Sale!

Rani Gel Liner D’Herbs

RM 23.90 RM 19.90

Product Description

RANI GEL LINER D’HERBS

Rani Gel Liner merupakan penggaris mata berasaskan gel yang dapat membentuk alis mata yang dramatik seterusnya menjadikan mata anda tampil lebih galak dan menggoda. Ia kalis air, tidak melekit serta mampu bertahan lama sehingga 24 jam.

KEBAIKAN RANI GEL LINER D’HERBS

  • Menjadikan mata anda lebih galak dan menawan
  • Gelnya pekat dan cepat kering
  • Kalis air dan tidak mudah comot
  • Tidak melekit
  • Mudah untuk dibersihkan
  • Mampu bertahan sehingga 24 jam

KANDUNGAN RANI GEL LINER D’HERBS

  • Hydrogenated Castor Oil: Minyak yang diesktrak dari buah jarak ini sering digunakan di dalam produk kecantikan serta berupaya menjadikan bulu mata anda lebih lebat dan sihat.
  • Zaitun (Olea Europaea): Di samping baik untuk kecantikan kulit dan rambut, minyak zaitun juga kaya dengan vitamin dan zat galian yang dapat melebatkan bulu mata anda.
  • Aluminium Starch Octenylsuccinate: Ramuan ini merupakan karbohidrat kompleks yang terhasil daripada tumbuhan dan bertindak menggalakkan fungsi SPF untuk melindungi sel kulit anda daripada kerosakan akibat sinaran ultraungu (UV).
  • Biji Bunga Matahari (Helianthus Annuus): Minyak yang diekstrak daripada biji bunga matahari kaya dengan kebaikan vitamin B7 yang dapat membantu anda memiliki bulu mata yang lebih lebat dan subur.
  • Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa dapat membantu menyuburkan bulu mata seterusnya menjadikan mata anda tampil lebih galak dan menawan.
  • Ascorbyl Palmitate: Sebatian organik ini merupakan sejenis asid askorbik yang kaya dengan kandungan vitamin C serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Microcrystalline Wax: Sebatian yang terhasil melalui penapisan petrolatum ini bukan sahaja mampu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit pada kelopak mata, malah turut berupaya mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus seterusnya membantu menyerlahkan keremajaan kulit anda.
  • Hydrolyzed Candelilla Wax: Lilin Candelilla yang terhasil daripada semak Candelilla ini bertindak melebatkan bulu mata anda.
  • Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate atau turut dikenali sebagai vitamin E acetate berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas di samping membantu melebatkan bulu mata anda.
  • Butyl Hydroxytoluene (BHT): BHT adalah sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus menentang kerosakan dan penuaan sel tubuh anda.
  • Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Methylparaben: Methylparaben merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada serangan mikrobiotik seperti kulat dan bakteria.
  • CI 77492: CI 77492 atau yellow iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna kuning lemon ke dalam produk kosmetik.

CARA PENGGUNAAN RANI GEL LINER D’HERBS

  • Lukiskan garisan demi garisan dari bahagian dalam mata sehingga hujung mata. Pada hujung mata, buat garis melentik ke atas dengan kemas untuk memberi kesan tajam dan mata yang cantik.
  • Boleh dilukis pada garisan dalam mata pada bahagian bawah untuk menampakkan mata yang lebih besar dan galak.

Additional information

Weight 0.055 kg