Sale!

Set Rawatan Rambut 2 in 1 Jamu Jelita

RM 31.90 RM 26.00

Product Description

SET RAWATAN RAMBUT 2 IN 1 JAMU JELITA

Set Rawatan Rambut 2 in 1 Jamu Jelita dilengkapi dengan Pati Ibu Syampu dan Krim Mahkota yang kaya dengan kebaikan dari sumber Aloe Vera, kolagen dan betik bagi memelihara kesuburan dan kehalusan rambut di samping menjadikannya lebih kukuh, sihat dan bermaya.

  • Pati Ibu Syampu (100 ml)
  • Krim Mahkota (40 ml)

KEBAIKAN SET RAWATAN RAMBUT 2 IN 1 JAMU JELITA

  • Menyuburkan rambut
  • Menyerlahkan seri dan warna rambut
  • Menyihatkan dan mengukuhkan rambut dari akarnya
  • Memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala
  • Mengatasi masalah kelemumur, rambut bercabang dan kulit kepala yang berkerak
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Merapikan rambut yang kusut
  • Mengatasi masalah rambut beruban
  • Melembutkan rambut
  • Mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit kepala

KANDUNGAN SET RAWATAN RAMBUT 2 IN 1 JAMU JELITA

Pati Ibu Syampu:

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut. Ia berperanan memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.
  • Sodium Laureth Sulfate: Sebatian ini yang terhasil dari buah kelapa ini merupakan agen pembuih amat penting untuk produk penjagaan diri.
  • Cocamidopropyl Betaine: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa ini berfungsi mencuci minyak dan kotoran dari kulit kepala selain membantu mengatasi masalah rambut kering dan kelemumur serta menyerap kelembapan ke dalam struktur rambut dan kulit kepala.
  • Cocamide DEA (Cocamide Diethanolamine): Sebatian ini terhasil daripada kombinasi asid lemak dan minyak kelapa bersama diethanolamine serta berfungsi sebagai agen pembuih dan pengemulsi dalam produk mandian seperti syampu dan sabun. Selain itu, Cocamide DEA berupaya menanggalkan kekotoran pada rambut dan kulit kepala di samping membantu menyinar dan melebatkan rambut.
  • Dimethicone: Merupakan sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya menghaluskan rambut dan kulit kepada di samping mengekalkan kelembapan kulit kepala dan rambut anda.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Glycol Stearate: Sebatian organik ini terhasil daripada asid stearic yang merupakan asid lemak serta berfungsi memelihara kehalusan dan kelembapan rambut dan kulit kepala anda.
  • Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini. Ia juga bertindak memelihara kehalusan rambut dan kulit kepala.
  • Asid Sitrik: Selain bertindak sebagai agen pembersih, asid sitrik juga bersifat antioksidan yang berupaya memperbaharui sel kulit kepala seterusnya merangsang pertumbuhan rambut di samping membantu mencegah pembiakan bakteria bagi memelihara rambut.
  • Sodium Klorida: Sodium klorida merupakan garam semulajadi yang boleh diperoleh dari air laut. Ia berfungsi sebagai agen penebal di samping membantu memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Hydroxypropyl Methylcellulose: Sebatian ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan keberkesanan produk ini.
  • Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride: Bahan yang diperbuat daripada gam guar atau guaran ini membantu mengatasi masalah rambut kusut di samping memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Kolagen: Kolagen yang merupakan sejenis protein yang bukan sahaja mampu mencantikkan kulit, malah mampu menentang radikal bebas seterusnya membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat di samping membantu mengukuhkan lagi rambut anda.
  • Tocopheryl Acetate: Sebatian ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai antioksida yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan kulit kepala di samping mengatasi radang kulit serta memperbaiki struktur kulit kepala.
  • Daun Neel (Indigofera Tinctoria): Daun bunga ini sering digunakan sejak zaman dahulu sebagai bahan pewarna organik bagi menyerlahkan warna rambut di samping membantu mengatasi masalah rambut gugur.
  • Timun (Sea Cucumber): Timun bukan sahaja mampu mencantikkan kulit, malah turut mengandungi silikon, sulfur sodium, fosforus dan kalsium yang berupaya menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat di samping membantu mengukuhkan rambut seterusnya mengatasi masalah rambut gugur.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya membantu mempercepatkan proses penyembuhan, mengatasi masalah kegatalan dan kelemumur di samping menyihat dan menyamankan kulit kepala.
  • Menthol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya mengatasi masalah rambut gugur serta memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Imidazolidinyl Urea: Imidazolidinyl Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.
  • CI 19140: CI 19140 atau Tartrazine adalah bahan pewarna sintetik yang menambah warna kuning lemon ke dalam sesuatu produk makanan mahupun kosmetik.
  • CI 42090: Bahan pewarna sintetik ini turut dikenali sebagai Brilliant Blue FCF yang menambah warna biru ke dalam produk makanan dan produk penjagaan diri seperti syampu dan sabun.
  • Arang: Arang bukan sahaja baik untuk gigi dan kulit, malah berupaya membantu anda memiliki rambut yang lebih lebat di samping mampu mengatasi masalah rambut gugur.
  • Butyrospermum Parkii (Shea Butter): Ramuan ini merupakan lemak yang diekstrak dari biji pokok Shea yang banyak terdapat di Afrika. Ia tinggi kandungan asid lemak yang berupaya memelihara kelembapan kulit kepala mahupun rambut di samping membantu merawat rambut dan kulit kepala yang rosak akibat pencemaran atau faktor-faktor lain.
  • Betik (Carica Papaya): Selain baik untuk kecantikan kulit, betik turut kaya dengan nutrien yang berperanan memelihara kelembutan rambut di samping membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kukuh. Betik juga mampu mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur, serta membantu menyingkir kotoran mahupun minyak dengan selamat, di samping menjadikan rambut anda lebih bersinar dan bermaya.

