Sale!

Seleksi Set Makeup D’Herbs

RM 59.90 RM 48.00

Product Description

SELEKSI SET MAKEUP D’HERBS

Seleksi Set Makeup D’Herbs dilengkapi dengan Lipstik Collagen, Diamond Foundation dan Celak Arab Hitam yang membantu menyerlahkan kejelitaan wajah anda seterusnya menjadikan anda lebih yakin dengan penampilan anda.

Kandungan:

  • Lipstik Collagen (4 g)
  • Diamond Foundation (15 g)
  • Celak Arab Hitam (0.3 g)

KEBAIKAN SELEKSI SET MAKEUP D’HERBS

Lipstik Collagen:

  • Membantu menaikkan seri wajah
  • Menyerikan warna bibir mengikut suhu badan dan darah
  • Memelihara kelembapan bibir
  • Mengatasi masalah bibir yang kering dan mengelupas
  • Boleh digunakan sebagai pemerah pipi
  • Tahan lama sehingga 12 jam

Diamond Foundation:

  • Bertindak sebagai bedak asas sebelum mengenakan mekap
  • Mengandungi SPF35 bagi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan sinaran UV
  • Meningkatkan keanjalan dan kelembutan kulit wajah
  • Menutup cela dan kesan penuaan pada wajah
  • Menjadikan wajah anda tampil lebih dan berseri
  • Boleh digunakan sebagai krim siang
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Kalis air dan tahan lama sehingga 12 jam

Celak Arab Hitam:

  • Menyerlahkan keanggunan wajah
  • Menjadikan mata anda tampil lebih galak dan menawan
  • Ia pekat dan tidak meleleh ke bahagian kulit
  • Mampu bertahan lama bagi mengekalkan kejelitaan anda sepanjang hari

KANDUNGAN SELEKSI SET MAKEUP D’HERBS

Lipstik Collagen:

  • Minyak Castor: Minyak Castor yang terhasil dari buah jarak ini berfungsi membasmi masalah bibir kering.
  • Phenyl Trimethicone: Phenyl Trimethicone terhasil daripada silikon serta berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan bibir.
  • Minyak Zaitun Terhidrolisis: Ekstrak buah zaitun sememangnya tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu mencegah kerosakan bibir di samping memelihara kelembapan bibir serta menjana tisu kulit bagi menjadikan bibir anda lebih halus dan lembut.
  • Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan bibir yang mengelupas, kasar dan kering.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam bibir serta mampu melindunginya daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Candelilla Wax: Lilin Candelilla yang terhasil daripada ekstrak semak Candelilla ini berupaya memelihara tekstur produk ini serta berfungsi sebagai emolien bagi membantu memelihara kelembapan bibir anda.
  • Gamat: Gamat merupakan sejenis haiwan di dasar lautan yang sarat dengan khasiat vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat yang tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Selain berupaya memelihara kesihatan dalaman, gamat yang tinggi kandungan kolagen ini mampu menggalakkan pertumbuhan tisu yang sihat di samping memelihara keanjalan dan kehalusan bibir anda.
  • Petrolatum: Petrolatum merupakan campuran hidrokarbon petroleum yang telah ditapis. Ia berupaya melembap dan menghaluskan bibir yang kasar dan kering, di samping mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan.
  • Vitamin E (Tocopherol Acetate): Pengambilan vitamin E yang konsisten menghasilkan tekstur kulit yang cantik dan berseri. Ia juga merupakan agen anti-oksida yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan meningkatkan keanjalan dan kelembapan bibir, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi bibir daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Minyak Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E bagi menyingkirkan sel kulit mati dan memperbaiki tekstur bibir anda. Ia juga berupaya menyerlahkan seri bibir di samping memelihara kelembapan dan kehalusan bibir seterusnya mengatasi masalah bibir kering.
  • Biji Bunga Matahari (Helianthus Annuus): Biji bunga matahari kaya dengan khasiat dari sumber vitamin E yang berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan bibir anda di samping membantu mencerahkan warna bibir yang gelap.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan bibir. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan bibir di samping mempercepatkan proses pemulihan pada bibir yang terluka.
    Butyl Hydroxytoluene (BHT): BHT adalah sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu bibir anda agar ia tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, aloe vera juga berupaya membasmi sel kulit mati serta memelihara kelembapan bibir seterusnya membantu merawat masalah bibir kering dan mengelupas.
  • Biji Anggur: Ramuan ini mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara bibir anda daripada kerosakan dan proses penuaan.
  • Propolis Madu: Propolis adalah campuran resin (hidrokarbon) yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksidan yang efektif selain flavonoid yang mampu mengurangkan rasa sakit pada kulit mahupun bibir. Selain itu, Propolis amat berkesan merawat jangkitan pada kulit, menentang mikrobiotik dan bakteria, mengatasi luka, lebam dan radang kulit.
  • Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Methylparaben: Sebatian yang turut dipanggil Methyl-4-hydroxybenzoate ini juga merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi mikrobiotik yang boleh merosakkan sesuatu produk.
  • CI 77492: CI 77492 atau yellow iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna kuning lemon ke dalam produk kosmetik.

