Sale!

Salloma Beauty Skincare 4 in 1

RM 99.00 RM 75.00

Product Description

SALLOMA BEAUTY SKINCARE 4 IN 1

Salloma Beauty Skincare 4 in 1 dilengkapi dengan Miracle Rice Glutha Cleanser, Miracle Aloe Toner, Flawless Day Cream with SPF35 serta Miracle Night Cream yang dapat mengembalikan kejelitaan kulit wajah anda. Di samping membantu mencerahkan kulit, penggunaan secara konsisten juga berupaya menjadikan kulit wajah anda tampil lebih awet muda dan berseri tanpa pengelupasan.

Kandungan:

  • Miracle Rice Glutha Cleanser (40 g)
  • Miracle Aloe Toner (60 ml)
  • Flawless Day Cream with SPF35 (6 g)
  • Miracle Night Cream (6 g)

KEBAIKAN SALLOMA BEAUTY SKINCARE 4 IN 1

  • Memelihara kejelitaan kulit wajah
  • Mengekalkan keremajaan kulit wajah
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit
  • Merawat, memulih dan memperbaharui sel kulit wajah
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Mengatasi masalah pigmentasi serta tona kulit yang tidak sekata
  • Membantu anda merawat masalah kulit kering, kasar dan kusam
  • Memulihkan cela pada wajah seperti masalah radang, parut, jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam
  • Menghilangkan kesan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengawal masalah kulit berminyak
  • Melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Menjadikan wajah anda kekal segar, gebu dan awet muda
  • Tidak mengelupas dan merosakkan kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

KANDUNGAN SALLOMA BEAUTY SKINCARE 4 IN 1

Miracle Rice Glutha Cleanser

  • Beras: Beras mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkirkan sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit anda agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.
  • Gluta: Glutathione atau gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, gliserin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.

Miracle Aloe Toner

  • Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Witch Hazel: Ekstrak daun Witch Hazel atau Winterbloom ini bersifat antioksidan dan astringen yang berupaya membantu mencegah kerosakan sel dan membantu mencegah proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengatasi masalah kulit yang kering serta berjerawat, memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Nano White: Di samping memelihara kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan radikal bebas, ramuan ini juga bertindak meningkatkan kecerahan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah pigmentasi. Ia juga bersifat antioksidan yang mampu mengekalkan keremajaan kulit wajah anda.
  • Polysorbate-20: Sebatian ini bertindak sebagai bahan pengemulsi dan bahan penstabil dalam produk kosmetik, selain berperanan menenang dan menyamankan kulit seterusnya mengekalkan kesegaran kulit anda.
  • Sodium Benzoate: Kombinasi sodium sorbate dan air menghasilkan asid benzoic yang bertindak sebagai bahan pengawet dalam sesebuah produk.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegarkan kulit wajah anda.

Flawless Day Cream with SPF

  • SPF 35: SPF (sun protection factor) mengukur kadar perlindungan terhadap radiasi ultraviolet (UV). Semakin tinggi kadar SPF di dalam sesebuah produk penjagaan diri, semakin tinggi perlindungan yang diberikan terhadap kulit bagi mencegah kerosakan akibat radiasi (UV).

Miracle Night Cream

  • Lilin Lebah (Beeswax): Beeswax atau cera alba merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.

CARA PENGGUNAAN SALLOMA BEAUTY SKINCARE 4 IN 1

Siang:

  • Cuci wajah dengan Miracle Rice Glutha Cleanser sehingga bersih.
  • Sapukan Miracle Aloe Toner pada seluruh permukaan kulit.
  • Sapu dan ratakan Flawless Day Cream with SPF pada wajah anda.

Malam:

  • Cuci wajah dengan Miracle Rice Glutha Cleanser sehingga bersih.
  • Sapukan Miracle Aloe Toner pada seluruh permukaan kulit.
  • Sapu dan ratakan Miracle Night Cream pada wajah anda.

Additional information

Weight 0.300 kg
SKU: SSC 001 Categories: , ,