Sale!

Sabun Kunyit Putih Anugerah

RM 48.00 RM 40.00

Product Description

SABUN KUNYIT PUTIH ANUGERAH

Sabun Kunyit Putih Anugerah dirumus menggunakan kebaikan kunyit putih, akar resdung, kayu manis dan kunyit khusus untuk membantu anda mengatasi masalah kulit seperti jerawat, kegatalan dan bintik-bintik hitam di samping meredakan masalah resdung dengan berkesan. Ia turut dibacakan dengan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa pilihan sebagai ikhtiar untuk meningkatkan tahap kesihatan di samping membantu menaikkan seri wajah anda.

Kandungan: 60 g

KEBAIKAN SABUN KUNYIT PUTIH ANUGERAH

  • Membantu mengurangkan gejala resdung
  • Membantu membunuh hama resdung dengan berkesan
  • Melegakan kegatalan pada permukaan kulit
  • Membantu mengurangkan lendir yang terhasil akibat masalah resdung
  • Membasmi jangkitan kuman
  • Mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata
  • Mengecilkan liang pori
  • Membantu menghilangkan kesan parut jerawat
  • Mengawal masalah kulit berminyak
  • Memelihara kehalusan dan kelembapan kulit
  • Melindungi kulit daripada kerosakan
  • Menyegarkan lagi kulit wajah

KANDUNGAN SABUN KUNYIT PUTIH ANUGERAH

  • Kayu Manis: Kayu manis diyakini mampu meredakan masalah jerawat, menyingkirkan sel kulit mati serta memelihara kelembapan dan kehalusan kulit. Ia juga berupaya mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata serta mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus seterusnya menjadikan kulit tampil lebih cerah dan berseri.
  • Akar Wangi: Herba yang bersifat antiseptik dan antiradang ini diyakini mampu mengatasi masalah kulit kering di samping membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
  • Buah Pala: Buah pala kaya dengan antioksidan yang berupaya mengekalkan kehalusan kulit, menyingkirkan sel kulit mati serta mengatasi masalah jerawat, parut dan bintik-bintik hitam..
  • Serai Wangi: Ekstrak serai wangi berupaya menyingkirkan toksin serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Tumbuhan yang bersifat antiseptik ini juga mampu mencegah jangkitan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit anda.
  • Akar Resdung: Akar resdung digunakan secara tradisional untuk merawat masalah resdung dengan cara mengurangkan lendir yang terhasil oleh tubuh serta mengatasi masalah kegatalan pada muka sekaligus memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.
  • Kunyit: Kunyit yang bersifat antioksidan ini berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga mampu meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit seperti kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.
  • Kulit Limau: Kulit buah limau mengandungi khasiat dari sumber asid sitrik dan flavonoid yang bersifat antioksidan bagi mencegah kerosakan sel dan melambatkan penuaan kulit, manakala kandungan asid hidroksisinnamik dan phenol di dalam kulit limau membantu mengurangkan risiko serangan kanser kulit. Di samping itu, kulit limau turut berupaya mengatasi masalah jerawat, mengekalkan kehalusan kulit, meningkatkan kecerahan warna kulit, menyingkirkan sel kulit mati serta menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat agar kulit tampil lebih berseri.
  • Asam Keping: Asam keping kaya dengan khasiat, asid sitrik, serat, vitamin dan mineral serta bersifat antioksidan yang bertindak meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Asid askorbik yang terkandung dalam asam keping ini pula berperanan untuk memelihara kulit daripada serangan bakteria.
  • Kunyit Putih: Herba ini bersifat antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan selain berperanan menyingkirkan toksin dan mengatasi kegatalan pada kulit.
  • Tawas: Tawas yang bersifat antibakteria dan antiseptik mampu membasmi mikroorganisme seperti kulat dan bakteria bagi melindungi kulit daripada kerosakan mahupun masalah jerawat. Di samping itu, ia juga berkesan untuk meningkatkan kecerahan kulit, menegangkan kulit serta mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus seterusnya menyerlahkan lagu keremajaan kulit anda.

CARA PENGGUNAAN SABUN KUNYIT PUTIH ANUGERAH

  • Buihkan Sabun Kunyit Putih.
  • Gosokkan pada permukaan kulit wajah sambil membaca surah al-Fatihah.
  • Biarkan selama 2-3 minit.
  • Bilas sehingga bersih sambil berselawat sebanyak 3 kali.
  • Gunakan 2 kali sehari untuk hasil yang terbaik.

 

Incoming search terms:

  • sabun resdung anugerah
SKU: AGH 054 Categories: ,