkas v asia
  • set make up vasia
  • v asia make up set
  • v asia set makeup

Additional information

Weight 0.245 kg
SKU: VAA 068 Categories: , ,