Sale!

Set Rawatan Pencerahan V’Asia

RM 79.90 RM 63.00

Product Description

SET RAWATAN PENCERAHAN V’ASIA

Set Rawatan Pencerahan & Awet Muda dilengkapi dengan Herbal Lightening Soap + Collagen, Vita C Multi Toner, Sunblock Silky Day Cream dan Collagen Lightening Night Cream yang diformulasi khusus untuk mencerahkan dan menyerlahkan keremajaan kulit wajah seawal 7 hari.

Kandungan:

  • Herbal Lightening Soap + Collagen
  • Vita C Multi Toner
  • Sunblock Silky Day Cream
  • Collagen Lightening Night Cream

KEBAIKAN SET RAWATAN PENCERAHAN V’ASIA

  • Memelihara kejelitaan dan keremajaan kulit
  • Meningkatkan kecerahan kulit wajah tanpa pengelupasan
  • Menganjalkan dan menegangkan kulit wajah anda
  • Membantu mengatasi masalah jerawat, jeragat, parut, bintik-bintik hitam serta lingkaran hitam di bawah mata
  • Mengecilkan liang pori
  • Menyingkirkan sel kulit mati
  • Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Memelihara kehalusan kulit
  • Mengatasi masalah kulit kering, kusam dan berminyak
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Melambatkan proses penuaan kulit

KANDUNGAN SET RAWATAN PENCERAHAN V’ASIA

Herbal Lightening Soap + Collagen

  • Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan masalah radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.
  • Lime Blossom (Tilia): Tumbuhan berbunga yang turut dipanggil linden ini kaya dengan flavonoid yang bertindak sebagai antioksidan bagi membantu meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel dan proses penuaan. Ia juga bersifat astringen yang berupaya mengecutkan tisu tubuh sekaligus membantu meningkatkan ketegangan kulit anda.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit agar kulit tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, ia turut berupaya membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit seperti kegatalan dan kulit kering, memudarkan kesan parut serta mengekalkan kelembapan kulit.
  • Ginkgo Biloba: Herba yang berasal dari China ini bersifat antiradang dan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Ia turut berupaya mengatasi masalah pigmentasi, melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) dan menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan dan keanjalan kulit anda.
  • Betik (Carica Papaya): Buah yang kaya dengan vitamin C ini berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, eczema dan psoriasis. Betik juga mampu membersih dan menghapuskan sel-sel kulit mati selain bertindak menghalus dan meremajakan kulit anda.
  • Avokado (Persea Aratissima): Buah Avokado sarat dengan khasiat vitamin E yang berperanan memelihara, mencegah proses penuaan, melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga mampu merangsang pembentukan kolagen yang merupakan kandungan protein dalam tisu penghubung, di samping mengatasi penuaan kulit, serta menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
  • Timun (Cucumis Sativus): Di samping bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan kulit, timun turut tinggi kandungan air yang berupaya menyingkirkan toksin dan memelihara kelembapan kulit. Timun turut berupaya menegangkan kulit, mengecilkan liang pori, memperbaiki tona kulit agar ia tampil lebih sekata dan berseri serta kaya dengan vitamin E dan potassium yang berupaya mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus pada kulit wajah.
  • Kolagen (Asid Hyaluronic): Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.

Vita C Multi Toner

  • Witch Hazel (Hamamelis Virginiana): Ekstrak daun Witch Hazel atau Winterbloom ini bersifat antioksidan dan astringen yang berupaya membantu mencegah kerosakan sel dan membantu mencegah proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengatasi masalah kulit yang kering serta berjerawat, memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Mawar: Bunga mawar kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan kulit di samping berupaya mengatasi masalah jerawat, eczema dan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari. Bunga mawar turut mampu memelihara kehalusan kulit, mengecilkan liang pori serta menjadikan tona kulit lebih sekata.
  • Chamomilla Recutita (Chamomile): Bunga Chamomile mampu mengurangkan kemerahan pada kulit, membersih kulit di samping membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti radang kulit, ekzema, ruam, jerawat, psoriasis atau kegatalan serta kesan alahan kulit.

Sunblock Silky Day Cream

  • SPF 30: SPF (sun protection factor) mengukur kadar perlindungan terhadap radiasi ultraviolet (UV). Semakin tinggi kadar SPF di dalam sesebuah produk penjagaan diri, semakin tinggi perlindungan yang diberikan terhadap kulit bagi mencegah kerosakan akibat radiasi (UV).
  • Sutera: Bahan ini diperbuat daripada serat sutera yang dihasilkan oleh ulat sutera serta berupaya menyerap terus ke dalam lapisan kulit bagi memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga mampu mempercepatkan pemulihan luka, mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus, serta memperbaiki tona kulit agar ia lebih sekata.
  • Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.

Collagen Lightening Night Cream

  • Beeswax: Beeswax atau cera alba merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Vitamin E: Vitamin E merupakan agen antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • Lobak (Daucus Carota Sativa): Lobak ternyata kaya dengan vitamin A, mineral dan antioksidan yang bukan sahaja berupaya menaikkan seri kulit, malah berkesan untuk menyingkirkan kesan cela dan penuaan seperti parut, jeragat, bintik-bintik hitam serta kedutan. Di samping itu, ia juga dapat membantu mengatasi masalah pigmentasi dan tona yang tidak sekata, mengekalkan keanjalan kulit, melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari serta mencegah proses penuaan.
  • Lemon (Citrus Medica Limonum): Buah lemon yang kaya dengan kebaikan vitamin C dan asid sitrik ini berkesan untuk menegangkan kulit serta menyingkirkan bakteria yang menyebabkan masalah kulit seterusnya membantu mengatasi masalah jerawat, parut, jeragat dan kulit berminyak.

CARA PENGGUNAAN SET RAWATAN PENCERAHAN & AWET MUDA

Siang

  • Cuci wajah dengan Herbal Lightening Soap + Collagen dan bilas sehingga bersih.
  • Sapu dan ratakan Vita C Multi Toner pada permukaan kulit wajah dengan kapas.
  • Bagi kulit sensitif, semburkan penyegar pada kapas yang telah dilembapkan dengan air dan sapukan pada kulit wajah.
  • Gunakan pada waktu malam sahaja.
  • Sapu dan ratakan Sunblock Silky Day Cream secara nipis pada permukaan kulit wajah.

Malam

  • Cuci wajah dengan Herbal Lightening Soap + Collagen dan bilas sehingga bersih.
  • Sapu dan ratakan Vita C Multi Toner pada permukaan kulit wajah dengan kapas.
  • Bagi kulit sensitif, semburkan penyegar pada kapas yang telah dilembapkan dengan air dan sapukan pada kulit wajah.
  • Gunakan pada waktu malam sahaja.
  • Sapu dan ratakan Collagen Lightening Night Cream secara nipis pada permukaan kulit wajah.
  • Untuk kulit sensitif, jarakkan penggunaan kepada selang satu malam.
  • Jika terdapat reaksi pada kulit, jarakkan penggunaan kepada 2-3 malam.
  • Jika tidak, gunakan pada setiap malam.

 

Incoming search terms:

  • vasia produk
  • v asia skincare
  • set pencerahan v asia
  • testimoni produk vasia
  • vasia skincare
  • vasia skin care
  • set pencerahan badan v asia
  • testimoni v asia
  • v asia skin care
  • set kecantikan v asia