Sale!

Pawago Lacto Colostrum Vida Beauty

RM 198.00 RM 170.00

Product Description

PAWAGO LACTO COLOSTRUM VIDA BEAUTY

Pawago Lacto Colostrum mengandungi kolostrum yang dihasilkan di New Zealand serta kaya dengan khasiat yang tiada tandingan. Selain membantu melindungi tubuh anda daripada jangkitan penyakit, ia juga berupaya meningkatkan tahap kecergasan jasmani serta melambatkan proses penuaan sekaligus membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda secara menyeluruh.

Kandungan: 450 g

Bendalir mirip susu yang terhasil sebelum mamalia melahirkan anak sehinggalah pada saat awal bayi dilahirkan. Ia terbukti kaya dengan khasiat untuk membantu memelihara kesihatan anda pada tahap yang optima. Di samping mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral, kolostrum turut kaya dengan agen antibodi seperti lactoperoxidase yang bertindak mencegah jangkitan kuman seterusnya membantu melindungi tubuh badan daripada serangan penyakit.

Kolostrum juga terkenal dengan keupayaannya untuk melambatkan proses penuaan, mempercepatkan pemulihan luka, memelihara sistem saraf serta membantu mengurangkan risiko serangan kanser mahupun strok. Bukan itu sahaja, malah ia turut mengandungi IGF-1 dan IGF-2 yang merupakan sejenis protein yang bertindak menggalakkan pertumbuhan sel tubuh serta jisim otot seterusnya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh badan.

Kolostrum turut mengandungi nucleosides serta bakteria baik iaitu lactobacillus acidophilus yang memainkan peranan penting di dalam sistem imunisasi manusia di samping berupaya memelihara sistem penghadaman.

Khasiat kolostrum juga tidak terhad untuk kesihatan tubuh badan, malah ia juga berkesan untuk memelihara kecantikan kulit dari dalam. Kandungan oligosakarida di dalam kolostrum bertindak mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus seterusnya mengembalikan kecantikan dan keremajaan kulit anda.

KHASIAT PAWAGO LACTO COLOSTRUM VIDA BEAUTY

  • Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit
  • Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
  • Menjana kadar metabolisme tubuh yang berperanan menukar makanan kepada tenaga
  • Mencegah dan melambatkan proses penuaan
  • Merangsang pertumbuhan sel tubuh
  • Membantu mencegah penyakit osteoporosis
  • Memelihara kecantikan dan keremajaan kulit
  • Meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu mengurangkan risiko serangan kanser mahupun strok
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Membantu menurunkan paras kolestrol
  • Memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada darah, saluran darah dan jantung
  • Baik untuk merawat masalah alahan, radang, lelah, migrain mahupun diabetes
  • Sesuai untuk semua peringkat umur

KANDUNGAN PAWAGO LACTO COLOSTRUM VIDA BEAUTY

  • Kolostrum: Kolostrum merupakan susu yang terhasil sebelum mamalia seperti lembu mahupun kambing melahirkan anak sehinggalah saat awal kelahiran bayi. Ia mengandungi kombinasi vitamin dan mineral seperti protein dan vitamin A yang ternyata baik untuk kesihatan serta kaya dengan khasiat antibodi yang mampu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit. Kolostrum juga berupaya merangsang pertumbuhan sel tubuh yang sihat, mempercepatkan pemulihan luka, melambatkan proses penuaan, menstabilkan emosi dan membantu meredakan tekanan di samping membantu merawat radang usus serta membasmi bakteria dan kulat yang membawa penyakit.
  • Susu Lembu: Susu lembu bukan sahaja berupaya mengatasi masalah kesihatan di dalam sistem kardiovaskular yang terdiri daripada darah, saluran darah serta jantung, malah rendah kalori dan kaya dengan kandungan kalsium yang berkesan dalam mencegah osteoporosis dan mengukuhkan otot. Ia juga tinggi kandungan protein yang berupaya menstabilkan struktur sel darah merah sekaligus menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit, selain menstabilkan enzim dan hormon dalam tubuh badan seterusnya menggalakkan pertumbuhan dan pemulihan tisu.
  • Probiotik: Probiotik merupakan sejenis mikroorganisme yang berupaya membekalkan khasiat untuk kesihatan seperti membantu melancarkan proses penghadaman, mengatasi masalah cirit-birit yang disebabkan oleh bakteria serta membantu menguatkan sistem imunisasi seterusnya membantu mencegah penyakit.
  • Proline-Rich Polypeptide (PRP): PRP merupakan sejenis peptide atau rangkaian asid amino yang berperanan penting di dalam sistem imunisasi di mana ia bertindak mencegah jangkitan penyakit di samping membantu mempercepatkan pemulihan luka.

CARA PENGAMBILAN PAWAGO LACTO COLOSTRUM VIDA BEAUTY

  • Kanak-kanak (2-12 tahun): 1 sudu sehari.
  • Dewasa: 1 hingga 2 sudu sehari.
  • Bancuh bersama segelas (200 ml) air suam atau sejuk.
  • Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.
  • Amalkan sehari sekali terutamanya pada waktu pagi untuk tahap kecergasan dan kesihatan yang optima.

Incoming search terms:

  • pawago vida beauty
  • pawago
  • khasiat pawago
  • susu pawago
  • kebaikan pawago
SKU: VBY 009 Categories: ,