Sale!

Set Rawatan Pencerahan Tia Amelia

RM 92.00 RM 80.00

Product Description

SET RAWATAN PENCERAHAN TIA AMELIA

Set Rawatan Pencerahan Tia Amelia hadir dalam bentuk pek ekonomi yang dapat membantu anda merawat dan melindungi kulit wajah tanpa pengelupasan di samping menjadikannya tampil lebih cerah, gebu dan berseri. Ia sesuai untuk kulit normal dan sensitif.

Set Rawatan Pencerahan Tia Amelia dilengkapi dengan 2 Sabun Pembersih Muka, Sunblock/Foundation, Krim Topez serta Krim Pemutih.

KEBAIKAN SET RAWATAN PENCERAHAN TIA AMELIA

  • Menjadikan kulit wajah anda lebih gebu dan halus
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Menanggalkan kotoran, minyak berlebihan dan sel kulit mati
  • Menghilangkan kesan jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam dan parut yang menjejaskan penampilan
  • Mencerahkan kulit
  • Mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran toksin, jangkitan kuman mahupun sinaran UV
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengekalkan keremajaan kulit
  • Sesuai untuk kulit normal dan sensitif

KANDUNGAN SET RAWATAN PENCERAHAN TIA AMELIA

Sabun Pembersih Muka

  • Minyak Canola: Minyak canola yang terhasil daripada biji tumbuhan rapeseed sebenarnya kaya dengan vitamin E dan K yang mengandungi antioksidan bagi mencegah proses penuaan kulit. Ia bukan sahaja mampu mengekalkan kelembapan kulit anda, malah bertindak menghapuskan kesan cela dan penuaan seperti kedutan, garis-garis halus, jerawat dan jangkitan kulit.
  • Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa bukan hanya mampu memelihara kesihatan jasmani, malah ia juga kaya dengan kebaikan untuk rawatan kecantikan kulit. Selain membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat jangkitan kuman mahupun pancaran cahaya matahari, minyak kelapa tinggi kandungan minyak tepu, protein serta vitamin E yang bertindak memelihara kelembapan dan kehalusan kulit dari dalam. Di samping itu, ia juga berupaya melambatkan proses penuaan awal seterusnya mencegah kemunculan kedutan pada kulit anda.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga yang tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga bertindak memelihara kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata. Madu juga mampu menggalakkan pemulihan luka dan memudarkan parut di samping membantu masalah kulit.

Sunblock/Foundation

  • Avobenzone (Parsol 1789): Sebatian sintetik ini berperanan melindungi kulit daripada sinaran UV yang merosakkan kulit di samping mencegah daripada proses penuaan.
  • Octyl Methoxycinnamate: Sebatian ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV, selain mengurangkan kemunculan parut pada kulit.
  • Homosalate Octyl Salicylate: Ia merupakan sebatian organik yang terhasil daripada asid salisilik bersama 3,3,5-trimethylcyclohexanol. Ia berfungsi memelihara kulit daripada kesan buruk akibat sinaran matahari, di samping mencegah proses penuaan kulit.
  • Oxybenzone: Bahan organik ini berupaya melindungi kulit daripada sinaran matahari dan radiasi ultraungu (UV) seterusnya mencegah proses penuaan dan kanser kulit di samping membantu mengekalkan tahap kelembapan kulit anda.

Krim Topez

  • L-Arbutin: L-arbutin merupakan ekstrak dari buah bearberi yang berperanan sebagai agen pencerah kulit semulajadi tanpa merosakkan sel kulit. Ia turut berupaya membantu mengimbangi tona kulit agar lebih sekata, membantu mengatasi masalah kulit termasuk kulit sensitif dan alahan di samping melindungi dan memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.

Krim Pemutih

  • Vitamin A: Vitamin A berupaya merangsang lapisan dermis yang mengandungi kolagen, elastin dan saluran darah sekaligus membantu melancarkan peredaran darah ke permukaan kulit serta mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus. Selain itu, vitamin A turut membantu meningkatkan kelembapan kulit, mengawal penghasilan jerawat dan kadar sebum atau minyak, menyingkir sel kulit mati seterusnya menghaluskan kulit dan memperbaiki tona kulit agar lebih sekata serta melindungi kulit daripada kanser kulit dan proses penuaan yang diakibatkan oleh pancaran radiasi ultraviolet (UV).
  • Minyak Avokado: Buah Avokado sarat dengan khasiat vitamin E yang berperanan memelihara, mencegah proses penuaan, melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Buah Avokado juga mampu merangsang pembentukan kolagen yang merupakan kandungan protein dalam tisu penghubung seterusnya membantu mengatasi penuaan kulit, serta menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit wajah anda.

CARA PENGGUNAAN SET RAWATAN PENCERAHAN TIA AMELIA

Siang

  • Cuci wajah dengan Sabun Pembersih Muka dan bilas sehingga bersih.
  • Sapu dan ratakan Sunblock/Foundation pada seluruh muka dan leher.

Malam

  • Cuci wajah dengan Sabun Pembersih Muka dan bilas sehingga bersih.
  • Sapu dan ratakan Krim Pemutih pada seluruh wajah.
  • Kemudian, sapukan pula Krim Topez secara nipis pada wajah anda.

 

Incoming search terms:

  • tia amelia set
  • tia amelia produk
  • sabun tia amelia
  • cara penggunaan tia amelia
  • produk kecantikan tia amelia
  • krim tia amelia
  • tia emilia
  • tia amilia
  • tia amelia set jerawat
  • tia amelia skincare