Sale!

Set Besar Kulit Biasa & Berminyak Royal White

RM 79.00 RM 69.00

Product Description

SET BESAR KULIT BIASA & BERMINYAK ROYAL WHITE

Royal White Set Besar dilengkapi dengan Clarifying Cleansing Gel, Ultra-Soothing Toner, Deep Moist Day Cream, Extreme Nourishing Night Repair dan Instant White yang membantu mengekalkan kelembapan dan kecerahan kulit sekaligus menyerlahkan keanggunan wajah anda.

Sesuai untuk kulit biasa dan berminyak.

  • Clarifying Cleansing Gel (20 ml)
  • Ultra-Soothing Toner (20 ml)
  • Deep Moist Day Cream (7 ml)
  • Instant White (7 ml)
  • Extreme Nourishing Night Repair (7 ml)

KHASIAT SET BESAR KULIT BIASA & BERMINYAK ROYAL WHITE

  • Membekalkan nutrien kepada kulit agar ia kekal sihat dan berseri
  • Memulihkan kerosakan sel kulit
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Menanggalkan kotoran dan sel kulit mati pada wajah
  • Mengekalkan kehalusan, ketegangan dan kelembapan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Membantu menyerlahkan keremajaan kulit
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Mengurangkan tompok-tompok penuaan
  • Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan pigmentasi

