Sale!

Pati Ibu Syampu Jamu Jelita

RM 23.90 RM 19.00

Product Description

PATI IBU SYAMPU JAMU JELITA

Pati Ibu Syampu keluaran Jamu Jelita menggabungkan kebaikan kolagen bersama sumber botani seperti gamat, Aloe Vera, daun Neel dan biji betik yang menyimpan 1001 kebaikan untuk kecantikan dan kesihatan rambut. Ia sesuai untuk diamalkan setiap hari bagi bagi mendapatkan rambut yang lebih lebat, halus dan bermaya.

Kandungan: 200 ml

KEBAIKAN PATI IBU SYAMPU JAMU JELITA

  • Menyingkirkan kotoran mahupun minyak pada rambut dan kulit kepala
  • Merawat rambut yang rosak dan bermasalah
  • Memelihara kelembutan dan kecantikan rambut anda
  • Menjadikannya lebih subur dan lebat
  • Membantu mencegah dan mengatasi masalah rambut gugur
  • Menguatkan rambut dari akarnya
  • Merawat masalah kelemumur dan kegatalan
  • Menyerlahkan warna sebenar rambut
  • Mengatasi dan mengurangkan masalah uban
  • Mengatasi masalah rambut bercabang
  • Mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala
  • Memelihara kesegaran rambut dan kulit kepala

KANDUNGAN PATI IBU SYAMPU JAMU JELITA

  • Air (Aqua): Air bukan sahaja baik untuk kesegaran tubuh serta kecantikan kulit, malah turut berperanan penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut anda. Ia bertindak memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.
  • Sodium Laureth Sulfate: Sebatian ini yang terhasil dari buah kelapa ini merupakan agen pembuih yang amat sering digunakan di dalam produk penjagaan diri seperti sabun dan syampu.
  • Cocamidopropyl Betaine: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa ini berfungsi mencuci minyak dan kotoran dari kulit kepala selain membantu mengatasi masalah rambut kering dan kelemumur serta menyerap kelembapan ke dalam struktur rambut dan kulit kepala.
  • Cocamide DEA: Sebatian ini terhasil daripada kombinasi asid lemak dan minyak kelapa bersama diethanolamine serta berfungsi sebagai agen pembuih dan pengemulsi dalam produk mandian seperti syampu dan sabun. Selain itu, Cocamide DEA berupaya menanggalkan kekotoran pada rambut dan kulit kepala di samping membantu menyinar dan melebatkan rambut.
  • Dimethicone: Merupakan sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya menghaluskan rambut dan kulit kepada di samping mengekalkan kelembapan kulit kepala dan rambut anda.
  • Gliserin: Gliserin atau glycerol merupakan sebatian organik yang boleh diperoleh daripada lemak haiwan mahupun sayuran. Ia berfungsi sebagai emolien yang berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut dan kulit kepala.
  • Glycol Stearate: Glycol stearate merupakan sejenis sebatian organik yang bertindak melarutkan kandungan di dalam produk penjagaan diri.
  • Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan rambut dan kulit kepala.
  • Asid Sitrik: Selain bertindak sebagai agen pembersih, asid sitrik juga bersifat antioksidan yang berupaya memperbaharui sel kulit kepala seterusnya merangsang pertumbuhan rambut di samping membantu mencegah pembiakan bakteria bagi memelihara rambut anda.
  • Sodium Klorida: Sodium klorida atau lebih dikenali sebagai garam merupakan bahan bersifat antibakteria dan antikulat membantu menghapuskan bakteria dan kulat di samping mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat pada kulit. Selain itu juga, garam mampu mengatasi masalah kegatalan dan radang kulit, serta berupaya mengawal kulit berminyak.
  • Hydroxypropyl Methylcellulose: Sebatian ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan keberkesanan produk ini.
  • Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride: Bahan yang diperbuat daripada gam guar atau guaran ini membantu mengatasi masalah rambut kusut di samping memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan termasuklan rambut dan kulit kepala. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut serta kulit kepala. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya melebatkan rambut di samping menjadikannya lebih bermaya dan bersinar.
  • Tocopheryl Acetate: Sebatian ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia sering digunakan di dalam produk penjagaan diri termasuk syampu bagi membantu menyuburkan rambut di samping menjadikannya lebih bermaya.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan lagi aroma yang menyegarkan serta mengharumkan rambut anda.
  • Daun Neel (Indigofera Tinctoria): Daun neel telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai bahan pewarna organik bagi menyerlahkan warna rambut di samping membantu mengatasi masalah rambut gugur. Di samping itu, daun neel juga berupaya mengekalkan kelembapan rambut serta merapikannya agar rambut anda lebih mudah untuk diurus.
  • Gamat (Sea Cucumber): Gamat merupakan sejenis haiwan di dasar lautan yang yang sarat dengan khasiat vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat yang tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Ia juga mampu memelihara kesihatan rambut di samping membantu mencegah dan mengatasi masalah rambut gugur.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya membantu mengatasi masalah kegatalan dan kelemumur di samping menyihat dan menyamankan kulit kepala.
  • Menthol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya mengatasi masalah rambut gugur serta memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Imidazolidinyl Urea: Imidazolidinyl Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.
  • CI 19140: Bahan yang turut dipanggil Tartrazine adalah bahan pewarna sintetik yang menambah warna kuning lemon ke dalam sesuatu produk makanan mahupun kosmetik.
  • CI 42090: Bahan pewarna sintetik ini turut dikenali sebagai Brilliant Blue FCF yang menambah warna biru ke dalam produk makanan dan produk penjagaan diri seperti syampu dan sabun.
  • Serbuk Arang: Arang bukan sahaja baik untuk gigi dan kulit, malah berupaya membantu anda memiliki rambut yang lebih lebat di samping mampu mengatasi masalah rambut gugur.
  • Butyrospermum Parkii (Shea Butter): Ramuan ini merupakan lemak yang diekstrak dari biji pokok Shea yang banyak terdapat di Afrika. Ia tinggi kandungan asid lemak yang berupaya memelihara kelembapan kulit kepala mahupun rambut di samping membantu merawat rambut dan kulit kepala yang rosak akibat pencemaran atau faktor-faktor lain.
  • Betik (Carica Papaya): Selain baik untuk kecantikan kulit, betik turut kaya dengan nutrien yang berperanan memelihara kelembutan rambut di samping membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kukuh. Betik juga mampu mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur, serta membantu menyingkirkan kotoran mahupun minyak dengan selamat, di samping menjadikan rambut anda lebih bersinar dan bermaya.

CARA PENGGUNAAN PATI IBU SYAMPU JAMU JELITA

  • Lumurkan Pati Ibu Syampu pada rambut yang basah.
  • Biarkan selama 1-2 minit.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Untuk hasil yang terbaik, amalkan setiap hari bersama Krim Mahkota Rambut Berherba & Kolagen.

Incoming search terms:

  • shampoo jamu jelita
SKU: JJT 028 Categories: , ,