Sale!

Pearl White Gel Mandian Jamu Jelita

RM 16.90 RM 12.00

Clear

Product Description

PEARL WHITE GEL MANDIAN JAMU JELITA

Pearl White Gel Mandian merupakan sabun mandian yang menggabungkan kebaikan susu kambing bersama kolagen, glutathione serta bengkoang atau sengkuang yang kaya dengan khasiat untuk kecantikan kulit. Amalkan setiap hari bagi memiliki kulit tubuh yang lebih segar, gebu dan mulus.

Pearl White Gel Mandian hadir dalam 2 pilihan:

  • Vita Protect (Untuk kulit berjerawat dan berminyak)
  • Active Fresh (Untuk kulit normal dan kering)

Kandungan: 220 ml

KEBAIKAN PEARL WHITE GEL MANDIAN JAMU JELITA

  • Memelihara kecantikan dan keremajaan kulit
  • Membantu menyegarkan lagi tubuh badan
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit tubuh anda
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan sinaran UV
  • Membantu mengatasi masalah bau badan
  • Mengatasi masalah kulit berminyak, berjerawat dan kusam
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus

KANDUNGAN PEARL WHITE GEL MANDIAN JAMU JELITA

  • Air (Aqua): Air berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Potassium Laurate: Potassium laurate bertindak sebagai bahan pengemulsi yang membantu melarutkan kandungan di dalam produk ini.
  • Potassium Myristate: Potassium myristate sering digunakan di dalam produk pejagaan diri sebagai bahan pengemulsi yang berperanan melarutkan kandungan di dalam produk ini.
  • Gliserin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Ethylene Glycol: Ethylene glycol berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada kerosakan akibat jangkitan bakteria.
  • Sodium Laureth Sulphate: Sebatian ini yang terhasil dari buah kelapa ini merupakan agen pembuih yang sering digunakan di dalam produk penjagaan diri seperti sabun dan syampu.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegar serta mengharumkan anda.
  • Hydroxypropyl Methylcellulose: Sebatian ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi melarutkan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan keberkesanan produk ini.
  • Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan kulit.
  • Imidazolidinyl Urea: Imidazolidinyl Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.
  • Menthol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya memelihara kelembapan kulit serta menyejuk dan menyegarkan kulit.
  • Kolagen Larut Air: Kolagen larut air mengandungi asid amino yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit, selain membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  • Susu Kambing: Selain mengandungi asid alpha hidroksi yang berupaya menyingkirkan sel kulit mati, susu kambing turut kaya dengan kandungan vitamin A yang berupaya memulihkan sel kulit yang rosak, menyerlahkan keremajaan kulit, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus, membantu mencegah jerawat serta mengatasi masalah kegatalan. Susu kambing juga mengandungi selenium yang berupaya mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan terhadap cahaya matahari sekaligus membantu mengurangkan risiko kanser kulit.
  • Bengkoang: Bengkoang atau sengkuang mengandungi vitamin B1 dan C yang berperanan melembap, menegang, mencerah serta menghaluskan kulit, selain menghapuskan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan kedutan pada kulit.
  • Glutathione: Glutathione atau gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, gliserin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
  • Butyl Hydroxytoluene (BHT): BHT adalah sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan kulit.

CARA PENGGUNAAN PEARL WHITE GEL MANDIAN JAMU JELITA

  • Picit ke tapak tangan dan ratakan pada badan yang basah sehingga berbuih.
  • Biarkan seketika dan bilas.
  • Untuk hasil terbaik, gunakan bersama span mandian.

Incoming search terms:

  • gel mandian jamu jelita
  • berkesan ke gel mandian pearl white
  • pearl white gel mandian jamu jelita

Additional information

Jenis

Active Fresh, Vita Protect

SKU: JJT 031 Categories: ,