Sale!

Sabun Wajah Tolak Jerawat D’Herbs

RM 23.90 RM 20.00

Product Description

SABUN WAJAH TOLAK JERAWAT D’HERBS

Sabun Wajah Tolak Jerawat diformulasikan dengan himpunan herba terpilih dan terbukti berkesan untuk mengatasi masalah jerawat di samping menyerlahkan keremajaan dan keanggunan wajah anda.

KHASIAT SABUN WAJAH TOLAK JERAWAT D’HERBS

  • Menanggalkan kotoran pada wajah
  • Mengatasi masalah jerawat
  • Mengawal kadar minyak pada kulit
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengurangkan kesan parut
  • Menyerlahkan keremajaan wajah
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Menyingkir sel kulit mati

KANDUNGAN SABUN WAJAH TOLAK JERAWAT D’HERBS

  • Sodium Palmitate: Turut dipanggil asid palmitik, ia merupaan sejenis asid lemak yang terkandung dalam ramuan semulajadi serta berfungsi sebagai agen pembuih bagi produk ini.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Cocamide DEA (Cocamide Diethanolamine): Sebatian ini terhasil daripada kombinasi asid lemak dan minyak kelapa bersama diethanolamine serta berfungsi sebagai agen pembuih dan pengemulsi dalam produk mandian seperti syampu dan sabun selain berupaya menanggalkan kekotoran kulit.
  • Curcuma Longa (Kunyit): Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.
  • Acorus Calamus: Herba ini kaya dengan asid lemak, serat, fosforus, kalsium, potassium dan magnesium yang membantu menstabilkan tekanan darah, mengukuhkan otot, membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyegarkan tubuh badan serta melembap dan menghaluskan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel, membantu melambatkan proses penuaan dan mengatasi masalah kulit.
  • Emblica Officinalis (Amla): Turut dipanggil gooseberries, tumbuhan yang bersifat antioksidan ini berupaya mencegah kerosakan sel seterusnya memelihara kulit daripada proses penuaan dan serangan kanser di samping mengawal kadar minyak pada kulit, mengecilkan liang pori, menyingkir sel kulit mati dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Halia (Zingiber Officinale): Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu menyahtoksin, mengatasi masalah jerawat, mengurangkan kesan parut, menyerlahkan seri wajah di samping berfungsi sebagai agen antioksida yang baik bagi melambatkan proses penuaan kulit.
  • Minyak Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan wajah sekaligus berperanan untuk menyeri dan melembutkan lagi kulit wajah anda.
  • Mineral Oil (Minyak Putih): Minyak mineral atau minyak putih terhasil daripada proses penyulingan petroleum dan berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus serta memulihkan luka pada kulit.
  • Minyak Menthol (Peppermint): Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya menyejuk dan menyegarkan kulit.
  • Serai Wangi (Minyak Citronella): Ekstrak serai wangi sering digunakan dalam aromaterapi yang membekalkan manfaat bagi kulit. Ia mampu menyahtoksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit selain mengawal minyak pada kulit dan mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.

CARA PENGGUNAAN SABUN WAJAH TOLAK JERAWAT D’HERBS

  • Buihkan Sabun Tolak Jerawat pada tapak tangan
  • Ratakan buih sabun pada wajah dan urut perlahan-lahan
  • Untuk kesan yang optima, gunakan 2-3 kali sehari

Incoming search terms:

  • sabun tolak jerawat
  • sabun dherbs untuk jerawat
SKU: DHS 067 Categories: ,