Krim Mahkota:

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut. Ia berperanan memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.
  • Dimethicone: Merupakan sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya menghaluskan rambut dan kulit kepada di samping mengekalkan kelembapan kulit kepala dan rambut anda.
  • Alkohol Stearyl: Sebatian organik ini merupakan sejenis lemak yang berfungsi sebagai bahan pelembap bagi mengatasi masalah rambut dan kulit kepala yang kering di samping bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanannya.
  • Alkohol Cetyl: Ia merupakan bahan pengemulsi yang berperanan menggalakkan fungsi ramuan lain di dalam produk ini selain membantu menyerap kelembapan ke dalam lapisan kulit kepala mahupun rambut, selain melindunginya daripada kerengsaan.
  • Minyak Mineral (Paraffinum Liquidum): Turut dipanggil minyak putih, ia terhasil daripada proses penyulingan petroleum dan bertindak sebagai emolien bagi membantu memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala. Selain itu, ia juga berupaya merapikan rambut yang kusut, menghaluskan rambut serta melindungi rambut daripada kerosakan.
  • Glycerin: Glycerin atau glycerol merupakan sebatian organik yang boleh diperoleh daripada lemak haiwan mahupun sayuran. Ia berfungsi sebagai emolien yang berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut dan kulit kepala.
  • Alkohol Denat: Alkohol denat berfungsi sebagai agen pembuih di samping membantu membasmi kulat dan bakteria yang boleh merosakkan rambut dan kulit kepala.
  • Hydroxypropyl Methylcellulose: Sebatian ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan keberkesanan produk ini.
  • Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride: Bahan yang diperbuat daripada gam guar atau guaran ini membantu mengatasi masalah rambut kusut di samping memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini. Ia juga bertindak memelihara kehalusan rambut dan kulit kepala.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan termasuklan rambut dan kulit kepala. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut serta kulit kepala. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya melebatkan rambut di samping menjadikannya lebih bermaya dan bersinar.
  • Panthenol: Panthenol atau vitamin B5 sering terkandung dalam produk penjagaan rambut dan berperanan mengembalikan kelembapan dan mengukuhkan rambut di samping memperbaiki rambut yang rosak, merawat hujung rambut yang bercabang dan menyerikan lagi rambut.
  • Karamel: Karamel merupakan gula yang dipanaskan serta sering dijadikan produk gula-gula mahupun makanan. Karamel turut membekalkan khasiat untuk rambut, di mana ia berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan ramubt di samping membantu merapikan rambut yang kusut.
  • Cetrimonium Chloride: Bahan yang bersifat antiseptik ini berupaya mencegah serangan kuman dan bakteria sekaligus membantu melindungi ramuan lain di dalam produk daripada kerosakan.
  • Menthol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya menyejuk dan menyegarkan kulit kepala.
  • Butyrospermum Parkii (Shea Butter): Ramuan ini merupakan lemak yang diekstrak dari biji pokok Shea yang banyak terdapat di Afrika. Ia tinggi kandungan asid lemak yang berupaya memelihara kelembapan kulit kepala mahupun rambut di samping membantu merawat rambut dan kulit kepala yang rosak akibat pencemaran atau faktor-faktor lain.
  • Arang: Arang bukan sahaja baik untuk gigi dan kulit, malah berupaya membantu anda memiliki rambut yang lebih lebat di samping mampu mengatasi masalah rambut gugur.
  • Betik (Carica Papaya): Selain baik untuk kecantikan kulit, betik turut kaya dengan nutrien yang berperanan memelihara kelembutan rambut di samping membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kukuh. Betik juga mampu mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur, serta membantu menyingkir kotoran mahupun minyak dengan selamat, di samping menjadikan rambut anda lebih bersinar dan bermaya.
  • Imidazolidinyl Urea: Imidazolidinyl Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.
  • Daun Neel (Indigofera Tinctoria): Daun bunga ini sering digunakan sejak zaman dahulu sebagai bahan pewarna organik bagi menyerlahkan warna rambut di samping membantu mengatasi masalah rambut gugur.

CARA PENGGUNAAN SET RAWATAN RAMBUT 2 IN 1 JAMU JELITA

  • Lumurkan Pati Ibu Syampu pada rambut yang basah.
  • Biarkan selama 1 hingga 2 minit.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Setelah rambut dilap kering, sapu, urut dan ratakan Krim Mahkota pada rambut dan kulit kepala.
  • Gunakan Pati Ibu Syampu dan Krim Mahkota setiap hari untuk hasil yang terbaik.

Incoming search terms:

  • set rawatan rambut jamu jelita
  • syampu jamu jelita
  • jamu jelita produk rambut
  • jamu jelita set rawatan rambut
  • produk rambut jamu jelita
  • jamu jelita rambut
  • set rambut jamu jelita
  • krim rambut jamu jelita
  • produk jamu jelita untuk rambut
  • jamu jelita shampoo
SKU: JJT 020 Categories: , ,