Diamond Foundation:

  • Talc: Talc atau talkum merupakan antara ramuan yang sering ditemui di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri seperti bedak, maskara mahupun celak. Ia merupakan bahan mineral yang berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.
  • Dimethicone: Merupakan sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya menghaluskan permukaan kulit di samping mengurangkan kesan garis-garis halus dan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Caprylic/Capric Triglyceride: Gabungan triester yang terhasil dari asid lemak minyak kelapa dan gliserin ini mampu menyerap ke dalam lapisan sekaligus berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya mencegah daripada kerosakan sel di samping membantu menggalakkan fungsi vitamin, pigmen, dan bahan aktif lain di dalam sesuatu produk.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Lilin Candelilla: Lilin Candelilla terhasil daripada daun tumbuhan renek Candelilla yang sering tumbuh di kawasan utara Mexico dan selatan Amerika Syarikat. Selain bertindak melarutkan ramuan serta melindungi produk ini daripada kerosakan, bahan organik ini juga berfungsi sebagai emolien bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Minyak Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan masalah radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.
  • Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa bukan hanya mampu memelihara kesihatan jasmani, malah ia juga kaya dengan kebaikan untuk rawatan kecantikan kulit. Selain membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat jangkitan kuman mahupun pancaran cahaya matahari, minyak kelapa tinggi kandungan minyak tepu, protein serta vitamin E yang bertindak memelihara kelembapan dan kehalusan kulit dari dalam. Di samping itu, ia juga berupaya melambatkan proses penuaan awal seterusnya mencegah kemunculan kedutan pada kulit anda.
  • Lilin Kristal Mikro: Sebatian yang dihasilkan melalui penapisan petrolatum ini bukan sahaja mampu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit, malah turut berupaya mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus yang menjejaskan penampilan.
  • Allantoin: Allantoin merupakan sebatian organik yang berperanan menggalakkan pemulihan sel tubuh dan mengekalkan kehalusan kulit di samping mengatasi masalah luka, kesan terbakar, dan parut.
  • Polyglyceryl-3 Diisostearate: Polyglyceryl-3 Diisostearate adalah sejenis sebatian hidroksi yang berfungsi sebagai bahan penstabil untuk kosmetik di samping berperanan sebagai bahan pelembap.
  • Kolagen:Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Tocopheryl Acetate (Vitamin E): Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
  • Mica: Mica merupakan sejenis bahan mineral yang sering digunakan dalam bidang kosmetik sebagai pigmen atau bahan pewarna seperti di dalam produk bedak asas dan pewarna kuku. Ia mampu menambah sinar dan kilauan pada permukaan kulit sekaligus membantu menghaluskan kulit serta menaikkan seri wajah.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan lagi aroma yang menyegarkan serta mengharumkan anda.
  • Butyl Hydroxytoluene (BHT): BHT adalah sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Propolis: Propolis adalah campuran resin (hidrokarbon) yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksidan yang efektif selain flavonoid yang mampu menentang proses penuaan awal bagi mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, propolis amat berkesan untuk memulihkan luka dan jangkitan kuman selain membantu merawat kulit yang terbakar, lebam dan radang pada kulit anda.
  • Biji Anggur: Ramuan ini mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan proses penuaan.
  • Triclosan: Triclosan merupakan agen antibakteria yang bertindak sebagai bahan pengawet bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Methylparaben: Methylparaben merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada serangan mikrobiotik seperti kulat dan bakteria.
  • Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • CI 75470: CI 75470 atau carmine pigmen semulajadi yang menambah warna merah ke dalam sesuatu produk.
  • CI 77891: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titanium dioksida ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.

