Sale!

Pearl Whitening Magic Foundation Jamu Jelita

RM 26.90 RM 20.00

Product Description

PEARL WHITENING MAGIC FOUNDATION JAMU JELITA

Pearl Whitening Magic Foundation dirumus dengan ramuan terpilih dan bermutu tinggi seperti mutiara, kolagen, minyak kelapa dara serta vitamin C dan E yang berupaya memelihara kehalusan dan keremajaan kulit di samping membantu memberikan kulit wajah anda perlindungan daripada kerosakan akibat sinaran UV.

Kandungan: 5 gm

KEBAIKAN PEARL WHITENING MAGIC FOUNDATION JAMU JELITA

  • Menaikkan seri wajah anda
  • Mengatasi masalah tona kulit wajah yang tidak sekata
  • Meningkatkan kecerahan kulit wajah tanpa pengelupasan
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Menutup kesan cela pada kulit seperti jeragat, jerawat, parut dan bintik-bintik hitam
  • Mengecilkan liang pori
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan pancaran cahaya matahari
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit wajah
  • Membantu mengatasi masalah kulit kering dan berminyak
  • Membantu menganjal dan menegangkan kulit
  • Membantu menyerlahkan keremajaan kulit wajah
  • Bertindak sebagai bedak asas sebelum memakai mekap
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

KANDUNGAN PEARL WHITENING MAGIC FOUNDATION JAMU JELITA

  • Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral yang berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.
  • Polydecene: Bahan polimer sintetik ini berupaya menjadi bahan pelembap bagi kulit bagi mengatasi masalah kulit kering.
  • Petrolatum: Petrolatum merupakan campuran hidrokarbon petroleum yang telah ditapis. Selain berupaya melembap dan menghaluskan kulit bagi mengatasi masalah kulit kasar dan kering, ia juga mampu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus seterusnya menyerlahkan keremajaan kulit anda.
  • Caprylic/Capric Triglyceride: Gabungan triester yang terhasil daripada asid lemak minyak kelapa dan glycerin ini mampu menyerap ke dalam lapisan kulit sekaligus berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya mencegah kerosakan sel di samping membantu menggalakkan fungsi vitamin, pigmen, dan bahan aktif lain di dalam sesuatu produk.
  • Cera Alba: Cera alba atau beeswax merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Titanium Dioxide: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Ethylhexyl Methoxycinnamate: Sebatian yang turut dipanggil Octyl Methoxycinnamate ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV selain mengurangkan kemunculan parut pada kulit.
  • Paraffin: Paraffin atau minyak putih yang terhasil daripada proses penyulingan petroleum ini berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus dan memulihkan luka pada kulit.
  • Zinc Oxide: Zinc oxide merupakan sejenis sebatian bukan organik yang berupaya mengatasi masalah kulit seperti kegatalan dan luka di samping melindungi kulit daripada penuaan awal dan kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mengurangkan risiko serangan kanser kulit.
  • Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada sinaran UV yang boleh mengakibatkan kerosakan, penuaan dan serangan kanser kulit. Selain itu, mutiara juga dapat membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
  • Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil gluta ini berperanan sebagai agen antioksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti mampu mengatasi masalah kulit yang kemerahan, bersisik dan kering di samping membantu mempercepatkan pemulihan luka. Di samping itu, gluta turut berupaya menyingkirkan toksin dan meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang proses penuaan dan kerosakan sel.
  • Kolagen: Kolagen merupakan sejenis protein yang berkesan untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan sel kulit di samping bertindak membina sel kulit yang lebih sihat. Ia juga berperanan menggalakkan pemulihan luka, mengurangkan kesan kedutan, parut dan garis-garis halus serta melambatkan proses penuaan kulit.
  • Minyak Kelapa Dara (Cocos Nucifera): Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk menghalus dan melembapkan kulit serta melindungi kulit daripada kerosakan dan proses penuaan yang disebabkan oleh pancaran radiasi ultraungu (UV).
  • Argan (Argania Spinosa): Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
  • Ascorbyl Methylsilanol Pectinate:Di samping berperanan sebagai pengemulsi bagi melarutkan kandungan produk ini, sebatian yang terhasil daripada pectin dan asid askorbik atau vitamin C ini kaya dengan kandungan antioksidan yang berkesan untuk melambatkan proses penuaan kulit.
  • Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegarkan
  • CI 77492: CI 77492 atau yellow iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna kuning lemon ke dalam produk kosmetik.
  • CI 15985: Sebatian yang turut dipanggil Sunset Yellow FCF ini merupakan pewarna kuning azo sintetik dan sering digunakan di dalam produk penjagaan diri seperti sabun, losyen dan krim.

CARA PENGGUNAAN PEARL WHITENING MAGIC FOUNDATION JAMU JELITA

  • Cuci wajah sehingga bersih.
  • Sapu dan ratakan Pearl Whitening Magic Foundation pada permukaan kulit wajah.

Incoming search terms:

  • magic foundation jamu jelita
  • jamu jelita foundation
  • jamu jelita magic foundation
  • pearl whitening magic foundation
  • pearl white magic foundation
  • harga foundation jamu jelita
  • kebaikan pearl whitening magic foundation jamu jelita
  • set jamu jelita bedak dan foundation
  • sunblock jamu jelita
  • manfaat krim foundation jamu jelita

Additional information

Weight 0.080 kg
SKU: JJT 036 Categories: , ,