Sale!

Set Pencerahan Badan Advance White V’Asia

RM 39.90 RM 32.00

Product Description

SET PENCERAHAN BADAN ADVANCE WHITE V’ASIA

Set Pencerahan Badan Advance White dilengkapi dengan sabun badan Cerah Gebu Body Bar dan losyen pencerahan Sutera Wangi yang sarat dengan kebaikan dari sumber vitamin, mineral dan herba semulajadi bersama gabungan kolagen dan mutiara khusus untuk membantu anda memiliki kulit yang lebih cerah, gebu dan berseri.

Kandungan:

  • Cerah Gebu Body Bar (100 gm)
  • Sutera Wangi (130 ml)

KEBAIKAN SET PENCERAHAN BADAN ADVANCE WHITE V’ASIA

  • Membersihkan kulit daripada kesan kotoran, minyak dan cela
  • Meningkatkan kecerahan kulit dengan berkesan
  • Memperbaiki masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit
  • Melambatkan proses penuaan kulit
  • Membantu menyingkir cela pada kulit seperti jerawat, jeragat dan parut
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Menyingkir toksin dari tubuh badan
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV
  • Sesuai untuk diamalkan setiap hari bagi mengekalkan kejelitaan kulit anda

KANDUNGAN SET PENCERAHAN BADAN ADVANCE WHITE V’ASIA

Cerah Gebu Body Bar

  • Minyak Kelapa Sawit: Minyak kelapa sawit kaya dengan toctrienol, sejenis vitamin E yang sering digunakan di dalam rawatan kecantikan kulit. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berperanan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di samping berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan risiko serangan kanser kulit.
  • Isirung Kelapa Sawit: Minyak isirung kelapa sawit mempunyai peranan yang penting dalam menghalus dan melembutkan kulit. Ia juga dapat menyembuhkan kulit yang kering dan gatal.
  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Sodium Hidroksida: Sodium hidroksida adalah sebatian bukan organik yang turut dipanggil soda lye serta berperanan mengawal dan menstabilkan tahap pH atau keasidan kandungan produk ini.
  • Mangir: Mangir merupakan campuran rempah ratus ali seperti temu giring, kunyit, cendana, akar wangi serta beras yang terbukti dapat membantu anda memiliki kulit yang tampil lebih halus, cerah dan berseri. Ia membantu menyingkirkan sel kulit mati, merawat kesan cela seperti parut serta mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit anda.
  • Asid Hyaluron (Kolagen): Asid Hyaluron merupakan karbohidrat yang berfungsi sebagai bahan pelembap kulit yang baik dan membantu memelihara tisu kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering.
  • Zaitun: Minyak zaitun tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka di samping melindungi kulit daripada kerosakan.
  • Vitamin E: Vitamin E merupakan agen anti-oksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • Gliserin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegar serta mengharumkan tubuh badan anda.
  • Butyl Hydroxytoluene (BHT): Sebatian organik ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang memelihara produk ini daripada kerosakan serta tinggi kandungan antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan.
  • BHA (Asid Hidroksi Beta): Turut dikenali dengan nama asid salisilik, sebatian yang terhasil daripada kulit pokok willow ini sememangnya baik untuk mencegah dan mengatasi masalah jerawat yang mengganggu penampilan wajah, di samping membantu memelihara kelembapan kulit, menyingkirkan kotoran dari liang pori, menanggalkan sel kulit mati seterusnya mengekalkan kehalusan kulit.

Sutera Wangi:

  • Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Caprylic/Capric Triglyceride: Gabungan triester yang terhasil dari asid lemak minyak kelapa dan gliserin ini mampu menyerap ke dalam lapisan sekaligus berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya mencegah daripada kerosakan sel di samping membantu menggalakkan fungsi vitamin, pigmen, dan bahan aktif lain di dalam sesuatu produk.
  • Cetearyl Alcohol: Sebatian ini merupakan bahan pengemulsi yang berperanan menggalakkan fungsi ramuan lain di dalam produk ini selain membantu menyerap kelembapan ke dalam lapisan kulit, selain melindungi kulit daripada radang.
  • Glyceryl Stearate: Glyceryl stearate yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan ini berperanan sebagai bahan pengemulsi produk kosmetik dan penjagaan diri seperti losyen, krim dan minyak sapu di samping membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Asid Stearic: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak castor ini berperanan sebagai emolien bagi memelihara kelembapan kulit.
  • Ethylhexyl Methoxycinnamate: Turut dipanggil Octyl Methoxycinnamate, sebatian ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV, selain mengurangkan kemunculan parut pada kulit.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka di samping melindungi kulit daripada kerosakan.
  • Gliserin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit.
  • Protein Soya Terhidrolisis: Biji kacang soya yang telah melalui proses hidrolisis ini diperakui mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan kulit kita. Ia lengkap dengan sumber protein dan asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit. Kacang soya juga berperanan menghapuskan sel kulit mati di samping melembap, meremaja dan mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit kita. Tumbuhan yang berkhasiat tinggi ini juga berupaya mengurangkan garis-garis halus pada kulit, memudarkan tanda-tanda penuaan, serta melindungi kerosakan kulit berikutan sinar ultraviolet.
  • Ascorbyl Methylsilanol Pectinate: Di samping berperanan sebagai pengemulsi bagi melarutkan kandungan produk ini, sebatian yang terhasil daripada pectin dan asid asokorbik atau vitamin C ini bersifat antioksidan yang berkesan untuk melambatkan proses penuaan kulit.
  • Mutiara Terhidrolisis: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
  • Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
  • Glutathione: Glutathione terbukti mampu mengatasi masalah kulit yang kemerahan, bersisik dan kering di samping membantu mempercepatkan pemulihan luka. Di samping itu, Gluta turut berupaya menyingkirkan toksin dan meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang proses penuaan dan kerosakan sel.
  • Panthenol: Panthenol atau vitamin B5 berupaya mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu memulihkan kerosakan seperti kulit kering dan mengelupas serta menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegar serta mengharumkan tubuh badan anda.
  • DMDM Hydantoin: Turut dikenali sebagai Glydant, sebatian organik yang bersifat antikulat ini bertindak sebagai bahan pengawet untuk mlindungi produk ini daripada kerosakan.

CARA PENGGUNAAN SET PENCERAHAN BADAN ADVANCE WHITE V’ASIA

Cerah Gebu Body Bar:

  • Buihkan Cerah Body Bar dan gosok pada seluruh badan ketika mandi.
  • Urut secara perlahan dan biarkan selama 2-3 minit.
  • Bilas sehingga bersih.

Sutera Wangi:

  • Sapu dan ratakan losyen Sutera Wangi pada permukaan kulit.
  • Urut sehingga meresap sepenuhnya.
  • Amalkan 2 kali sehari untuk hasil yang terbaik.

Incoming search terms:

  • produk vasia putih badan
  • produk pencerahan badan
  • produk vasia untuk putih
  • sabun pencerahan badan
  • seribu bayangan download mp3
SKU: VAA 060 Categories: , , ,