Sale!

Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy

RM 365.00 RM 265.00

Product Description

RANGKAIAN HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY

Rangkaian Herbanika Bersalin merupakan persediaan herba yang dirumus khusus untuk merawat dan memulihkan ibu dalam pantang di samping membantu mengembalikan tenaga dan tahap kesihatan yang optima. Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal mahupun pembedahan.

Rangkaian Herbanika Bersalin dilengkapi dengan:

  • Phytonatal
  • Krim Herbanika Barut
  • Herbanika Lulur
  • Minyak Herbanika
  • Uncang Cuci Herbanika
  • Akar Herbanika

Produk-produk di dalam Rangkaian Herbanika Bersalin diformulasikan daripada gabungan herba tradisional seperti Misai Kucing, ketapang, biji ketumbar, cengkih, halba, cekur dan cendana yang telah digunakan sejak zaman nenek-moyang kita lagi. Ia ternyata dengan khasiat kerana telah terbukti keupayaannya untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan.

Ibu yang bersalin secara normal mahupun pembedahan juga dapat memperoleh khasiatnya kerana rumusan herba di dalam Rangkaian Herbanika Bersalin mampu mengembalikan tenaga dan keanggunan ibu bersalin serta menguatkan kembali otot-otot yang lemah setelah melahirkan anak. Di samping itu, kesihatan dalaman ibu dalam pantang juga turut terpelihara kerana produk di dalam set ini berupaya mengecutkan dan menguatkan bahagian rahim, mengatasi kelesuan serta masalah angin dalam badan seterusnya membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan ibu dalam pantang.

KEBAIKAN RANGKAIAN HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY

  • Mengembalikan tenaga ibu bersalin
  • Menguatkan otot-otot tubuh yang lemah
  • Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman
  • Mengecutkan rahim bagi ibu bersalin
  • Membantu melegakan ketegangan otot dan penyakit sendi
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Mencuci rahim, lendir dan darah kotor bagi ibu bersalin
  • Mengawal pendarahan yang berlebihan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menyingkirkan toksin
  • Menyegarkan tubuh badan
  • Membantu menyingkirkan darah nifas dan kotoran dari rahim
  • Mengembalikan ketegangan kulit yang kendur terutamanya pada bahagian perut
  • Mengempiskan perut yang buncit
  • Mengatasi tekanan darah tinggi, sembelit, kelesuan dan migrain
  • Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit

KANDUNGAN RANGKAIAN HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY

Phytonatal:

  • Likuoris (Glycyrrhiza Glabra): Likuoris telah diamalkan dalam perubatan tradisional di Timur Tengah sejak 4000 tahun lalu serta diyakini mampu mengatasi masalah pencernaan dan tekanan darah tinggi. Ia turut berupaya mengurangkan jisim lemak dan membantu mengawal paras gula dalam darah selain mengandungi asid glycyrrhetinic atau enoxolone yang bersifat antibakteria serta berperanan mengatasi kelesuan tubuh badan, penyakit kencing manis serta radang.
  • Daun Senna (Cassia Angustifolia) (Sanaa’): Daun Senna yang turut dipanggil daun jati Cina ini banyak terdapat di negara India dan China. Selain sering menjadi tanaman hiasan, daun Senna juga berperanan mengatasi sembelit dan masalah kulit serta menggalakkan pertumbuhan semula sel tubuh. Daun Senna juga ternyata berkesan untuk mengawal berat badan, di mana ia berupaya memelihara sistem pencernaan serta berfungsi sebagai julap secara semulajadi.
  • Halia (Zingiber Officinale): Di samping berupaya mengatasi masalah pencernaan, halia yang bersifat anti-radang ini berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, membantu membuang angin dalam badan serta meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak dan kalori bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Biji Ketumbar (Coriandrum Sativum): Biji ketumbar sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan manusia. Ia berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan, menstabilkan paras kolesterol dan kandungan gula dalam darah, dan memelihara sistem pencernaan.
    Jintan Manis (Pimpinella Anisum): Turut digelar anise, jintan manis yang bersifat diuretik ini mampu melancarkan proses perkumuhan di samping membantu meredakan masalah angin dalam badan dan perut kembung.

Krim Herbanika Barut:

