Sale!

Segarapat Wash V’Asia

RM 22.00 RM 16.00

Clear

Product Description

Segarapat Wash V’Asia

Segarapat Wash adalah pencuci khusus untuk wanita yang diadun dengan ramuan semulajadi seperti Aloe Vera, Manjakani, Sireh, Akar Serapat dan Pegaga bersama khasiat kolagen, vitamin E serta C yang bertindak membersih dan melindungi bahagian intim wanita.

Segarapat Wash hadir dalam 2 jenis

  • Campuran Herba Asli
  • Campuran Herba, Buah & Bunga.

Kandungan: 130 ml

Khasiat Segarapat Wash V’Asia

  • Membersihkan bahagian intim wanita daripada kotoran
  • Mengekalkan tahap pH
  • Mencantik, menganjal dan menghaluskan kulit di bahagian faraj
  • Membasmi sel-sel kulit mati
  • Mencegah kegatalan
  • Mengelakkan bau yang kurang menyenangkan pada faraj
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Melindungi faraj daripada jangkitan kuman dan bakteria
  • Menyegarkan lagi bahagian intim wanita

Kandungan Segarapat Wash V’Asia

  • Deionised Water Glycerin: Glycerine yang telah dihasilkan dengan air yang telah ditapis ini merupakan sebatian polyol yang berasal dari sumber semulajadi seperti tumbuhan serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga berperanan mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit serta mampu mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Daun Pudina: Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit. Ia juga berfungsi dalam penghapusan toksin dari tubuh badan.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Lidah Buaya, ia merangsang penghasilan kolagen dalam tisu kulit dan mampu melembap dan merawat masalah kulit kering di bahagian intim, di samping membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik. Aloe Vera yang bersifat antikulat ini juga berperanan penting untuk mengatasi masalah kegatalan dan radang kulit, selain membantu menyamankan bahagian intim wanita.
  • Manjakani: Manjakani atau nama saintifiknya Croton Caudatum bersifat astringen, berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita.
  • Akar Serapat: Akar Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar Serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.
  • Kacip Fatimah: Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisa pumila terbukti dapat mengatasi masalah keputihan di samping melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga mampu menyegarkan bahagian intim wanita selain mencegah dari penyakit.
  • Sireh (Piper Betle): Sireh yang juga dikenali dengan nama saintifiknya, Piper betle mampu mengatasi masalah kegatalan pada kulit, di samping mengatasi masalah keputihan dan bau yang tidak enak pada bahagian intim wanita.
  • Pegaga: Daun yang berbentuk ginjal ini juga dikenali dengan nama saintifiknya, Centella asiatica ini terkenal dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia dan sering digunakan sebagai salah satu bahan dalam produk kesihatan dan penjaggan diri. Pegaga kaya dengan vitamin A, vitamin C, protein, serat dan zat besi serta berfungsi merawat masalah keputihan yang dialami oleh kaum wanita, selain mempercepatkan penyembuhan luka, menyerikan wajah, menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah, menghilangkan sengal-sengal pada badan.
  • Asam Gelugur (Garcinia Atroviridis): Asam Gelugur kaya dengan khasiat, asid sitrik, serat, vitamin dan mineral serta bersifat antioksidan untuk meneutralkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya. Asid askorbik yang terkandung dalam asam gelugur ini pula berperanan untuk membasmi bakteria pada tubuh.
  • Garam: Garam merupakan bahan mineral yang komponen utamanya ialah sodium kolrida. Selain menjadi bahan perasa dalam hidangan makanan, garam amat penting untuk kesihatan jika diambil secara sederhana. Garam yang bersifat antibakteria dan antikulat membantu membunuh bakteria yang menyebabkan bau yang tidak enak pada bahagian intim, di samping berperanan membasmi kulat dan mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat pada tubuh badan. Selain itu juga, garam mampu mengatasi masalah kegatalan dan radang kulit, serta berupaya mengawal kulit berminyak.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan turut terkandung dalam hidupan lain seperti ikan dan mamalia. Ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Ia berupaya melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka.
  • Vitamin C: Vitamin C merupakan sebatian yang penting untuk menyeri dan menyihatkan kulit. Ia juga mampu merawat jangkitan kuman pada faraj yang boleh mengakibatkan keputihan dan menghasilkan bau yang tidak enak. Vitamin C juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.
  • Vitamin E: Pengambilan vitamin E yang konsisten menghasilkan tekstur kulit yang cantik dan lebih berseri. Ia juga kaya dengan anti-oksida yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merosakkan kulit wajah anda. Vitamin E juga berperanan untuk mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit yang kusam selain memelihara, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan, melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran sinar ultraviolet, serta mempercepat proses penyembuhan luka.
  • Licorice: Turut dikenali dengan nama Akar Manis, ia berupaya mengatasi masalah kulit seperti psoriasis di samping merawat dan mencegah daripada sebarang jangkitan mikroorganisme pada bahagian intim.
  • Sel Stem Epal: Sel stem yang terhasil daripada buah epal ini ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menghalus, mencerah dan melembapkan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang membentuk sel-sel kulit yang baru di samping berperanan mencegah kanser, mencegah kerosakan sel dalam badan, memperbaiki sel dan tisu dalam badan selain menggalakkan penghasilan sel baru yang lebih sihat. Sel stem epal juga berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit dan mengatasi masalah penuaan.
  • Chamomile (Chamomilla Matricaria): Bunga ini mengandungi khasiat Flavonoid yang amat berkesan untuk merawat penyakit kulit sensitif serta vitamin B yang terkandung di dalam ekstraknya pula berperanan melega, melembap dan menghalang pertumbuhan bakteria pada kawasan tubuh. Selain itu, bunga Camomile mampu mengurangkan kemerahan pada kulit, membersih kulit di samping membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti radang kulit, ekzema, ruam, jerawat, psoriasis dan bekas alahan kulit.
  • Akar Ginseng: Herba yang sering ditemui di kawasan sejuk di Amerika Utara dan Asia Timur ini berperananan menggalakkan sel-sel kulit di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit di samping melancarkan peredaran darah.
  • Cocoamidopropylamine Oxide: Sebatian ini terhasil daripada minyak sayuran yang diekstrak dari isirung kelapa dan berperanan sebagai agen permukaan aktif untuk produk Segarapat.
  • Sodium Laureth Sulfate: Sebatian ini yang terhasil dari buah kelapa ini merupakan agen pembuih amat penting untuk produk penjagaan kulit.

Cara Penggunaan Segarapat Wash V’Asia

  • Basahkan bahagian intim
  • Titiskan Segarapat pada tapak tangan
  • Sapu dan ratakan pada bahagian intim hingga berbuih
  • Bilas dengan air sehingga bersih

Incoming search terms:

  • segarapat wash
  • pencuci wanita
  • pencuci wanita v asia
  • pembersih wanita v asia
  • pencuci wanita vasia
  • segarapat wash v asia
  • pembersih peribadi wanita vasia
  • vasia segarapat wash
  • vasia feminin wash

Additional information

Jenis

Campuran Herba Asli, Campuran Herba, Buah & Bunga

SKU: VAA 036 Categories: , ,