Celak Arab Hitam:

  • Minyak Castor: Minyak castor yang diekstrak dari biji buah jarak ini telah digunakan sejak zaman dahulu bagi memelihara kecantikan kulit serta membantu mencegah masalah radang dan jangkitan kuman yang boleh merosakkan kulit. Di samping itu juga, ia turut berkesan untuk memudarkan kesan parut, merawat masalah jerawat, kulit kering serta kerosakan akibat pancaran cahaya matahari. Minyak castor juga bertindak menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin seterusnya mengurangkan kesan kesan kedutan dan garis-garis halus di samping membantu memelihara kelembutan serta keremajaan kulit anda.
  • Lilin Candelilla: Lilin Candelilla terhasil daripada daun tumbuhan renek Candelilla yang sering tumbuh di kawasan utara Mexico dan selatan Amerika Syarikat. Selain bertindak melarutkan ramuan serta melindungi produk ini daripada kerosakan, bahan organik ini juga berfungsi sebagai emolien bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Lilin Kristal Mikro: Sebatian yang dihasilkan melalui penapisan petrolatum ini bukan sahaja mampu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit, malah turut berupaya mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus yang menjejaskan penampilan.
  • Phenyl Trimethicone: Phenyl trimethicone terhasil daripada silikon yang terhasil secara sintetik serta berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Minyak Zaitun: Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.
  • Biji Bunga Matahari: Biji bunga matahari tinggi kandungan vitamin A, C, D dan E yang berupaya melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran mahupun sinaran UV seterusnya melambatkan proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, menanggalkan sel kulit mati serta berkesan untuk menambah saiz payudara bagi menjadikannya lebih gebu dan menawan.
  • DL-A-Tocopheryl Acetate (Vitamin E): Vitamin E merupakan agen anti-oksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • Butyl Hydroxytoluene (BHT): Sebatian organik ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang memelihara produk ini daripada kerosakan serta tinggi kandungan antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan.
  • Methylparaben: Sebatian yang turut dipanggil Methyl-4-hydroxybenzoate ini juga merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi mikrobiotik yang boleh merosakkan sesuatu produk.
  • Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Propolis: Propolis adalah campuran resin (hidrokarbon) yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksidan yang efektif selain flavonoid yang mampu menentang proses penuaan awal bagi mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, propolis amat berkesan untuk memulihkan luka dan jangkitan kuman selain membantu merawat kulit yang terbakar, lebam dan radang pada kulit anda.
  • Mica: Mica merupakan sejenis bahan mineral yang sering digunakan dalam bidang kosmetik sebagai pigmen atau bahan pewarna seperti di dalam produk bedak asas dan pewarna kuku. Ia mampu menambah sinar dan kilauan pada permukaan kulit sekaligus membantu menghaluskan kulit serta menaikkan seri wajah anda.

CARA PENGGUNAAN SELEKSI SET MAKEUP D’HERBS

Lipstik Collagen:

  • Oleskan pada bibir anda pada bila-bila masa yang dikehendaki.
  • Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.

Diamond Foundation:

  • Selepas wajah dicuci dan dilap kering, sapukan Diamond Foundation pada wajah dan leher dengan sekata sebelum menggunakan bedak padat dan kosmetik.
  • Anda disyorkan untuk menggunakan penyegar dan krim pelembap sebelum menyapu Diamond Foundation untuk mendapatkan hasil mekap yang terbaik.

Celak Arab Hitam:

  • Lukiskan garisan halus pada kelopak mata atas dan/atau bawah mata.
  • Mulakan dari pangkal kelopak mata dan akhir di hujungnya.
  • Lukis sekali lagi dan tebalkan garisan pada kelopak mata mengikut citarasa anda.

Incoming search terms:

  • set makeup dherbs
  • set mekap dherbs
  • set make up dherbs
  • seleksi set makeup dherbs
  • seleksi makeup dherbs
  • set solekan dherbs
  • dherbs set makeup
  • set makeup dherb
  • set mekap dherb
  • set mekap