KANDUNGAN SET BESAR KULIT BIASA & BERMINYAK ROYAL WHITE

  • Bearberi: Bearberi mengandungi arbutin yang bertindak mencerahkan kulit di samping tinggi kandungan antioksidan yang menentang radikal bebas sekaligus menghilangkan kesan penuaan. Bearberi juga membantu mengimbangi tona kulit agar lebih sekata, membantu mengatasi masalah kulit termasuk kulit sensitif dan alahan di samping melindungi dan memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).
  • Pegaga (Centella Asiatica): Pegaga kaya dengan vitamin A, vitamin C, protein, serat dan zat besi yang berupaya mempercepatkan penyembuhan luka, menghilangkan bintik-bintik hitam di samping menyerlahkan lagi seri wajah.
  • Ginkgo Biloba: Herba yang berasal dari China ini bersifat antiradang dan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Ia turut berupaya mengatasi masalah pigmentasi, melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) dan menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan dan keanjalan kulit anda.
  • Kulit Kayu Pokok Mulberi (Morus Alba): Kulit kayu pokok ini bersifat antioksidan yang berfungsi meneutralkan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan kulit dan membantu melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, ia juga berupaya mengatasi tona kulit yang tidak sekata, meningkatkan kecerahan kulit serta menghapuskan cela pada kulit.
  • Niacinamide (Vitamin B3): Niacinamide merupakan sebatian yang mengandungi fungsi antioksida yang meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit di samping membantu menentang radang.
  • Asid Sitrik: Asid sitrik bersifat antioksidan dan berupaya mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
  • Asid Kojic: Asid kogic yang bersifat antioksidan ini sering terkandung dalam cendawan dan berperanan penting dalam pencerahan kulit di samping mengatasi masalah hiperpigmentasi di mana asid ini membantu mengurangkan penghasilan melanin seterusnya mengekang pertumbuhan jeragat dan kesan-kesan penuaan.
  • Cendawan Shiitake (Lentinus Edodes): Cendawan yang sering tumbuh di Asia timur ini kaya dengan nutrien dan mineral yang berkhasiat seperti vitamin B dan D serta asid hyaluron, selenium dan potassium. Tumbuhan yang bersifat antioksidan ini mampu mencegah kerosakan sel mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus di samping mengatasi masalah jerawat, meningkatkan kecerahan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan risiko serangan kanser kulit.
  • Minyak Biji Borage (Borago Officinalis): Biji bunga yang sering terdapat di Asia Tengah ini tinggi khasiat dari sumber asid gamma-linolik yang berupaya mencegah radang serta membantu mengatasi masalah kulit seperti eczema dan psoriasis (kegatalan), selain mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Lecithin: Lecithin merupakan sejenis lemak yang sering terdapat dalam tisu tumbuhan atau haiwan dan terdiri daripada asid lemak, glycerol, asid fosforik, triglyceride, choline dan fosfolipid. Selain menjadi bahan penstabil dalam produk penjagaan diri, lecithin berupaya menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam lapisan kulit dan mencegah pengoksidaan sel sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit.
  • Asid Askorbik: Juga dikenali sebagai Vitamin C, ia merupakan zat paling penting penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan, selain menggalakkan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit.
  • Dextrin: Dextrin adalah sejenis karbohidrat yang berfungsi menyahtoksin sekaligus menyerlahkan lagi seri kulit.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit agar kulit tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, ia turut berupaya membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit seperti kegatalan dan kulit kering, memudarkan kesan parut serta mengekalkan kelembapan kulit.
  • Arginine: Arginine adalah sejenis asid amino yang berupaya menggalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh badan, mempercepatkan pemulihan luka, di samping melambatkan proses penuaan sekaligus menyerlahkan keremajaan kulit.
  • Sel Stem Epal (Malus Domestica): Sel stem yang terhasil daripada buah epal ini ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menghalus, mencerah dan melembapkan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang membentuk sel-sel kulit yang baru di samping berperanan mencegah kanser, mencegah kerosakan sel dalam badan, memperbaiki sel dan tisu dalam badan selain menggalakkan penghasilan sel baru yang lebih sihat. Sel stem epal juga berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit dan mengatasi masalah penuaan.
  • Beta Glucan Yis: Beta glucan merupakan sebatian organik yang sering terdapat dalam bahan semulajadi seperti yis. Ia bersifat antioksidan dan berupaya mengekalkan keremajaan kulit di samping membantu meningkatkan sistem imunisasi, memulihkan kerosakan kulit akibat luka dan pancaran cahaya matahari, menjana penghasilan kolagen dan sel kulit yang sihat serta mencegah serangan bakteria yang boleh merosakkan kulit.
  • Scutellaria Baicalensis: Bunga yang juga dipanggil Chinese Skullcap sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina bagi membantu mengatasi masalah kulit. Ia kaya dengan sumber flavonoid, wogonin dan baicalein yang tinggi kandungan antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan kulit serta mencegah serangan penyakit atau kanser kulit.
  • Blueberi: Blueberi merupakan agen antioksida yang bertindak meneutralkan radikal bebas di samping membantu melambatkan proses penuaan serta memperbaiki struktur kulit agar ia tampil lebih halus dan bermaya.
  • Bunga Artemisia Capillaris: Herba yang turut dipanggil Oriental Wormwood ini mengandungi agen anti-bakteria, anti-radang, anti-kulat dan anti-mikrob yang berfungsi mencegah sebarang serangan bakteria mahupun yang lain terhadap kulit. Ekstrak herba ini amat berkhasiat untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan penyakit kuning.
  • Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
  • Minyak Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.
  • Zanthoxylum Piperitum: Turut dipanggil Japanese pepper, tumbuhan yang bersifat antioksidan ini berupaya mencegah dan merawat kerosakan sel kulit di samping membantu melambatkan proses penuaan kulit.

CARA PENGGUNAAN SET BESAR KULIT BIASA & BERMINYAK ROYAL WHITE

Siang:

  • Cuci muka dengan Clarifying Cleansing Gel
  • Setelah wajah dilap kering, sapukan Ultra-Soothing Toner ke seluruh muka dan leher
  • Sapukan Intense Tri-Hydro Restoring Cream dan urut wajah perlahan-lahan sehingga menyerap ke dalam lapisan kulit
  • Sapu dan ratakan Deep Moist Day Cream ke seluruh wajah
  • Sapukan Instant White bagi meningkatkan kecerahan wajah

Malam:

  • Cuci muka dengan Clarifying Cleansing Gel
  • Setelah wajah dilap kering, sapukan Ultra-Soothing Toner ke seluruh muka dan leher
  • Sapu dan ratakan Extreme Nourishing Night Repair ke seluruh wajah

 

SKU: RWE 008 Categories: , ,