Sale!

Seri Wajah Cleanser Jamu Jelita

RM 19.90 RM 15.00

Product Description

SERI WAJAH CLEANSER JAMU JELITA

Seri Wajah Cleanser merupakan evolusi baru yang diformulasi dengan adunan kolagen, biji bunga matahari dan gam Akasia yang berkesan untuk meyingkirkan kotoran pada kulit sekaligus menaikkan seri dan aura wajah secara semulajadi. Ia turut sesuai untuk dijadikan sebagai masker untuk rawatan kecantikan.

Kandungan: 100ml

KEBAIKAN SERI WAJAH CLEANSER JAMU JELITA

  • Menanggalkan kotoran, minyak dan kesan mekap pada kulit
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Menyingkir cela pada kulit
  • Mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Membantu menyerlahkan keremajaan kulit
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan pigmentasi
  • Mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Melambatkan proses penuaan kulit
  • Membekalkan nutrien kepada kulit agar ia kekal sihat dan berseri
  • Melindungi kulit daripada pancaran UV yang boleh merosakkan kulit

KANDUNGAN SERI WAJAH CLEANSER JAMU JELITA

  • Gam Akasia (Acacia Seyal): Gam Akasia atau gam Arab merupakan getah yang dari 2 jenis pokok iaitu Acacia Senegal dan Acacia Seyal berupaya mencegah radang di samping berfungsi sebagai emolien bagi membantu memelihara kelembapan kulit. Ia turut bertindak sebagai bahan pengemulsi dan penstabil bagi menggalakkan fungsi dan keberkesanan produk penjagaan diri seperti losyen dan krim.
  • Tocopherol: Tocopherol atau vitamin E merupakan agen anti-oksida yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • Biji Bunga Matahari (Helianthus Annuus): Biji bunga matahari tinggi kandungan vitamin A, C, D dan E yang berupaya merawat masalah jerawat, kegatalan dan ekzema di samping melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran mahupun sinaran UV seterusnya melambatkan proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, menanggalkan sel kulit mati, serta menyingkir cela pada kulit agar kulit tubuh anda tampil lebih halus dan bermaya.

CARA PENGGUNAAN SERI WAJAH CLEANSER JAMU JELITA

  • Buihkan Seri Wajah Cleanser pada tapak tangan.
  • Sapu dan ratakan pada seluruh muka dan leher.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Gunakan setiap hari pada waktu pagi dan malam.
  • Untuk kegunaan sebagai masker, sapukan Seri Wajah Cleanser pada muka dan biarkan selama 1 hingga 2 minit sebelum dibilas.
  • Gunakan 1 hingga 2 kali seminggu.

 

Incoming search terms:

  • pencuci muka jamu jelita
  • set muka jamu jelita
  • toner jamu jelita
  • sabun herba jamu jelita
  • produk muka jamu jelita
  • seri wajah cleanser jamu jelita
  • jamu jelita pencuci muka
  • seri wajah cleanser
  • jamu jelita seri wajah cleanser
  • jamu jelita cleanser