Sale!

NW55 Orange Shape Cream

RM 59.90 RM 51.00

Product Description

NW55 ORANGE SHAPE CREAM

NW55 Orange Shape Cream merupakan krim serbaguna yang diperkaya dengan kebaikan sel stem oren bersama gabungan halia, limau nipis dan serai wangi. Ia sesuai dijadikan sebagai minyak urut pada seluruh tubuh bagi mengatasi masalah angin dalam badan dan perut kembung di samping membantu meredakan penyakit sendi dan ketegangan otot.

Kandungan: 100 gm

Sesuai untuk seisi keluarga terutamanya para ibu selepas bersalin. Ia tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam lapisan kulit.

KEBAIKAN NW55 ORANGE SHAPE CREAM

  • Mengurangkan sakit sendi dan ketegangan otot
  • Melegakan perut kembung dan masalah angin dalam badan
  • Mengurangkan masalah radang dan penyakit sendi
  • Melancarkan kitaran haid dan peredaran darah
  • Menyegarkan tubuh badan yang letih dan lesu
  • Menggalakkan pembakaran lemak yang berlebihan
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Meredakan masalah senggugut
  • Membantu melancarkan proses penghadaman
  • Mengurangkan kesan selulit
  • Memelihara kehalusan kulit
  • Sangat sesuai untuk digunakan sebagai minyak urut
  • Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga terutamanya ibu selepas bersalin

KANDUNGAN NW55 ORANGE SHAPE CREAM

  • Air (Aqua): Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Propylene Glycol: Propylene glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyatukan semua ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanan produk ini.
  • Isopropyl Myristate: Sebatian ini merupakan minyak sintetik yang berfungsi sebagai bahan pengemulsi yang membantu menggalakkan fungsi dan keberkesanan produk ini di samping membantu menentang pembiakan bakteria yang boleh merosakkan kandungan produk.
  • Alkohol Cetearyl: Sebatian ini adalah merupakan bahan pengemulsi yang berperanan menggalakkan fungsi ramuan lain di dalam produk ini selain membantu menyerap kelembapan ke dalam lapisan kulit, selain melindungi kulit daripada radang.
  • Ceteareth-20: Ceteareth adalah hasil campuran cetearyl dan stearyl alkohol yang merupakan asid lemak semulajadi bersumberkan minyak kelapa. Sebatian ini berfungsi sebagai pengemulsi yang sering digunakan dalam produk kosmetik dan penjagaan diri bagi menyatukan ramuan di dalam sesuatu produk seterusnya menggalakkan keberkesanan produk tersebut.
  • Dimethicone: Merupakan sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya menghaluskan permukaan kulit di samping mengurangkan kesan garis-garis halus dan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Caprylic/Capric Triglyceride: Gabungan triester yang terhasil dari asid lemak minyak kelapa dan gliserin ini mampu menyerap ke dalam lapisan sekaligus berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya mencegah daripada kerosakan sel di samping membantu menggalakkan fungsi vitamin, pigmen, dan bahan aktif lain di dalam sesuatu produk.
  • Polyquaternium-37: Polyquaternium-37 merupakan sejenis polimer selulosa yang berfungsi sebagai pelembap dan menyerlahkan seri permukaan kulit.
  • Minyak Mineral: Turut dipanggil minyak putih, ia terhasil daripada proses penyulingan petroleum dan berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus serta memulihkan luka pada kulit.
  • PPG-1 Trideceth-6: Selain berfungsi sebagai bahan pengemulsi yang menyatukan ramuan yang sebenarnya tidak mampu bergabung dengan sendirinya di dalam produk ini, sebatian ini turut berupaya memelihara kelembapan dan kelembutan kulit anda.
  • Alkohol Stearyl: Sebatian organik ini merupakan sejenis lemak yang berfungsi sebagai bahan pelembap bagi mengatasi masalah rambut dan kulit kepala yang kering di samping bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanannya.
  • Menthol: Sebatian organik yang sering dihasilkan dari pudina dan kayu putih ini sering berfungsi menyejuk dan menyegarkan kulit, selain melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah radang, melegakan perut kembung, sakit kepala dan masalah pernafasan.
  • Capsaicin: Capsaicin merupakan sebahagian komponen di dalam cili atau lada yang berupaya meredakan kesakitan pada tubuh seperti terseliuh dan sakit belakan serta membantu mengurangkan kegatalan, menggalakkan pembakaran lemak pada tubuh badan seterusnya membantu anda membentuk tubuh badan yang ideal.
  • Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang berperanan sebagai bahan pengawet dan penstabil serta membantu menentang serangan kulat, bakteria dan mikroorganisme lain yang boleh merosakkan sel kulit dan tubuh.
  • Methylparaben: Methylparaben merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada serangan mikrobiotik seperti kulat dan bakteria.
  • Ethylparaben: Ethylparaben atau Ethyl-4-hydroxybenzoate adalah bahan pengawet yang berfungsi untuk mencegah pembiakan kulat atau bakteria di dalam produk ini.
  • Isobutylparaben: Bahan pengawet ini merupakan ester kepada isobutyl dan asid p-hydroxybenzoic yang bersifat anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada jangkitan kulat dan bakteria yang boleh merosakkan isi kandungannya.
  • Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Hydroxypropyl Methylcellulose: Sebatian ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan keberkesanan produk ini.
  • Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate dan berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan lagi aroma yang menyegarkan tubuh badan anda.
  • CI 42090: Bahan pewarna sintetik ini turut dikenali sebagai Brilliant Blue FCF yang menambah warna biru ke dalam produk makanan dan produk penjagaan diri seperti syampu dan sabun.
  • Sel Stem Oren: Sel stem merupakan sel yang terdapat di dalam hidupan seperti tumbuh-tumbuhan dan manusia serta berperanan menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat. Sel stem oren kaya dengan vitamin C yang tinggi kandungan antioksidan serta mampu menentang radikal bebas seterusnya membantu mencegah penuaan kulit. Ia juga berupaya berkesan untuk mengekalkan kelembapan dan ketegangan kulit serta mengecilkan liang pori seterusnya memelihara kehalusan kulit di samping membantu mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata seterusnya membantu mencerahkan kulit.
  • Serai Wangi (Cymbopogon Nardus): Minyak serai wangi sering digunakan dalam rawatan aromaterapi serta perubatan tradisional. Ia amat berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan. Ia juga mampu menyingkirkan toksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit selain mengawal minyak pada kulit dan mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
  • Limau Nipis (Citrus Aurantifolia): Tumbuhan yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini berfungsi menentang jangkitan kuman dan serangan penyakit selain berkesan sebagai aromaterapi bagi membantu meredakan tekanan. Ia turut berupaya melancarkan peredaran darah serta membantu menyegarkan tubuh badan. Limau nipis turut berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus selain bertindak menghalus dan meningkatkan kecerahan kulit.
  • Halia (Zingiber Officinale): Di samping berupaya mengatasi masalah pencernaan, halia yang bersifat anti-radang ini berupaya membantu membuang angin dalam badan, menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan serta meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak dan kalori bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

CARA PENGGUNAAN NW55 ORANGE SHAPE CREAM

  • Sapukan pada bahagian yang dikehendaki seperti perut, otot, dan sendi.
  • Untuk kegunaan luaran sahaja.
  • Tidak sesuai untuk kegunaan bayi.

SKU: NW5 007 Categories: , ,