Sale!

Premium Whitening Lotion Jamu Jelita

RM 27.90 RM 21.00

Product Description

PREMIUM WHITENING LOTION JAMU JELITA

Premium Whitening Lotion keluaran Jamu Jelita diperkaya dengan kebaikan protein soya, kolagen, Aloe Vera dan minyak zaitun yag dapat membantu mencerahkan kulit tubuh badan anda di samping mengekalkan kelembapan dan dan keremajaan kulit dengan berkesan.Percuma Pearl White Gel Mandian (40ml) dengan setiap pek pembelian.

Kandungan:

  • Premium Whitening Lotion (150 ml)
  • Pearl White Gel Mandian (40 ml)

KEBAIKAN PREMIUM WHITENING LOTION JAMU JELITA

  • Meningkatkan kecerahan kulit tubuh secara berperingkat
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Membantu mengatasi masalah kulit kering dan merekah
  • Mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Memudarkan kesan pigmentasi dan tompok-tompok hitam
  • Memudarkan kesan parut dan bekas jerawat pada tubuh badan
  • Membantu mencegah masalah radang
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit
  • Memelihara tisu kulit
  • Membantu mengurangkan kesan cela pada permukaan kulit tubuh
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraviolet (UV)
  • Membantu melambatkan proses penuaan kulit
  • Sesuai untuk digunakan pada seluruh tubuh badan

KANDUNGAN PREMIUM WHITENING LOTION JAMU JELITA

  • Lilin Lebah (Beeswax): Beeswax atau cera alba merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Niacinamide (Vitamin B3): Niacinamide merupakan sebatian yang mengandungi fungsi antioksidan yang meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit di samping membantu menentang radang.
  • Zaitun: Minyak zaitun tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan kulit akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.
  • Soy Protein: Biji kacang soya yang telah melalui proses hidrolisis ini diperakui mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan kulit kita. Ia lengkap dengan sumber protein dan asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit. Kacang soya juga berperanan menghapuskan sel kulit mati di samping melembap, meremaja dan mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit kita. Tumbuhan yang berkhasiat tinggi ini juga berupaya mengurangkan garis-garis halus pada kulit, memudarkan tanda-tanda penuaan, serta melindungi kerosakan kulit berikutan sinar ultraviolet.
  • Biji Bunga Matahari: Biji bunga matahari tinggi kandungan vitamin A, C, D dan E yang berupaya merawat masalah jerawat, kegatalan dan ekzema di samping melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran mahupun sinaran UV seterusnya melambatkan proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, menanggalkan sel kulit mati, serta menyingkirkan cela pada kulit agar kulit tubuh anda tampil lebih halus dan bermaya.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta meningkatkan kelembapan kulit. Aloe vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Glutathione: Glutathione atau gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, gliserin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Likuoris: Tumbuhan ini tinggi kandungan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Di samping berupaya mengatasi masalah kulit dan radang, likuoris juga mampu memudarkan bintik-bintik hitam, parut dan kesan cela serta membantu meningkatkan kecerahan kulit.
  • Kolagen: Kolagen merupakan sejenis protein yang berkesan untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan sel kulit di samping bertindak membina sel kulit yang lebih sihat. Ia juga berperanan menggalakkan pemulihan luka, mengurangkan kesan kedutan, parut dan garis-garis halus serta melambatkan proses penuaan kulit.

CARA PENGGUNAAN PREMIUM WHITENING LOTION JAMU JELITA

  • Sapu dan ratakan Premium Whitening Lotion pada bahagian badan yang diingini.
  • Amalkan 2-3 kali sehari setiap kali selepas mandi untuk hasil yang terbaik.

 

SKU: JJT 043 Categories: , ,