Sale!

Set Pencerahan Pantas 2 in 1 V’Asia

RM 38.90 RM 30.00

Product Description

SET PENCERAHAN PANTAS 2 IN 1 V’ASIA

Set Pencerahan Pantas 2 in 1 keluaran V’Asia dilengkapi dengan Herbal Lightening Soap + Collagen bersama Collagen Lightening Night Cream yang diformulasi khusus untuk pencerahan kulit wajah seawal 7 hari.

Di samping itu, adunan vitamin C, kolagen, Aloe Vera serta pelbagai jenis ramuan semulajadi di dalam set ini terbukti berkesan untuk merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam dan kulit berminyak seterusnya membantu mengembalikan kejelitaan dan keremajaan kulit wajah anda.

Kandungan:

  • Herbal Lightening Soap + Collagen (45 gm)
  • Collagen Lightening Night Cream (6 gm)

KEBAIKAN SET PENCERAHAN PANTAS 2 IN 1 V’ASIA

  • Membersihkan kulit wajah dengan lebih mendalam
  • Menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Meningkatkan kecerahan kulit wajah
  • Memulihkan masalah pigmentasi dan bintik-bintik hitam
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, liang pori yang terbuka serta parut
  • Mengatasi masalah kulit kering, kusam dan berminyak
  • Memelihara kelembapan dan kelembutan kulit wajah
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Meneutralkan tahap pH atau keasidan kulit
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Membantu mengekalkan keremajaan kulit wajah anda
  • Menjadikan kulit wajah tampil cerah, gebu dan bermaya

KANDUNGAN SET PENCERAHAN PANTAS 2 IN 1 V’ASIA

Herbal Lightening Soap + Collagen

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan masalah radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.
  • Lime Blossom (Tilia): Tumbuhan berbunga yang turut dipanggil linden ini kaya dengan flavonoid yang bertindak sebagai antioksidan bagi membantu meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel dan proses penuaan. Ia juga bersifat astringen yang berupaya mengecutkan tisu tubuh sekaligus membantu meningkatkan ketegangan kulit anda.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Ginkgo Biloba: Herba yang berasal dari China ini bersifat antiradang dan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Ia turut berupaya mengatasi masalah pigmentasi, melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) dan menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan dan keanjalan kulit anda.
  • Betik (Carica Papaya): Buah yang kaya dengan vitamin C ini berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, eczema dan psoriasis. Betik juga mampu membersih dan menghapuskan sel-sel kulit mati selain bertindak menghalus dan meremajakan kulit anda.
  • Retinyl Palmitate: Sebatian yang terhasil daripada vitamin A dan asid lemak palmitik ini berupaya menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit seterusnya membantu meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit anda.
  • Myrtle (Myrtus Communis): Tumbuhan berbunga yang berasal dari Mediterranean ini diyakini dapat memulihkan masalah kulit seperti radang, jerawat serta luka.
  • Vitamin C (Asid Askorbik): Vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit, mengatasi masalah tona yang tidak sekata serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.
  • Vitamin E (Tocopheryl Acetate): Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
  • Avokado (Persea Aratissima): Avokado sarat dengan khasiat vitamin E yang berperanan memelihara, mencegah proses penuaan, melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Buah Avokado juga mampu merangsang pembentukan kolagen yang merupakan kandungan protein dalam tisu penghubung seterusnya membantu mengatasi penuaan kulit, serta menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
  • Timun (Cucumis Sativus): Timun timun turut tinggi kandungan air yang berupaya menyingkirkan toksin dan memelihara kelembapan kulit. Timun turut berupaya menegangkan kulit, mengecilkan liang pori, memperbaiki tona kulit agar ia tampil lebih sekata dan berseri serta kaya dengan vitamin E dan potassium yang berupaya mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus serta sebarang cela yang mengganggu penampilan.
  • Glyceryl Stearate: Glyceryl stearate yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan ini berperanan sebagai bahan pengemulsi produk kosmetik dan penjagaan diri seperti losyen, krim dan minyak sapu di samping membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Kolagen (Asid Hyaluronic): Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.

Collagen Lightening Night Cream

  • Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Ginseng: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyahtoksin, mencegah kerosakan sel, menghilangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan kulit. Ginseng juga mampu meningkatkan kecerahan kulit, memperbaiki struktur kulit yang kering dan rosak serta mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan lingkaran hitam di bawah mata.
  • Susu Beras: Beras bukan hanya menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia, malah mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkirkan sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit anda agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.
  • Asid Hyaluronic (Kolagen): Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Asid Askorbik (Vitamin C): Vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit, mengatasi masalah tona yang tidak sekata serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.
  • Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan masalah radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.
  • Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren dan limau. Ia berupaya menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat seterusnya mengurangkan kesan penuaan, parut jerawat serta membantu memperbaiki struktur kulit. Asid sitrik turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menyingkirkan kotoran dari liang pori, di samping menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
  • Asid Glycolic: Asid glycolic merupakan antara ramuan yang sering digunakan di dalam produk kosmetik kerana kebaikannya untuk kecantikan kulit. Ia terhasil daripada tebu dan tergolong dalam keluarga asid hidroksi alpha atau AHA. Asid glycolic berupaya menyingkirkan sel kulit mati bagi menyerlahkan kehalusan kulit di samping bertindak sebagai anti-penuaan bagi memelihara keremajaan kulit. Di samping itu, ia turut berupaya meningkatkan kecerahan kulit, memperbaiki tona kulit agar lebih sekata serta mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam mahupun kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari.
  • Asid Malic: Asid malic adalah sejens sebatian organik yang terkandung di dalam buah epal yang berkesan untuk mencantikkan kulit. Di samping membantu merawat masalah jerawat, asid malic juga mampu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti kedutan dan garis-garis halus serta menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya meningkatkan keanjalan, kehalusan dan kelembapan kulit.
  • Sorbitan Laurate: Sebatian yang terhasil dari asid laurik dan hexitol anhydrides ini bertindak sebagai bahan pengemulsi yang berperanan melarutkan ramuan di dalam produk ini.
  • Sodium Acrylate: Sebatian ini merupakan sejenis garam yang bertindak sebagai bahan penstabil dalam produk ini di samping membantu melembapkan kulit.
  • Trideceth-6: Trideceth-6 adalah sebatian yang berfungsi sebagai bahan pengemulsi yang bertindak melarutkan kandungan di dalam produk penjagaan diri seterusnya menggalakkan keberkesanannya.
  • Carbomer: Ramuan yang sering digunakan dalam pembuatan kosmetik ini berperanan memelihara kelembapan kulit di samping mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan kegatalan.

CARA PENGGUNAAN SET PENCERAHAN PANTAS 2 IN 1 V’ASIA

Siang:

  • Buihkan Herbal Lightening Soap + Collagen dan gosokkan pada permukaan kulit wajah. Bilas sehingga bersih.

Malam:

  • Buihkan Herbal Lightening Soap + Collagen dan gosokkan pada permukaan kulit wajah. Bilas sehingga bersih.
  • Sapu dan ratakan Collagen Lightening Night Cream secara nipis pada kulit wajah.
  • Untuk kulit sensitif, jarakkan penggunaan kepada selang 1 malam untuk melihat kesannya. Jika tiada masalah, teruskan penggunaan pada setiap malam. Jika terdapat sebarang reaksi, jarakkan penggunaan kepada selang 2-3 malam.

Additional information

Weight 0.210 kg
SKU: VAA 067 Categories: , ,