Sale!

Sabun Betik Plus Collagen D’Herbs

RM 15.00 RM 12.00

Product Description

SABUN BETIK PLUS COLLAGEN D’HERBS

Sabun Betik Plus Collagen D’Herbs bertindak membersihkan permukaan kulit, menanggalkan sel kulit mati serta memberikan nutrien yang diperlukan oleh kulit bagi membantu memelihara kecantikan dan keremajaan kulit anda. Sesuai untuk lelaki mahupun wanita.

Kandungan: 90 g

KEBAIKAN SABUN BETIK PLUS COLLAGEN D’HERBS

  • Membersihkan kesan minyak, kotoran dan peluh
  • Membantu menyingkirkan sel kulit mati
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit anda
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Mengurangkan kesan bintik-bintik hitam, jeragat, parut dan radang
  • Membina tisu kulit yang sihat
  • Menyegarkan lagi wajah dan tubuh badan anda
  • Sesuai untuk kegunaan harian

KANDUNGAN SABUN BETIK PLUS COLLAGEN D’HERBS

  • Minyak Kelapa Sawit: Minyak kelapa sawit kaya dengan toctrienol, sejenis vitamin E yang sering digunakan di dalam rawatan kecantikan kulit. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berperanan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di samping berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan risiko serangan kanser kulit.
  • Minyak Zaitun: Minyak zaitun tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka di samping melindungi kulit daripada kerosakan.
  • Beeswax: Beeswax atau cera alba merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Betik: Buah yang kaya dengan vitamin C ini berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, eczema dan psoriasis. Betik juga mampu membersih dan menghapuskan sel-sel kulit mati selain bertindak menghalus dan meremajakan kulit anda.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta mengekalkan kelembapan kulit. Aloe Vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Kolagen: Kolagen mengandungi asid amino mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.

CARA PENGGUNAAN SABUN BETIK PLUS COLLAGEN D’HERBS

  • Buihkan Sabun Betik Plus Collagen.
  • Urutkan pada bahagian muka atau tubuh badan dan biarkan selama 1-2 minit.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Sesuai untuk kegunaan harian.