Sale!

Puteh Centa Hand & Body Whitening Lotion Yasmin Beauty

RM 39.90 RM 33.00

Product Description

PUTEH CENTA HAND & BODY WHITENING LOTION YASMIN BEAUTY

Puteh Centa Hand & Body Whitening Lotion diformulasi secara khusus bagi meningkatkan kecerahan kulit anda di samping membantu anda memiliki kulit yang lebih halus dan bermaya.

Kandungan: 50 ml

KHASIAT PUTEH CENTA HAND & BODY WHITENING LOTION YASMIN BEAUTY

  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
  • Membantu mencegah kerosakan sel kulit akibat pancaran radiasi UV dan serangan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat
  • Mengurangkan kesan parut, garis-garis halus dan kedutan
  • Mengawal kadar minyak pada permukaan kulit

KANDUNGAN PUTEH CENTA HAND & BODY WHITENING LOTION YASMIN BEAUTY

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
  • Steareth-21: Sebatian yang terhasil dari asid stearik ini sering terkandung di dalam produk penjagaan diri seperti krim dan losyen serta berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan dan menggalakkan fungsi setiap ramuan di dalam sesebuah produk.
  • Steareth-2: Sebatian yang terhasil dari asid stearik ini sering terkandung di dalam produk penjagaan diri seperti krim dan losyen serta berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan dan menggalakkan fungsi setiap ramuan di dalam sesebuah produk. Apa yang membezakannya dengan Steareth-21 adalah jumlah unit ethylene oksida yang dibancuh bersama stearyl.
  • Glyceryl Stearate: Glyceryl Stearate yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan ini berperanan sebagai bahan pengemulsi produk kosmetik dan penjagaan diri seperti losyen, krim dan minyak sapu, di samping membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • PEG-100: Sebatian yang terhasil daripada minyak asli sama ada dari sumber kelapa atau kelapa sawit ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam sesebuah produk seterusnya membantu menggalakkan fungsi ramuan tersebut, di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
  • Isopropyl Myristate: Sebatian ini merupakan minyak sintetik yang berfungsi sebagai bahan pengemulsi di samping membantu menentang pembiakan bakteria.
  • C12-15 Alkyl Benzoate: Sebatian ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam sesebuah produk seterusnya membantu menggalakkan fungsi ramuan tersebut, di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
  • Cera Alba: Cera alba atau beeswax merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Hydrogenated Polyisobutene: Hydrogenated Polyisobutene adalah sejenis minyak sintetik yang berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping menggalakkan fungsi ramuan yang melindungi kulit daripada sinaran matahari.
  • Akar Poterium Officinale: Juga dipanggil Great Burnet atau Di Yu, tumbuhan berbunga ini tinggi kandungan antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas bagi membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Tumbuhan ini juga mampu mengatasi masalah kulit seperti kegatalan dan luka di samping membasmi kulat bagi mencegah serangan penyakit.
  • Scutellaria Baicalensis: Bunga yang juga dipanggil Chinese Skullcap sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina bagi membantu mengatasi masalah kulit. Ia kaya dengan sumber flavonoid, wogonin dan baicalein yang tinggi kandungan antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan kulit serta mencegah serangan penyakit atau kanser kulit.
  • Glycyrrhiza Glabra (Likuoris): Turut dikenali dengan nama Akar Manis, ia berupaya mengatasi masalah kulit seperti eczema dan kegatalan di samping membantu merawat dan mencegah kerosakan kulit akibat serangan jangkitan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria.
  • Hydrolyzed Soy Protein: Biji kacang soya yang telah melalui proses hidrolisis ini diperakui mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan kulit kita. Ia lengkap dengan sumber protein dan asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit. Kacang soya juga berperanan menghapuskan sel kulit mati di samping melembap, meremaja dan mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit kita. Tumbuhan yang berkhasiat tinggi ini juga berupaya mengurangkan garis-garis halus pada kulit, memudarkan tanda-tanda penuaan, serta melindungi kerosakan kulit berikutan sinar ultraviolet.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit agar kulit tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, ia turut berupaya membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit seperti kegatalan dan kulit kering, memudarkan kesan parut serta mengekalkan kelembapan kulit.

CARA PENGGUNAAN PUTEH CENTA HAND & BODY WHITENING LOTION YASMIN BEAUTY

  • Sapukan 2 kali sehari terutamanya pada bahagian tangan dan kaki

 

SKU: YBY 002 Categories: , ,