  • Beras (Oryza Sativa): Beras bukan hanya menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia, malah mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkirkan sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit anda agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.
  • Buah Pala (Myristica Fragrans): Buah Pala berkesan untuk meredakan kesakitan pada perut, melancarkan saluran pencernaan, mengatasi masalah tidur, dan merawat kulit yang berjerawat.
  • Serai (Cymbopogon Citratus): Serai bersifat antioksidan, antikulat dan antibakteria yang berupaya mencegah jangkitan mikroorganisme selain membantu merawat luka. Selain itu, serai juga berperanan merawat ketegangan otot dan penyakit sendi di samping membantu menstabilkan tekanan darah dan menyingkirkan toksin sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman Serai juga berupaya mengatasi masalah kulit berminyak serta membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
  • Beras Pulut (Oryza Glutinosa): Beras pulut telah diperakui sejak zaman dahulu akan khasiatnya untuk mencantikkan kulit. Ia berupaya menanggalkan kotoran dan sel kulit mati serta memelihara kehalusan kulit, mengurangkan kesan parut di samping mencerahkan kulit.
  • Halba (Trigonella Foenum-Graecum): Halba yang dikenali sebagai Fenugreek ini mampu mengurangkan paras kolestrol yang tinggi serta meningkatkan tahap kolestrol baik atau HDL, di samping meredakan penyakit sendi dan jantung, membantu melindungi organ hati daripada jangkitan serta melancarkan sistem pencernaan. Ramuan yang kaya dengan serat ini turut berupaya menstabilkan paras gula dalam darah, membuang angin dalam badan, mengawal selera makan, melancarkan proses penghadaman serta meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Lilin Lebah (Beeswax): Beeswax atau cera alba merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Alkohol Cetosteryl: Sebatian ini merupakan gabungan asid lemak terhidrogenasi serta berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam produk penjagaan diri.
  • Paraffin: Paraffin merupakan bahan yang terhasil daripada petroleum dan berupaya mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu menjadikannya lebih berseri.
  • Span 60 (Sorbitan Stearate): Sebatian yang terhasil daripada asid stearik dan sorbitan ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam produk penjagaan diri.
  • Benzophenone-3: Bahan organik ini berupaya melindungi kulit daripada sinaran matahari dan radiasi ultraungu (UV) seterusnya mencegah proses penuaan dan kanser kulit di samping membantu mengekalkan tahap kelembapan kulit anda.

Herbanika Lulur:

  • Cekur (Kaempferia Galanga): Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diamalkan ibu dalam pantang.
  • Halia (Zingiber Cassumunar): Lebih dikenali sebagai Plai di Thailand, tumbuhan dari spesis halia ini berupaya melegakan kesakitan dan turut berfungsi sebagai anti-radang. Ia juga mengandungi Cassumunarin yang merupakan agen anti-oksidan yang berkesan untuk menentang toksin dan radikal bebas selain berperanan sebagai anti-virus, antiseptik dan anti-bakteria. Selain itu, Plai juga berupaya menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit.
  • Cendana (Santalum Album): Ekstrak dari pohon cendana atau sandalwood yang sering digunakan dalam aromaterapi ini mempunyai sifat antibiotik yang berperanan membasmi pembiakan mikroorganisme seperti kuman dan bakteria bagi melindungi kulit daripada kerosakan dan jangkitan penyakit, di samping membantu memulihkan luka, mengawal penghasilan jerawat serta memelihara kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Temu Giring (Curcuma Heyneana): Temu giring yang merupakan salah satu daripada keluarga kunyit sering digunakan dalam rawatan tradisional bagi membantu mengatasi masalah cacing di dalam perut, disentri atau jangkitan pada usus serta masalah bau badan di samping berupaya memelihara kecantikan dan kehalusan kulit.

Minyak Herbanika:

  • Sirih Merah (Piperis Folium): Tumbuhan yang berasal dari Indonesia ini bersifat antioksidan serta kaya dengan vitamin C yang berupaya memperbaiki tekstur kulit serta menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit. Ia juga bersifat antiseptik yang berperanan mempercepatkan pemulihan luka serta menentang dan mengatasi masalah radang.
  • Serai (Andropogon Nardus): Serai dari jenis Andropogon Nardus ini bersifat antioksidan, antikulat dan antibakteria yang berupaya mencegah jangkitan mikroorganisme selain membantu merawat luka. Selain itu, serai juga berperanan merawat sakit kepala, otot dan sendi di samping membantu tekanan darah dan menyingkirkan toksin sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman. Selain menggalakkan fungsi sistem saraf, menyihatkan kulit, serai juga mengandungi sebatian Citral yang membantu mematikan sel kanser dalam tubuh badan.
  • Minyak Kayu Putih (Eucalyptus): Minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.
  • Buah Pala (Myristica Fragrans): Selain membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit, buah pala yang bersifat antioksidan ini diyakini mampu menentang proses penuaan, membuang angin dalam badan, mengatasi penyakit sendi, meredakan kesakitan di samping menstabilkan tekanan darah, memelihara sistem saraf serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan bagi meningkatkan tahap kesihatan.
  • Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan kulit yang kasar dan kering serta mampu melembap dan menyerikan lagi kulit. Selain itu, masalah yang berkaitan dengan kulit seperti kulit sensitif, jerawat mahupun luka dan calar pada kulit juga dapat diatasi dengan menggunakan minyak kelapa.

