Sale!

Seri Maryam YD

RM 75.90 RM 72.00

Product Description

SERI MARYAM YD

Seri Maryam diformulasi menggunakan ramuan semulajadi yang tidak dinafikan khasiatnya bagi kesihatan wanita terutamanya ibu dalam pantang. Ia diperkaya dengan delima, anggur, kurma, kolagen, halia madu dan Acerola yang membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman di samping membekalkan tenaga untuk aktiviti seharian.

KHASIAT SERI MARYAM YD

  • Membekalkan tenaga jasmani
  • Menyegarkan tubuh badan
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman
  • Menyihatkan kulit
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh
  • Menyahtoksin
  • Menggalakkan fungsi organ yang sihat
  • Menyerlahkan seri wajah yang kusam dan lesu

KANDUNGAN SERI MARYAM YD

  • Delima: Delima merupakan agen antioksida yang berfungsi meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga berupaya menyerlahkan lagi seri kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah kulit seperti kedutan dan garis-garis halus. Di samping itu, delima turut berupaya memelihara kesihatan jantung dan melancarkan sistem pencernaan serta membekalkan tenaga fizikal.
  • Buah Ara (Figs): Turut dipanggil buah tin, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah daripada serangan penyakit.
  • Anggur: Anggur sememangnya kaya dengan vitamin K yang tinggi untuk membantu penyembuhan luka dalam badan, selain mengukuhkan kandungan kalsium pada tulang dan mengawal tahap gula dalam darah. Vitamin B2 yang turut terkandung di dalam anggur pula berfungsi menentang radikal bebas, meredakan migraine, merawat anemia, serta membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Selain itu juga, anggur melancarkan tekanan darah, menstabilkan kadar kolestrol, serta meningkatkan kandungan glutathione di dalam darah, di samping melambatkan penuaan, menggalakkan keupayaan mental, serta membantu menentang kanser dan radang.
  • Kurma: Kajian sains telah membuktikan kurma sememangnya mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan kita. Kurma berfungsi membekalkan tenaga fizikal dan mental sekaligus membantu meningkatkan keupayaan mental seperti daya tumpuan dan memori. Ia juga kaya dengan serat dan potassium untuk menyeimbangkan kandungan air dalam badan, mencegah dari serangan kanser usus, membantu dalam pembinaan otot serta memelihara sistem saraf.
  • Lobak: Sayuran yang sering menjadi santapan di meja makan ini sebenarnya kaya dengan nutiren dari sumber vitamin A, C, E dan K yang amat penting untuk kesihatan. Lobak bersifat antioksidan yang berfungsi mencegah daripada kerosakan sel, di samping membantu menentang serangan kanser. Di samping itu, lobak turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi, melancarkan proses pencernaan, mengukuhkan tulang serta memelihara sistem kardiovaskular yang melibatkan jantung dan saluran pembuluh darah.
  • Blueberi: Blueberi kaya dengan serat dan fungsi anti-oksida di samping mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia. Ia berperanan meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel dan proses penuaan di samping mengurangkan risiko penyakit jantung, mengawal kadar gula dalam darah, mempercepatkan pembakaran lemak dalam tubuh, serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Acerola Cherry: Ceri Acerola sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid yang mengandungi khasiat yang efektif untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas dari bakteria dan penyakit yang akan merosakkan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang proses penuaan dan kerosakan sel.
  • Halia: Halia mengandungi khasiat yang penting untuk memelihara kesihatan tubuh badan dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C. Menerusi nutrien-nutrien tersebut, halia membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Tidak kurang dengan itu, halia turut berupaya menyahtoksin, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
  • Kacang White Kidney: Kekacang ini kaya dengan kandungan protein, serat, dan mineral yang berupaya membekalkan tenaga untuk tubuh badan, mengurangkan berat badan yang berlebihan, menggalakkan pertumbuhan sel tubuh yang sihat dan menjana fungsi antibodi yang amat penting untuk mencegah penyakit. Ia juga kaya dengan vitamin B9 atau asid folik yang berfungsi memelihara kesihatan jantung, selain agen antioksida bagi membantu mencegah kerosakan sel dan serangan kanser.
  • Lutein: Lutein merupakan agen antioksida yang membantu mencegah kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas selain membantu menentang proses penuaan kulit. Ia turut membantu mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit serta melindungi kulit daripada kerosakan kesan sinaran ultraungu (UV) dan memelihara sistem kardiovaskular.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan hidupan lain seperti ikan dan mamalia serta kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Kolagen berupaya mengekalkan dan meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit di samping menggalakkan proses pemulihan luka, mengurangkan kesan parut dan kedutan serta menentang proses penuaan kulit. Selain itu, kolagen juga berperanan membakar lemak, memelihara sel-sel tubuh dan meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

CARA PENGAMBILAN SERI MARYAM YD

  • Ambil 20 ml jus Seri Maryam dua (2) kali sehari
  • Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka
  • Jauhkan dari kanak-kanak