Sale!

Puteh Skincare Yasmin Beauty

RM 68.90 RM 60.00

Product Description

PUTEH SKINCARE YUSMIN BEAUTY

Puteh Skincare dilengkapi Rice Milk Cleanser, Rice Rose Toner, Flawless Day Cream dan Flawless Night Repair yang diperkaya dengan ramuan semulajadi seperti mutiara, argan dan beeswax bagi membantu memelihara keanggunan dan keremajaan wajah.

  • Rice Milk Cleanser,
  • Rice Rose Toner,
  • Flawless Day Cream,
  • Flawless Night Repair

KHASIAT PUTEH SKINCARE YUSMIN BEAUTY

  • Meningkatkan kecerahan kulit wajah
  • Membantu mengatasi masalah pigmentasi, jerawat, jeragat dan parut jerawat
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Membantu mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Menghaluskan kulit
  • Menyerlahkan keremajaan wajah

KANDUNGAN PUTEH SKINCARE YUSMIN BEAUTY

  • Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan.
  • Cera Alba (Beeswax): Beeswax merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Minyak Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
  • Vitamin E: Pengambilan vitamin E yang konsisten menghasilkan tekstur kulit yang cantik dan berseri. Ia juga merupakan agen anti-oksida yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • Susu: Susu lembu sememangnya kaya dengan kalsium yang membantu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat, mengurangkan risiko serangan kanser serta mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit. Susu turut berupaya memperbaiki tona kulit agar lebih sekata, mengecilkan liang pori, mempercepatkan pemulihan luka, menyingkir sel kulit mati di samping membantu mengurangkan kesan alahan, kedutan dan garis-garis halus seterusnya menyerlahkan kejelitaan kulit.
  • Beras: Beras bukan hanya menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia, malah mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkir sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.
  • Mawar: Bunga mawar sememangnya berkesan untuk menyegarkan tubuh badan di samping menyerlahkan seri kulit dimana ia membantu mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Di samping itu, bunga mawar turut berperanan mengatasi kerosakan dan mengekalkan kesihatan rambut di samping meredakan tekanan.

CARA PENGGUNAAN PUTEH SKINCARE YUSMIN BEAUTY

  • Cuci wajah dengan Rice Milk Facial Cleanser setiap pagi dan malam
  • Setelah wajah dilap kering, sapukan Rice Rose Toner pada seluruh wajah
  • Bagi waktu siang: sapu dan ratakan Flawless Day Cream pada wajah
  • Bagi waktu malam: sapu dan ratakan Flawless Night Repair pada wajah
  • Disyorkan menggunakan BB Cream Yasmin Beauty setiap pagi setelah menggunakan Flawless Day Cream

Incoming search terms:

  • yasmin beauty skin care
  • amira beauty skin care
  • yasmin skincare
  • produk yasmin beauty
  • yasmin beauty skincare
  • yasmin beauty puteh skincare
SKU: YBY 003 Categories: , ,