Uncang Cuci Herbanika:

  • Cabai Jawa (Piper Longum): Selain berupaya melancarkan proses penghadaman, herba yang turut dipanggil pippali ini turut digunakan dalam rawatan tradisional India atau Ayurveda bagi membantu membuang angin dalam badan, merawat pedih ulu hati, ketegangan otot, senggugut dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu memulihkan ibu bersalin.
  • Bunga Tanjung (Mimusops Elengi): Di samping membantu merawat ruam dan luka, tumbuhan yang bersifat astringen ini juga berupaya mengecutkan bahagian rahim wanita, menegangkan kulit serta mendingin dan menyegarkan kulit anda.
  • Asam Jawa (Tamarindus Indica): Asam Jawa yang kaya dengan kandungan vitamin B dan kalsium ini berupaya membantu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti masalah pernafasan, demam dan penyakit kulit di samping mempercepatkan pemulihan luka dan mengatasi perut kembung. Selain itu, Asam Jawa turut berfungsi mengurangkan sakit sendi dan radang, di samping membantu mengukuhkan tulang dan otot.
  • Limau Purut (Citrus Hystrix): Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksida dan membantu mengekalkan kelembapan kulit selain berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga mampu mempercepatkan pemulihan luka di samping melancarkan peredaran darah sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman. Limau purut juga dapat melancarkan peredaran darah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit anda.
  • Inai (Lawsonia Inermis): Selain bertindak sebagai bahan pewarna untuk rambut dan jari, inai mampu menyembuhkan luka dan kudis, mengatasi penyakit kulit serta bersifat astringen yang berupaya mengawal pendarahan atau haid yang berlebihan dan merawat keputihan. Daun inai turut baik untuk kulit di mana ia berupaya menentang jangkitan bakteria, merawat radang serta membantu menyegarkan kulit.

Akar Herbanika:

  • Sirih (Piper Betle): Sirih mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia terutamanya wanita. Daun sirih bersifat antiseptik dan mampu menentang jangkitan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria di samping mempercepatkan pemulihan luka, merawat masalah jerawat dan kegatalan.
  • Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza): Berasal daripada keluarga halia, Temulawak berperanan menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal kadar metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, sakit kepala, sembelit dan juga menambah selera makan. Temulawak juga berfungsi menguatkan sendi, menurunkan berat badan dan membuang angin di samping menyegarkan lagi tubuh badan.
  • Misai Kucing (Orthosiphon Aristatus): Di samping membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh badan dan mengurangkan tahap kolestrol dalam darah, Misai Kucing yang tinggi sumber vitamin A, flavonoid dan phenol serta antioksidan ini juga berupaya menggalakkan kesuburan, meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit serta membantu mengatasi masalah diabetes, radang gout dan batu karang.
  • Ketapang (Terminalia Catappa): Selain berupaya memelihara kecantikan kulit, tumbuhan ini juga mampu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman di samping membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan seperti penyakit sendi, lelah, sakit kepala, cirit-birit serta tekanan darah tinggi.
  • Halia (Zingiber Officinale): Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan proses pencernaan, memelihara sistem saraf di samping mengatasi masalah bau badan. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.

CARA PENGGUNAAN RANGKAIAN HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY

Phytonatal Nona Roguy:

  • Ambil 2 hingga 4 biji tablet dalam sehari.
  • Boleh diambil pada bila-bila masa.
  • Amalkan meminum air kosong, senaman dan diet pemakanan yang seimbang bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
  • Jauhkan dari kanak-kanak.
  • Simpan di tempat yang dingin dan kering.

Krim Herbanika Barut:

  • Gunakan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
  • Ambil 2 inci Krim Herbanika Barut dan sapukan pada bahagian yang dikehendaki seperti perut dan pinggang.
  • Jauhkan dari kanak-kanak.
  • Simpan di tempat yang dingin dan kering.

Herbanika Lulur:

  • Bancuh ½ sudu besar Herbanika Lulur bersama air suam.
  • Gosokkan pada bahagian tubuh seperti kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang badan.
  • Biarkan seketika sehingga ia meresap ke dalam lapisan kulit.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Gunakan 2 hingga 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
  • Simpan produk ini di tempat yang dingin dan kering.
  • Jauhkan dari kanak-kanak.

Minyak Herbanika:

  • Gunakan beberapa titis Minyak Herbanika dan sapukan pada bahagian yang dikehendaki seperti perut, pinggang dan belakang tubuh.
    Boleh digunakan pada bila-bila masa.

Uncang Cuci Herbanika:

  • Rendamkan 1 hingga 2 uncang produk ini ke dalam sebuah bekas berisi ½ liter air panas.
  • Biarkan seketika sehingga ia berwarna kekuningan.
  • Masukkan sedikit air paip sehingga menjadi suam.
  • Boleh digunakan untuk mencuci bahagian intim atau bahagian tubuh yang dikehendaki seperti luka dan penyakit kulit.
  • Amalkan 2 hingga 3 kali sehari pada waktu pagi, petang mahupun malam.
  • Untuk kegunaan luar sahaja.

Akar Herbanika:

  • Bancuh 1 uncang Akar Herbanika bersama secawan air panas.
  • Boleh dicampur bersama madu lebah untuk rasa yang lebih enak.
  • Ambil 2 hingga 3 kali sehari pada waktu pagi, petang mahupun malam bagi meningkatkan tahap kesihatan.
  • Sesuai untuk seisi keluarga.